Sunday, December 25, 2011

Perselisihan tetap utuhkan Pas


SHAH ALAM 23 Dis – Seluruh anggota Pas diingatkan supaya mengikut haluan dan hala tuju parti serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman sahaja.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesiapa yang berlagak pandai dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas pasti tersungkur serta menjadi mangsa serigala politik musuh.

Menurutnya, setiap ahli seharusnya menyedari bahawa tindakan bersendirian dengan membelakangkan parti pasti akan gagal namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa.

“Seluruh ahli Pas wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera parti dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya  perjuangan Islam.

“Pas telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman  dengan kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam atau kalangan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan bahawa pendekatan politik bersama Pakatan Rakyat (PR) adalah kesinambungan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh.

“Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan,  Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan,” katanya.

Selain itu Abdul Hadi turut mempersoalkan kenapa Umno yang menjadi teras kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW yang sebenarnya.

“Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun masih tidak mampu melakukan muhasabah?” katanya.
KOTA BHARU 23 Dis - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meredakan kebimbangan ahli Pas dengan memberi jaminan parti itu tidak akan tersasar dari landasan perjuangan sebagaimana dakwaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada Pas sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak.

“Dakwaan konsep negara berkebajikan yang disebut oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan Pas baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal Pas adalah merupakan kenyataan yang tidak berasas.

 “Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea negara berkebajikan yang disebut oleh Presiden bukannya menggelincirkan Pas dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat kepada perjuangan Pas yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan,”katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tuesday, December 20, 2011

Kajian UM di Perak: Video seks Anwar TIPU

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti respondan mereka tidak percaya kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

54 peratus respondan pula berkata, PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.

Kajian itu juga mendapati, tahap kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang politik.

Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan mereka pada 23 - 30 Oktober 2011 di Perak. Ia melibatkan responden seramai 1304 orang dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur.

Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini. Kajian itu mendapati, hanya 18 peratus percaya kepada video seks itu, 46 peratus tidak percaya manakala 36 peratus lagi tidak pasti.

Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti.

Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan. 45 peratus dari respondan tidak menyokong kenyataan BN telah menunjukkan prestasi yang baik di Perak, hanya 38 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak pasti.


PAS pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu. 54 peratus dari mereka bersetuju dengannya, manakala hanya 19 peratus kata PAS tidak mampu sementara 27 peratus tidak pasti.

Mereka juga mendapati pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu untuk meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak. Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu.

Sunday, December 18, 2011

Konvensyen Media Sosial, rakan yang tak boleh dibeli

Pulau Pinang 17 Dis Saya dan rakan-rakan dari Perak berpeluang menhadiri Konvensyen Media Sosial anjuran bersama Kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah diadakan seharian di Strait Quay Marina, Tanjong Tokong. 

Program ini sebagai pertemuan suai-kenal, bertukar pandangan ia juga sebagai pengiktirafan kepada penggiat media alternatif di ruang teknologi maklumat (IT) kerajaan Pakatan Rakyat. Lebih dari 100 peserta ‘cyber bloggers’ ini datang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak dengan penginapan dan pengangkutan disediakan penganjur.

Moderator yg otai seperti Tukar Tiub (Hishamudin Rais), Milosuam, TopengPerak, Malaysiawaves, Sokmakol-47, dan lain-lain menghangat konvensyen yang bertema ‘Frenz of Penang’ ini. Manakala blogger ahli politik terdiri dari Ahli Parlimen Lembah Pantai -Nurul Izzah, Ahli Parlimen Shah Alam -Khalid Samad dan Ahli Parlimen Ipoh Timur -Lim Kit Siang.

Ada juga sessi soal-jawap perbincangan mengenai di berita semasa, penggunaan facebook, tweeter yang berkesan sebagai medium sebaran maklumat.

Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng pada ucapan aluannya menyatakan keterbukaan menerima kritik  dan teguran tetapi biarlah dengan fakta dan bukti.

“Saya manusia biasa yang tak sempurna dan saya rela dikritik dan saya bertanggungjawap jika ada salah, tetapi biarlah ada fakta dan bukti sebelum membuat tuduhan. Jangan kerana tidak sealiran fahaman dan sebab berbeza bangsa seseorang boleh bertindak membenci dengan fitnah”, katanya.

Lim Guan Eng turut menyentuh blogger jahat Papagomo yang pro-BN memfitnah anaknya yang langsung tak terlibat politik dengan tuduhan anaknya melakukan serangan seksual, sedangkan gambar mangsapun adalah orang lain. Beliau turut dikatakan berurusan dengan keluarga mangsa untuk membayar gantirugi.

Berkaitan wang gantirugi RM200,000 yang diarah bayar Utusan kepadanya, beliau akan memdermakan kepada badan amal kerana menurutnya yang penting adalah pengiktirafan dan pengesahan Mahkamah yang DAP bukan anti melayu dan anti Islam. Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang 14 Dis lalu Utusan Malaysia diperintah membayar RM200,000 bentuk ganti rugi kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana laporan tidak benar, berniat jahat dan fitnah menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.

“Penulis mestilah menjadi penyebar maklumat yang berprinsip, berintegriti dengan mengkritik samada kawan ataupun lawan atas dasar demokrasi. Matlamatnya untuk kebenaran dan keadilan rakyat. Jiwa rakyat sentiasa prihatin membela nasib rakyat tentunya tidak akan berdiam diri. Askar upahan boleh bayar tetapi kawan bolehkah mereka beli” kata Lim merujuk kepada blogger upahan BN.

Kepada blogger PR mereka patut jauhi isu-isu sensitif melibatkan kepimpinan dengan mengadu-domba yang akhirnya merugikan akibat pecah belah. Kewibawaan terletak pada kebenaran dan keadilan bukan berkepentingan tertentu.




Terima kasih kepada pengelola dan petugas negeri Pulau pinang yang memjayakan konvensyen ini. Diharap kerajaan Negeri Pakatan Rakyat lain dapat mengadakan konvensyen seperti ini di masa lain pula.
bumiperak

Wednesday, December 14, 2011

Perjalanan terakhir seorang negarawan

 IPOH 14 Dis: Abdul Majid Salleh atau lebih dikenali sebagai Pak Imam Majid Salleh telah kembali kerahmatullah awal pagi tadi di rumah anaknya Kampung Sengat, Simpang Pulai pada usia 88 tahun.

Allahyarham dilahirkan di Kampar Perak pada tahun 1923, pernah aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf dan Persatuan Kebangsaan Melayu Muda bersama tokoh-tokoh ternama seperti Dr Burhanuddin al Hilmy, Ahmad Boestamam dan seluruh pejuang kemerdekaan yang tulen yang lain dalam menentang British sehingga beliau ditahan dan dipenjarakan.

Seawal pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor untuk melebarkan pengaruh PKMM. sehingga berkembang ke seluruh daerah di Johor. Seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan oleh Inggeris selama tujuh tahun di Singapura.

Dengan kebolehan berbahasa Inggeris, Mandarin dan juga bahasa Arab, beliau pernah ditawarkan jawatan dalam kerajaan tetapi menolaknya kerana tidak sesuai dengan perjuangannya.

Selain itu beliau juga pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng pada tahun 80an dan juga pernah bertanding dalam Pilihanraya menentang presiden MCA Tan Kon Swan pada tahun 1986 di Parlimen Gopeng.

"Pemergian Allahyarham Abdul Majid Salleh merupakan kehilangan besar pejuang rakyat sewajar dicontohi pengorbanan dan semangat juang Pak Imam Majid terutamanya generasi muda.

"Semoga Allah SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin," katanya.

Wednesday, December 7, 2011

Ulama kelirukan Hudud kpd bukan Islam

KUALA LUMPUR 3 Dis 2011 Forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur bagi menolak beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis. Ahli panel terdiri dari Presiden JUST  Dr ChandraMuzaffar, Pengerusi Ulama Muda Umno Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dan Ustaz Mohd Kamal Saidin selaku penasihat ugama  Mentri besar Terengganu. Hadir bersama adalah Presiden MCA Chua Soi Lek, Naib Presiden Liow Tiong Lai, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee.
Forum merumuskan PAS sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka atas sebab-sebab demikian:
1.    Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam. Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun.
2.    Meliwat ke atas isteri juga tidak dimasukkan dan dibenarkan. Dalam Islam, ini sepatutnya haram.
3.    Hukum hudud PAS hanya akan membabitkan orang Islam sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam. Contoh; mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa. Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil.
4.    Islam ugama adil dan Allah bersifat Pengampunan maka hukuman potong tangan kepada pencuri bukan penyelesaian hukuman.


Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysia, menasihatkan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin tidak bertanggungjawab dan mengelirukan diminta kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.
 
Takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab. Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebegai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain. Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.

Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan. Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.


ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam UMNO supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis, kemudian mendesak kerajaan supaya memberi penerangan dan pendidikan berkenaannya supaya masyarakat lebih memahami dan tidaklah dikaburkan lagi kerana permainan politik.


ILMAM juga mendesak mereka supaya memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan hudud dan seluruh undang-undang Islam supaya tidak dihina dan terus dihina oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, seperti mana yang dilaporkan dalam media. Penghinaan seperti mengatakan hukuman Islam, kejam, tidak adil kepada wanita, serta menyebabkan kemusnahan diri, menunjukkan kejahilan yang melampau oleh Presiden salah satu Parti Komponen BN tersebut, serta menampakkan tuduhan yang kedangkalan hujah tanpa fakta ilmiah.

Monday, December 5, 2011

Melayu angkuh dan sombong

Politik Ugutan dan Khurafat oleh Najib Razak pada ucapan penggulungan di Persidangan Agong Tahunan 2011 kepada rakyat kursusnya melayu akan binasa jika berlaku peralihan kuasa dan hanya UMNO yang mampu memerintah telah disiarkan secara langsung serentak di 5 saluran TV Malaysia.

Sedutan dari Ucapan Najib (Bernama) 3 Dis 2011

Ingat.. bila kita balik nanti, kita pastikan barisan kita ini kukuh kerana pilihan raya (umum) ini adalah paling getir dalam sejarah tanah air. Pilihan (raya umum) yang diharapkan oleh rakyat. Pilihan raya umum bukan sahaja tentang Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi kemuncak bagi semua itu adalah untung nasib umat Melayu serta rakyat Malaysia keseluruhan.

Lakukan Transformasi paling mencabar pada diri sendiri untuk membuat pembaharuan dalam parti. Hindari daripada sikap membuat fitnah dan mengadu domba kerana sejarah telah membuktikan bahawa fitnah dan nista telah berupaya merobohkan "lantai-lantai istana dan runtuhkan singgahsana.

Wahai orang Umno, bentenglah parti ini, dakap kukuh perjuangan ini dengan geraham, walaupun apa aral mendatang jangan tinggal bukit hud hud, kibarkan panji, pertahan ia, kendong hingga kudrat terakhir, ayuh ke medan pertarungan, InsyaAllah kemenangan milik kita demi Islam, bangsa dan negara.

Orang Melayu akan merempat di tanah sendiri, kehinaan akan tiba di muka pintu dan akan berlaku kehancuran jika mereka membuat pilihan yang salah dengan memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.

Andainya Umno tersungkur sudah dan andainya Umno lenyap, adakah masih terjunjung Islam yang suci, apakah masih terpandang mulia orang Melayu dan adakah masih tersanjung raja kita.

Jangan leka, alpa, lalai dan masih bersengketa jika rakyat mahu melihat masa depan negara yang cerah dan maju, mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada memastikan kemenangan Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang.
-Bernama

Tanpa UMNO tiada Melayu adalah pemahaman karat yang sukar dikikis dari pemikiran sebahagian bangsa melayu. Biarpun orang melayu hidup susah melarat asalkan melayu pegang kuasa. Jika berlaku penyelewengan dan menyalahi hukum ugama pemimpin itu dengan mudah beranggapan siapapun melakukan yang sama bila berkuasa.

Maka tak hairan apabila Pas menyatakan kebenaran dan perlihatkan kejayaan, mereka mengatakan ia bayangan kafir kerana kerjasama selain UMNO. Sebenarnya mereka bukan tak tahu tetapi dihati mereka ada sikap sombong dan angkuh seperti riwayat Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w yang enggan menerima Islam tahkala bertemu sahabatnya Abu Dzar Al Ghiffari yang menerima ajaran Islam Nabi Muhammad saw.

“Kau tahu, sahabatku Abu Dzar Al Ghiffari, jika aku menjadi pengikut anak saudaramuku sendiri, maka kedudukan dan wibawaku akan hancur. Dimana akanku letakan mukaku di hadapan bangsa Quraisy?”, kata Abu Jahal.
Begitulah Melayu! - Bumiperak

AGM sudah tutup tirai, Umno masih relevan?

4 Dis 2011 - Perhimpunan Agung Umno yang disifatkan sebagai perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya umum sudah berlalu. Perwakilan dan pemerhati sudah tiba di kampung masing-masing malam tadi.

Seperti biasa setiap kali Perhimpunan Agung Umno berlangsung, para perwakilan bukan main bersemangat membawa pulang mesej yang disampaikan presiden parti. Namun mereka tidak menterjemahkan mesej itu dalam bentuk pelaksanaan. Sebab itu setiap kali perhimpunan yang diadakan sebelum pilihan raya umum, setiap kali meeka menghadapi masalah sabotaj dalam pilihan raya.

Apa yang diucapkan oleh Datuk Seri Najib Razak supaya orang Umno bersatu padu, setia kepada parti bukanlah perkara baru. Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengingatkan orang Umno perkara yang sama. Akan tetapi kenapa masalah ini tidak pernah selesai bila tiba pilihan raya umum? Sebab itulah kali ini Najib memperkenalkan istilah ORANG UMNO. Orang Umno akan setia kepada parti walaupun tidak dipilih sebagai calon, sebaliknya ahli Umno tidak akan berbuat demikian. Najib menekankan istilah orang Umno dan bukannya ahli Umno.

Sejauh mana peringatan Najib akan dipatuhi orang Umno kali ini? Adakah mereka bersedia menjadi orang Umno yang setia kali ini? Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengetuai ikrar yang mahu orang Umno tidak hasad dengki dan patuh kepada parti ketika menggulung perbahasan semalam. Sejauh mana para perwakilan itu ikhlas dengan ikrar yang mereka baca itu?

Para perwakilan telah mengupas calon boleh menang dengan pelbagai tafsiran. Wakil Kedah, Kamal Saidin mahu orang Umno tidak melobi jadi calon kerana itu bukan cara Islam. Manakala tangisan wakil Kelantan, Datuk Che Alwi Haji Ahmad yang menceritakan betapa Khalifah Umar Alkhatab menolak nama anaknya Abdullah dicalonkan sebagai khalifah ketiga dengan mengatakan cukuplah seorang sahaja dari keluarga Umar memasuki neraka menunjukkan betapa susahnya menjadi pemimpin menyedarkan orang Umno menjadi calon bukannya satu glamour tetapi satu amanah. Wakil Pemuda, Datuk Megat Firdaus Megat Junid mahu calon boleh menang bukan calon kabel. Apakah maksud calon kabel?

Atau adakah dia menyindir Khairy?

Tiga sayap parti berikrar beri sokongan penuh kepada Najib memilih calon boleh menang. Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil yang kini didakwa menjadi liabiliti kepada Umno berikrar Wanita akan bantu menawan 222 kerusi Parlimen. Ketua Pemuda pula Khairy Jamaluddin berkata Pemuda tidak akan berarak ke Seri Perdana jika tidak dipilih sebagai calon.

Menurut seorang veteran Umno, Syed Abdullah Syed Ibrahim, Najib tidak perlu bertempik ketika berucap. Katanya, Dr Mahathir tidak pernah bertempik waktu berucap tetapi orang fokus kepada ucapannya.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Umno Bahagian Cheras berkata  orang Umno sudah muak dengan retorik pemimpin tetapi pengundi tua boleh terpikat dengan wang ringgit dan kain pelikat sedangkan Umno berdepan dengan pengundi baru yang terdedah dengan pelbagai maklumat melalui facebook, twitter, blog. Inilah dilema Umno dalam menghadapi pilihan raya ini.

Penganalisis politik Prof Datuk Dr Agus Yusof menimbulkan persoalan sama ada Umno masih relevan? Sama ada Umno relevan atau tidak, ia akan terjawab pada pilihan raya umum nanti.

Saturday, December 3, 2011

Lawak.. Sharizat selak kain kerana lembu Fidlot

Oh, mentang-mentang saya SAPU waktu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret.. Ehh Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi...

Hah… mari sini, itu belum angkat kain lagi!!.
Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, Cik Puan ingat kami takut dengan kamu.

Oooo... kau suruh aku letak jawatan, yek? Apasal aku kena letak jawatan?? siapa kamu?  Yang dapat projek tu LAKI aku bukannya aku. Sekarang, aku cabar kau. Kau desak Anwar letak jawatan. Dan... aku juga desak Wann Wan Azizah letak jawatan!!

Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? Tu.. (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa,"

Bangun semua Wanita UMNO.. Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?

"Usah dilayan lembu meroyan!! Orang terdesak..... macam tu lah psikologinya dan begitulah peelnya. Meroyan dan giler lembu jadinyer.

Bukan lagi terselak kain, dah terlondeh pun"
Kah kah kah kah...

Thursday, December 1, 2011

Muhyiddin Mujahidku

Datuk Seri Muhyidin bin Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO amat berbangga dengan kejayaan anaknya yang dianugerahkan Artis Baru Terbaik serta Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Got To Go) Anugerah Industri Muzik Malaysia 2011 ke-18 (AIM18) baru ini. 

Najwa berkata, dia tidak percaya dengan badi yang sering dikaitkan dengan anugerah itu bila dikaitkan menang atas populariti bapanya.
"Saya tak percaya pada badi anugerah ini. Apa yang penting, kita kena melipatgandakan usaha dan tidak membiarkan hasil kerja kita terhenti setakat ini saja,” katanya.

"Bagi saya, anugerah itu lebih kepada pembakar semangat untuk saya meneruskan perjuangan dalam bidang ini.

Ada lagu untuk Muhyiddin yang juga bekas Menteri Besar Johor yang diilhamkan difacebook;
Ayahanda di medan jihat
Anakanda di medan seni
Sama-sama berkubang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah Ayahanda maju jangan undur
Anakanda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Oh! Mujahidku