IPOH, 29 April — Pakatan Rakyat (PR) yakin mengambil alih Perak pada 5
Mei ini dengan peningkatan sokongan di kawasan majoriti Melayu
pedalaman melalui sokongan pengundi Cina, yang kini sudah tidak
keberatan untuk mengundi bukan Cina bagi mewakili mereka.
Cina merupakan minoriti di kebanyakkan kerusi pendalaman ini dimana
parti PR, terutamanya parti Islam PAS, kalah dengan margin kecil dalam
Pilihan Raya 2008.
Akan tetapi Setiausaha DAP Perak Ngar Kor Ming mengatakan dengan PAS,
DAP dan PKR kini berkempen sebagai satu di bawah payung PR, komuniti
Cina luar bandar sudah semakin selesa untuk mengundi calon Islam dari
PAS atau PKR.
“Dalam tinjauan bebas terbaru kami, kami agak optimistik. Kami
mempunyai kerusi yang kuat sekarang… diantara 35 dan 38. Paling baik
ialah 40,” katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditemui semasa
berkempen di Trong, berdekatan Taiping pada Jumaat.
Terdapat 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak. Dalam
Pilihan Raya 2008, DAP, PKR dan PAS secara kolektifnya memenangi 31
kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) 28.
“Di kerusi marginal seperti ini, undi bukan Melayu adalah penting,”
kata Nga, merujuk kepada Trong, kerusi DUN dimana PAS tewas kepada Umno
dengan 916 undi dalam Pilihan Raya 2008.
Nga menambah, seperti dimana-mana di Perak, kekalahan di Trong
sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan sokongan Cina kepada
calon PAS Norazli Musa, kerana takut dengan pendirian parti Islam itu.
Termasuk Trong, PAS juga kalah di 15 kerusi DUN dalam pilihan raya
2008, 10 kerusi dengan majoriti kecil di bawah 1,000 undi dan lima
kerusi di bawah 500 undi.
Dengan situasi sebegini, Nga mengatakan sokongan Cina dari kawasan
pedalaman Perak boleh meningkatkan sokongan dari komuniti itu sebanyak
10 peratus dan peralihan selebihnya memihak kepada PR 5 Mei ini.
“Di Perak, kita mendapat lebih kurang 70 peratus undi Cina sebelum
ini. Jika kita boleh meningkatkan kepada 80 peratus, kita bukan sahaja
boleh menubuhkan kerajaan akan tetapi boleh menubuhkan yang stabil untuk
mengelakkan lompat parti,” katanya.
Kerajaan PR Perak jatuh pada 2009 selepas memerintah selama 11 bulan
oleh kerana tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti.
Semasa pilihan raya 2008, tiga parti tersebut menang di Perak
sebahagian besarnya disebabkan oleh sokongan besar Cina, terutamanya di
kerusi kawasan bandar di Lembah Kinta.
DAP telah memenangi kesemua 18 kerusi majoriti Cina yang mereka
tandingi dan kalah di satu kerusi Parlimen mereka tandingi - Kampar.
Akan tetapi kali ini, bintang paling besar DAP Lim Kit Siang telah
meninggalkan kerusinya di Ipoh Timur untuk bertanding di Gelang Patah
sebagai strategi parti itu untuk meningkatkan kempen mereka di negeri
selatan tanahair.
Terdapat ketakutan kemungkinan tindakan Kit Siang meninggalkan Ipoh
Timur akan menyebabkan kemarahan penyokong yang mengundinya pada dua
pilihan raya lalu akan tetapi menurut pemimpin DAP tempatan, ini tidak
menjadi masalah setakat ini.
Disebalik ketiadaan Kit Siang, kata mereka, kehadiran pemimpin
veteran DAP itu masih dirasai disepanjang Lembah Kinta dan sokongan Cina
kepada PR berterusan kuat.
“Mereka memahami sebab mengapa beliau ke Johor. Dan sebenarnya,
mereka lebih bimbang daripada bersedih.. sesetengahnya berjumpa saya
untuk menyatakan kebimbangan Kit Siang mungkin kalah di Gelang Patah,”
kata Thomas Su yang menggantikan Lim untuk kerusi Ipoh Timur.
“Kematangan politik mereka sangat tinggi. Sambutan sangat
menggalakkan walaupun kami sudah tidak lagi punyai personaliti besar
bertanding di sini.”
Penyandang kerusi Pasir Panji itu menambah di kebanyakkan tempat,
bukan sahaja bersalaman dan sorakkan yang diterima oleh calon DAP dalam
walkabout mereka, akan tetapi tepukan gemuruh.
“Respon yang menarik. Ceramah kami agak hebat juga,” kata Su kepada The Malaysian Insider.
Pada Jumaat, sesi “teh tarik” secara mengejut bersama Lim Guan Eng,
anak kepada Kit Siang menarik ramai orang di Kinta Riverfront Hotel
& Suites di sini.
Acara tersebut yang sebenarnya bermaksud sebagai sesi minum teh
bertukar menjadi ceramah waktu petang dengan ucapan dari pemimpin DAP
Perak termasuk Su, penyandang kerusi Parlimen Ipoh Barat M. Kula segaran
dan bekas Speaker Perak V Sivakumar, selain daripada Guan Eng sendiri.
Bilik itu penuh dengan penonton bersemangat, majoriti daripada mereka
adalah Cina, manakala yang tiba terlambat beberapa minit terpaksa
bersesak sehingga pintu masuk.
Penganjur hanya menjangkakan paling maksimum 400 orang akan
tetapi sekurang-kurangnya 600 cuba masuk ke bilik Pusing di hotel, yang
hanya mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 400.
Seorang penyelaras acara hotel memberitahu The Malaysian Insider dia
tidak pernah melihat seperti rusuhan dalam apa-apa acara di hotel
ini sebelum ini.
“Mereka berulang kali memberitahu kami, hanya 400 orang. Tetapi lihatlah sekarang,” katanya.
Selepas kekecohan, kerusi dalam bilik Pusing itu terpaksa dikeluarkan untuk memberikan peluang lebih ramai untuk masuk.
Walaupun di luar pintu masuk, sesetengah cuba untuk mengambil gambar
pemimpin apabila mereka mengambil alih mikrofon. Sesetengah mengadu
kerana terlepas ucapan.
Di dalam lif hotel untuk ke lobi, hadirin yang tidak kenal antara
satu sama lain bertukar maklumat mengenai ceramah seterusnya, terdapat
juga menasihati sesama sendiri mengenai waktu terbaik untuk sampai bagi
mengelakkan kesesakan.
Apabila ditemui di luar bilik program penyandang kerusi Canning Wong Kah Who memberitahu The Malaysian Insider acara tersebut merupakan bukti sokongan kuat masyarakat Cina terhadap PR di Ipoh.
“Kami juga tidak menjangkakan hadirin sebagini. Ia sangat menggalakkan,” katanya.
Seperti Su, Wong mengatakan kekurangan nama besar di PR untuk
perlawanan di Perak tidak mengurangkan sokongan kepada pembangkang,
terutamanya dari pengundi Cina.
“Tidak, penyokong kami tidak meninggalkan kami. Mereka telah sangat, sangat responsif setakat ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment