IPOH 30 Mac 2010 Mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar dengan istiadat pembukaan berlangsung di pekarangan bangunan Perak Darul Ridzuan pagi ini.
Setahun yang lalu pada 3 Mac 2009 telah berlaku Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di BAWAH POKOK kerana halangan pihak polis yang menegah masuk ke bangunan Darul Ridzuan. Kemudian berlaku Sidang Dewan USUNG DAN KURUNG SPEAKER pada 8 Mei 2009 dan berlaku pergelutan dengan anggota polis di dalam Dewan. Terakhir Sidang Belanjawan Negeri Perak iaitu SIDANG DALAM SIDANG di mana sidang pertama tanpa kehadiran pembangkang pada 28 Okt 2009.
Maka pada persidangan kali ini dengan penuh kewaspadaan ADUN dari Pakatan Rakyat terpaksa masuk secara berkumpulan ke pintu pagar Dewan yang dikawal ketat anggota polis.
10.12 pagi DYMM Pemangku mulai masuk ke dewan dan memulakan titah ucapan perasmian sidang hari ini disiarkan secara langsung di Perak FM.
10.42 am : Bacaan doa oleh Mufti Perak, DYMM Pemangku Raja Perak selesai merasmikan Dewan Perak.
10.45 am : Bacaan doa selesai, Ganesan tangguhkan dewan dan umum dewan ditangguh ke hari Rabu(esok) jam 10 pagi.
10.46 am : DYMM Raja Nazrin meninggalkan dewan dan bersurai.
kesian kat hangpa.. seb baik aku orang kedah.. pakat2 laa buat keja elok2 masa PRU13 nanti.. jgn kasi can kat BN tu.. pilih calon betoi2
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesaya harap semua pihak dapat berfikir dengan WARAS.. Henti2kanlah bertekak, bergaduh, bertumbuk tuu.. Tengok2 ler sikit hal ehwal rakyat ni ar..
Pakatan rakyat perak memang hamPAS...berjunag konon...nak cari glamour ada la..keja tak buat juga. Isu ja yg banyak yop oiii. Si Nizar tu jadi kuli batak DAP ja...mampos dan bengong betul...
ReplyDeletemanan76