“Kita
lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada
halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama.
“Tetapi
apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan
tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program
tersebut,” jelasnya kepada Harakahdaily.
Beliau
yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak
sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan
politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi.
“Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam.
“Bukan
itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang lain, dan kita
khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah pasti pelbagai
perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya ketika ditemui di
program jelajah di Pengkalan Pegoh.
Tengah
hari tadi, lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan
Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng
saja keluar dari lebuhraya.
Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.
Pihak
polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar
konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
Ketika
ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa
mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan ‘menjalankan
tugas mengikut arahan dikeluarkan’.
Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan. Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Konvoi
jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ
membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.
Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.
Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting.
Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi.
Pasukan keselamatan yang CELAKA & HARAMJADAH
ReplyDelete