KUALA LUMPUR 14 Mei "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang
mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri
Mohammad Nizar Jamaluddin.
Nizar berkata demikian apabila
ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno
Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.
"Bila
saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya,
eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang. Kebetulan
giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya
minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau
kepada Harakahdaily, hari ini.
Cerita Nizar, ketika beliau sampai
dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional
Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.
Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik. "Saya
pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu
mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS
Pusat.
Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke
ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang
hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.
"Orang
kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu
mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga
Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.
"Saya
duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan).
Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan. Katanya
kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya
kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya
nak sampaikan maklumat," katanya lagi.
Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.
No comments:
Post a Comment