JERANTUT, 9 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kumpulan peneroka yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) agar jangan mengambil durian runtuh yang diumumkan semalam untuk warga Felda.
Beliau menyifatkan kumpulan peneroka ini sebagai pengkhianat kerana sanggup menjadi api dalam sekam terhadap majoriti peneroka yang bersetuju agar FGVH disenaraikan di Bursa Utama Kuala Lumpur.
Beliau menyifatkan kumpulan peneroka ini sebagai pengkhianat kerana sanggup menjadi api dalam sekam terhadap majoriti peneroka yang bersetuju agar FGVH disenaraikan di Bursa Utama Kuala Lumpur.
Petikan transkrip Najib Tun Razak:
“Sebenarnya pembangkang sudah ketandusan modal. Kalau mereka
tidak memenangi hati nurani rakyat, mereka cuba mencelarukan fikiran. Sebab itu
ada orang yang cuba bawa kes ini ke mahkamah.. dah bawapun ke mahkamah. Ttapi
kita tetap cekal hati, kita teruskan juga Felda Global Ventures ini
disenaraikan dan kita tahu ini untuk kebaikan.. HARAM JADAH, jangan terima
kebaikan daripada penyenaraian ini. Saya nak tengok muka-muka ini.. DURIAN
RUNTUH ini nak terima atau tidak.. HARAM JADAH.. Saya tak rela dan saya tak
redha mereka ini menerimanya. Mengkhianati apa yang kita buat.. mereka memang
muka tebal..”
Durian runtuh adalah hak semua peneroka....penentangan adalah satu perkara lain. Yang patut meberi redha pm dan konconya rompak dana FGVH adalah peneroka
ReplyDeleteNajib haram jadah, berilah peneroka option untuk memilih penyeraian FGVH. Jangan paksa!
ReplyDelete