Terbongkar lagi auta si Papa Gomo ini.. rupa-rupanya insiden beliau
dibelasah dikepala yang di hebohkan oleh kebanyakkan blog Pro UMNO
minggu lalu hanyalah sebagai menyediakan alasan untuk tidak ke Mahkamah
hari ini.
Kononnya pada minggu lalu Wan Muhammad Azri Wan Deris
atau Papa Gomo, Blogger Pro UMNO yang terkenal dengan video lucah dan
fitnah telah mendakwa dirinya dibelasah oleh dua lelaki yang menunggang
motorsikal berkuasa tinggi di Segambut.
Ekoran dari kecederaan itu beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital
Kuala Lumpur.
Insiden tersebut menyebabkan kebanyakkan Blogger Pro UMNO mempersalahkan
Utusan kerana telah menyiarkan gambar Papa Gomo di muka hadapan
terbitannya.. sila baca di ( SINI )
Beberapa minit lalu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution
Ismail menyatakan melalui akaun Twitternya memaklumkan beliau kini
bersama Husam Musa di Mahkamah Kota Bharu.
Dato Husam Musa dan saksi-saksi telah bersedia bagi meneruskan saman
RM10Juta Husam terhadap Papa Gomo, malangnya kelibat Papa Gomo langsung
tidak kelihatan..
Hanya para peguamnya yang hadir, selaku yang tertuduh Papa Gomo
sepatutnya hadir ke Mahkamah biarpun Peguamnya berhujah memohon
penangguhan.. tulis Saifuddin.
Tambah Saifuddin lagi... "Rupanya PENAKUT bila disaman!"
Pada 16 Februari lalu, blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal,
Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam
blognya.
Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif
bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember
tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya
dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin
tangan dengan seorang perempuan Cina.
Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di
Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. -AnakSuangaiDerhaka
No comments:
Post a Comment