Tuesday, February 23, 2010

Dato Seri Nizar singing (The Moon Represents My Heart)

Nizar akan menyanyi lagu Mandarin "The Moon Represents My Heart" di Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina.
Untuk mendengarnya sila link & lihat di sini -YouTube






Sunday, February 21, 2010

Unik: Ceramah Maulidur Rasul di Surau turut dihadiri bukan Islam

IPOH 21 Feb 2010 Sukar untuk diterima akal dalam Ceramah Maulidur Rasul yang tajuknya berkisar tentang kemuliaan junjungan besar Rasulullah S.A.W dan keagongan sejarah Islam dihadiri bersama dengan beberapa orang bukan Islam termasuk Ahli Parlimen Gopeng, YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Rakyat Negeri Perak, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin di Surau Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, Ipoh malam tadi.

Antara yang disampaikan Nizar apakah kewajaran serta nas dan dalil-dalil yang menegah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam?. Sikap begitu mengundang umat Islam kepada perbuatan syirik kerana beriktikad adanya tuhan selain Allah dengan mengatakan Tuhan sebahagian insan lain itu bukan Allah. Bahkan ayat AlQuran yang pertama surah Al-fatihah menyatakan Alhamdulillahi Rabbul alamin (Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta)

Kelihatan YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah Surau selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah.
YB Dato' Seri Ir Nizar menjamu selera bersama wakil rakyat bukan Islam selepas ceramah disampaikan di Surau Taman Rapat Koperasi, Ipoh

Pemimpin berjiwa Besar tidak gadai prinsip

Pemimpin berjiwa besar tetap tersenyum serta merendah diri apabila ada bantahan dan akan segera beri penjelasan secara bertanggungjawap dengan kewajaran agar difahami. Manakala yang berjiwa kecil, mereka lebih senang jika dipuji dan apabila ditegur dan dimarahi mudah pula tersinggung dan gelisah. Malah ada yang sanggup memutuskan hubungan silatur-rahim dan memusuhi orang yang mengkritik atau mengejek dirinya.

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka orang-orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang amat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar, dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar (Jiwa besar)”. QS Fushilat: 34-35.

Ada dikalangan pemimpin politik hari ini tidak memiliki jiwa besar yang sanggup gadaikan prinsip perjuangan hingga menyertai musuh mereka dengan anggapan untuk terus dihormati biarpun dari seteru kita.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.

"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini hari ini."

Friday, February 19, 2010

Pemimpin Lompat tidak ada maruah dan tanggung dosa

Kata-kata Abraham Lincoln Presiden Amerika, “Seorang kawan adalah dia yang mempunyai musuh yang sama dengan kita ada dan adalah mudah memaafkan kepada musuh daripada memaafkan seorang kawan.”
Pepatah Melayu mengatakan seperti gunting dalam lipatan dan duri dalam daging kepada kawan yang khianat.


Begitulah yang dialami kepimpinan kerajaan di Perak, Pulau Pinang dan Selangor yang diserang oleh rakan dalam Pakatan Rakyat sendiri yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada kepimpinan. Kenyataan mereka telah dijadikan isu dan diprovokasi oleh Barisan Nasional untuk menimbulkan kemararahan rakyat..

KOTA BAHRU 16 Feb 2010 Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan wakil rakyat yang lompat tidak bermaruah dan tanggung dosa kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat. Pimpinan adalah amanah dalam Islam maka sebilangan ahli politik yang berpaling tadah ini menunjuk mereka tidak bermaruah. Individu terbabit perlu meletak jawatan jika ingin lompat parti dan pilihanraya kecil baru perlu diadakan untuk melantik pemimpin yang lebih baik.

Tuan Guru Nik Aziz bersependapat, pemimpin politik yang bertindak ‘lompat parti’ perlu minta maaf dengan setiap pengundi di kawasan terbabit kerana mengkhianati amanah yang telah diberikan rakyat pada pilihanraya.

Jikalau sebaliknya, pemimpin yang melompat dari parti lain untuk menyertai Pas dianggap sebagai kembali kepada hakikat asal perjuangan politik menurut Islam. “Orang Melayu yang kembali kepada Pas, bermakna dia kembali kepada asal kerana mereka berasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan antara politik dengan ugama.”

Namun Pas tidak menerima pemimpin yang bermasalah dan pemilihan diperingkat rakyat penting seperti sistem demokrasi dalam pemilihan dalam parti Pas.

Thursday, February 11, 2010

MB Perak, tidak noktah atau masih dilema. Apa kata mereka?

Apakah Gelora yang mula reda?. Itu yang dapat dikatakan dari krisis yang panjang semenjak rentapan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) terhadap Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin dari Pakatan Rakyat. Tutur kata, raut wajah dan riak badan memang ada yang tak puas-hati dengan keputusan berkenaan, namum terpaksa akur dengan ketentuan ini.

Mohamad Nizar Jamaludin: Ini adalah risiko paling besar yang dihadapi oleh negara masa kini dan kita perlu perbetulkannya. Keputusan mahkamah itu mengketepikan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perlembagaan.”

“Rakyat ingin melihat badan kehakiman bebas membuat keputusan. Tetapi berdasarkan alasan yg dikemukakan hakim, ia menunjukkan badan kehakiman masih tidak bebas dan dipengaruhi pihak tertentu. Ini adalah hari yang paling sedih bagi Malaysia.
Pakatan Rakyat Perak akur dengan keputusan tersebut biarpun pahit dan tidak berhasrat untuk menentang keputusan yang telah dibuat oleh hakim Mahkamah Persekutuan.

Kepimpinan kami yakin keputusan yang dibuat mahkamah tidak melambangkan keadilan yang sebenar dan tidak menghormati hak dan kuasa rakyat.

Zambry Abdul Kadir: Saya sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan, mengharapkan dalam sistem kita berpolitik tentunya ada had dan batas dan proses itu sudah pun dibuat oleh Mahkamah dan keputusan sudah pun didengar.

Bagi saya apa yang penting ialah menyeru semua pihak termasuk Nizar untuk kembali bekerja, bukan soal penyokong dan bukan penyokong tetapi untuk seluruh rakyat Perak. Kembali melaksanakan agenda untuk rakyat dan kita semua dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin.
Sebagai pemimpin, adalah tugas kita untuk melaksanakan yang terbaik untuk rakyat.

Kepada Nizar saya boleh jumpa dia, tidak ada masalah. Anda tahu dia kemalangan pun saya pergi jumpa dia, tidak bawa wartawan. Ini menunjukkan tanda hormat dan kasih saya kepada sekalian rakyat Perak.

Abdul Hadi Awang: Kepimpinan yang diterajui Nizar masih teguh kerana pilihan rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat di Perak. Peristiwa hitam ini tidak patut melemahkan semangat juang dikalangan peminpin dan anggotaq parti untuk keadilan sebenar.

Dalam menghadapi suasana sebegini, rakyat Perak yang cintakan keamanan dan keadilan diminta bertenang dan mengelak dari terlibat dalam provokasi yang mungkin dicetuskan pihak-pihak tertentu yang akan merugikan kita.

Pihak kepimpinan tertinggi Pas akan berbincang dalam masa terdekat untuk mengambil langkah strategik dalam menghadapi situasi ini.

Datuk Nik Aziz Nik Mat: Penyokong Pakatan Rakyat di Perak perlu memprotes keputusan Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Kerana keputusan kemenangan Barisan Nasional (BN) bukan menerusi pilihan raya, sebaliknya rampasan kuasa.


Perasaan benci adalah menentang kebatilan yang perlu ditanam dalam hati rakyat terhadap keputusan itu kerana kemenangan Barisan nasional (BN) bukan menerusi pilihan raya, sebaliknya rampasan kuasa.

Walaupun tidak dengan demonstrasi tetapi perasaan benci dalam hati kepada keputusan (mahkamah), teras perjuangan adalah untuk keamanan dan keadilan semua.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim: Nizar seorang yang dipertanggungjawabkan, kita mengharapkan dalam sistem kita berpolitik tentunya ada had dan batas dan proses sudah pun dibuat dan keputusan sudah pun didengar.

“Saya tidak terkejut dengan keputusan itu kerana kita faham dengan keterbatasan dalam sistem undang-undang, Bukan soal penyokong dan bukan penyokong, tetapi bagi saya seluruh rakyat untuk kembali melaksanakan agenda untuk rakyat dan kita dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin.


Sebagai pemimpin, adalah tugas kita untuk melaksanakan yang terbaik untuk rakyat. Beri penjelasan isu berkenaan kepada rakyat, selain berdepan dengan kemungkinan berlaku pilihan raya lebih awal di negeri itu.

Lim Guan Eng: berkata parti itu kecewa dengan keputusan mahkamah itu yang disifatkan bercanggah dengan prinsip asas demokrasi iaitu kerajaan perlu dipilih oleh rakyat.

Beliau berkata mana-mana kerajaan yang mendapat mandat tidak melalui undi secara langsung adalah melanggar prinsip demokrasi kuasa rakyat.

Sehubungan itu, DAP mengulangi gesaan supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan mengembalikan kuasa kepada rakyat dengan mengadakan pilihan raya negeri yang baru, katanya dalam satu kenyataan.

Tengku Razaleigh Hamzah: Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun. Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat-melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai”.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’

Bumiperak: Kekacauan dan keserabutan di Negeri Perak ini adalah berpunca oleh tiga orang katak di Behrang, Cangkat Jering dan Jelapang. Kenapa kita nak Bubarkan DUN seluruh negeri Perak sedang kita tahu busuk dari pengkianat ini telah melibatkan keseluruh ceruk hingga berpanjangan.

Biar rakyat tentukan sendiri jika ingin keadaan yang selamat dan tenteram ini berpanjangan kepada rakyat dan kerajaan Negeri Perak.

Wednesday, February 10, 2010

PAKATAN RAKYAT PERAK Akur dengan Keputusan Mahkamah

IPOH 9 Feb 2010 10.00 malam
PR Menghormati keputusan Mahkamah Federal yang memutuskan Zambry sebagai MB Perak yang sah, Pakatan Rakyat Perak yang bermesyuarat jam 8.30 malam tadi di Pejabat PAS Perak, Ipoh menegaskan akur denga keputusan tersebut. Pakatan Rakyat Perak tidak berhasrat untuk menentang keputusan yang telah dibuat oleh hakim Mahkamah Federal walaupun mereka yakin keputusan yang dibuat tidak melambangkan keadilan yang sebenar dan tidak menghormati hak dan kuasa rakyat.

Malahan PR bersedia menghulur dan menyambut tangan Zambry untuk membangunkan negeri Perak dan bertindak sebagai Pembangkang yang efektif. Kenyataan ini disampaikan oleh YB Dato' Hj Nizar Jamaluddin dalam satu sidang akhbar PR yang diadakan selepas selesai mesyuarat bersama dengan pimpinan PR negeri dan adun-adun PR Perak. Pimpinan PR lain yang turut hadir Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husein, YB Dato' Ngeh Khoo Ham, YB Tai Sing Ng, YB Sivakumar, YB Khalil Idham Lim, Dr. Khairuddin Datuk Abd. Malek dan semua ADUN PR Perak.

Walau bagaimanapun menurut Hj Nizar sebagaimana yang disepakati oleh semua pimpinan dan Adun PR, Zambry dan UMNO BN negeri Perak mesti menunjukkan keikhlasan dalam menghulurkan tangan kepada PR untuk bekerjasama dalam membangun dan memajukan rakyat dengan meneruskan dasar-dasar kebajikan, ketelusan, kewibawaan, keadilan dan amanah.

Selain itu sebagai tanda keikhlasan, Zambry juga hendaklah meneruskan amalan kerajaan PR sebelum ini membenarkan semua premis milik kerajaan negeri turut dibenarkan kepada semua parti politik pembangkang menggunakannya untuk program bersama rakyat.



PR juga meminta kerajaan negeri melantik semua ADUN dan Ahli Parlimen PR menganggotai Jawatankuasa Tindakan Daerah supaya pandangan, cadangan dan kritikan boleh disalurkan dalam mesyuarat di peringkat daerah masing-masing. Kerajaan PR sebelum ini melantik dan menjemput semua wakil rakyat BN menghadiri mesyuarat jawatankuasa Tindakan Daerah. PR juga meminta supaya projek-projek kerajaan hendaklah ditender secara terbuka seperti pembalakan dan sebagainya.

PR Perak juga mensifatkan kerajaan BN Perak adalah kerajaan yang lemah kerana ia bergantung kepada tiga orang adun yang melompat, mereka penentu terbentuknya kerajaan BN Perak, mereka dilihat sebagai adun yang tidak bermoral dan berprinsip. PR yakin bila-bila masa sahaja mereka akan melakukan pengkhianatan sekiranya kepentingan peribadi mereka tidak dipenuhi.

Dalam masa yang sama PR juga yakin, UMNO BN masih berusaha bagi menarik adun-adun PR yang lain menyertai mereka bagi mengukuhkan kedudukan dan kuasa politik mereka. Namun PR yakin usaha mereka akan gagal. PR mengharapkan akan berlaku pilihanraya kecil di tiga-tiga DUN supaya kuasa politik PR dapat dikembalikan semula.

S/U Politik Dato Seri MB

Tuesday, February 9, 2010

Nizar: Malaysia menuju monarki mutlak

PUTRAJAYA 9 Jan 2010 Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia, dakwa menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut beliau tidak perlu diadakan pilihan raya kerana raja-raja boleh menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan negeri ataupun pada peringkat persekutuan.

Pada sidang media, sejurus selepas mahkamah menolak permohonannya, hari ini, Nizar berkata: “Ini adalah risiko paling besar yang dihadapi oleh negara masa kini dan kita perlu perbetulkannya. Keputusan mahkamah itu mengketepikan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perlembagaan.”

Nizar juga berkata dia belum membuat keputusan samada akan merayu berhubung keputusan itu yang mengistiharkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

“Kami akan teliti keputusan bertulis penghakiman dan kemudiannya membuat keputusan,” katanya sambil meminta penyokongnya supaya bertenang.

“Ini adalah hari yang paling sedih bagi Malaysia kerana ia membuktikan sistem penghakiman negara adalah tidak bebas. Sasaran kita sekarang ini ialah merampas semula Perak.

“Rakyat ingin melihat badan kehakiman bebas membuat keputusan. Tetapi berdasarkan apa yang didengar tadi, ia menunjukkan badan kehakiman masih tidak bebas dan dipengaruhi pihak tertentu.”

Menurut Nizar, krisis di Perak tidak sepatutnya berakhir dengan keputusan mahkamah tetapi perlu diserahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang patut mewakili mereka. - malaysiakini

Perak melalui Masa suram yang mendatang

PUTRAJAYA 9 Feb 2010 11.10 pagi: Rayuan Nizar ditolak sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan dan memutuskan Datuk Seri Zambry adalah Menteri Besar yang sah. Namun....
Penganalisis politik berpendapat, tidak kira apa jua keputusan, perbalahan yang berlaku antara kerajaan negeri sekarang di bawah Barisan Nasional (BN)dengan gabungan PAS-DAP-PKR dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan, setidak-tidaknya hingga pilihan raya akan datang.
"Jika Zambry diisytiharkan sebagai MB yang sah, apapun PR akan terus tidak puashati. Ia akan mempersoal kebebasan badan kehakiman manakala pada waktu yang sama meuar-uarkan BN sebagai kerajaan sementara," kata penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian.
Tetapi jika Nizar diisytiharkan menteri besar yang sah, beliau berkata ahli politik PAS itu mungkin memohon mandat baru tetapi ini akan bergantung pada sama ada dewan negeri boleh dibubarkan atau tidak.
Keputusan Mahkamah Persektuan tidak mungkin memuaskan hati sesiapa. Jika keputusan tidak memihak kepada Nizar, Pembangkang akan terus mempersoalkan kesahihan kerajaan negeri BN.
"Jika Zambry menang, beliau mempunyai kira-kira dua tahun untuk membuktikan bahawa kerajaannya adalah kerajaan sah. Apakah Pembangkang akan menerima hal itu pada sidang dewan akan datang atau akan terus mencetuskan kacau bilau?.
Perak akan terus berada dalam situasi tidak menentu kecuali kedua-dua pihak bertolak ansur selepas keputusan mahkamah," kata Dr Sivamurugan, dan menegaskan kedua-dua pihak perlu memahami bahawa tidak wajar dibiarkan dilema ini berlanjutan.
"Jika Zambry menang, beliau mungkin mempertimbang untuk berbaik-baik. Jika Nizar kalah, apakah beliau dapat menerima kerajaan negeri yang sah sehingga pilihan raya akan datang?" soal Dr Siva.
Menurut hasil tinjauan yang disiarkan oleh Merdeka Centre, sebuah firma tinjauan pendapat, Jumaat lepas, ulangtahun pertama BN memerintah Perak selepas pilihan raya umum 2008, 46 peratus daripada mereka yang ditinjau pendapat menyokong Nizar sementara Zambry berada di belakang dengan 44 peratus.
Nizar mempunyai kelebihan signifikan daripada Zambry bila melibatkan masyarakat Cina (59 peratus untuk Nizar lwn 16 peratus untuk Zambry) tetapi Zambry mendahului pertandingan bila melibatkan sokongan Melayu, dengan mendapat 67 peratus berbanding Nizar 35 peratus.
Anggota exco negeri Perak Dr Mah Hang Soon berkata BN sedar sokongan daripada rakyat masih begitu berbelah bagi.
"Tetapi keadaan bertambah baik untuk kami, rakyat tidak menaruh sikap terlalu bermusuhan seperti dulu. Kami percaya jika kami terus bekerja keras dan membuktikan rancangan ekonomi kami, mereka akan menyokong kami...buktikan kami adalah kerajaan yang lebih baik," katanya.
Bagi Pembangkang, ia masih menganggap penyelesaian muktamad terhadap kebuntuan ini ialah menerusi pilihan raya baru.
"Tidak ada apa yang akan berubah kecuali diadakan pilihan raya baru. Saya tidak nampak mana-mana jalan lain.
"Apa juga keputusan mahkamah, ia tidak akan mengubah sentimen rakyat," kata pakar strategi DAP dan MP Bukit Bendera, Liew Chin Tong. -
BERNAMA

Monday, February 8, 2010

Catatan Pengelaman XPDC Jelajah Daerah genap setahun rampasan kuasa di Perak

6 Feb 2009 Hari Memperingati genap setahun rampasan kuasa di Perak di mana BN diterajui Najib Tun Razak merentap kuasa daripada Pakatan Rakyat yang sah. Dari perkiraaan undi keseluruhan Parlimen di Negeri Perak tahun 2008, PR memperolehi 54% undi sementara BN Cuma mendapat 46% popular sahaja.

Sempena mengingatinya, masing-masing mengatur program bersama rakyat sempena rampasan kuasa ini. Berbanding dengan Zambry Abd Kadir lebih selesa menyemput orang ramai ke kediamannya dengan hebahan lebih 100 banner poster dipasang disetiap persimpangan dan masjid. Siaran secara langsung di TV1 pada malam sebelumnya Zambry berdialog setahun pemerintahannya keseluruh negara.

Sementara Menteri Besar Rakyat Dato Seri Ir Nizar mengadakan program bertemu rakyat ke daerah-daerah seluruh Perak bagi menyampaikan mesej kebenaran. Sepanjang program XPDC Jelajah Pakatan Rakyat ini, dikawal dengan kehadiran ramai angota polis seolah-olah akan berlaku hura-hara. Kumpulan kami diekori, diberitakan seramai 150 orang SB dan anggota polis turut menggunakan perakam video mengawasi pergerakan.

Apakah salah wakil rakyat ADUN yang dipilih bertemu pengundi dikawasannya?

8.00 pagi berkumpul di pokok demokrasi berhadapan bangunan Darul Ridzuan dengan dua buah bas, satu menghala ke utara dan sebuah lagi ke arah selatan.. Majlis dimulakan dengan sedikit ucapan dan doa. Bas kami ke utara seramai 20 orang terdiri dari Menteri Besar Rakyat, Dato Seri Nizar, YB Idham Lim, YB Tai Sing Ng, YB Zainuddin, YB Ramli Tusin, pimpinan Parti dan rakan media. Ada juga ADUN yang lain mengikuti dengan kereta.

8.30 pagi Sampai ke pasar Jelapang disambut penyokong Pakatan Rakyat dan menemui penjaja dan orang ramai. Masuk ke restoran, pasar sayur, pasar ikan dan penjaja di tepi jalan. Peniaga ramai memahami situasi politik di Perak dan menyatakan sokongan. Kemunculan Ir Nizar disambut hangat oleh orang ramai memang telah dikenali.

9.00 pagi Tiba di Markas Pas Tambun Chepor untuk bersarapan. Majlis penyampaian bantuan kepada 50 orang miskin diadakan.

10.00 pagi Bas XPDC kini diiring 3 mosikal besar yang membantu melancarkan lalu lintas dan bas kami dapat cepat tiba ke destinasi. Singgah di Pekan Chemor menemui orang ramai di pasar dan kedai-kedai.

10.30 pagi Di hadapan Balai Polis Sungai Siput, ketibaan kami disambut hampir 1000 orang penyokong bagaikan menanti aktor popular. Meramah orang ramai dan peniaga di Pasar sehari hingga ke Pasaraya The Store

11.00 pagi Kuala Kangsar mengedarkan risalah fakta rampasan kuasa dari Jam besar ke Stesyen bas. Kemudian singgah ke Pasar Tani di Dataran Sungai Perak. Ada peniaga meminta Nizar menandatangani di kereta niaganya dengan harapan berkat perniagaaan.

12.00 tgahri setiba di Lenggong lebih 50 buah mosikal penduduk kampong mengiringi bas dan turut diikuti 107 buah kereta lain!. Penuh sesak orang ramai mengikuti penjelasan Nizar dan pimpinan Parti. Selepas makan tengahari dan solat zohor orang ramai bergilir-gilir bergambar kenangan.

3.00 petang dinantikan lebih 300 orang ramai menyambut Nizar di Padang Rengas. Penjelasan ringkas diberikan dan pengenalan kepada pimpinan lama bersama PAS. Minum petang disediakan cukup meriah.

4.00 petang Tiba di Kompleks Perniagaan berhampiran tol Bukit Gantang taklimat ringkas kepada penyokong Pakatan Rakyat serta orang ramai kira-kira 800 orang yang mengunjungi dataran perniagaan di sini.

5.00 petang Tiba berhampiran pasar Taiping dan hujan turun tidak menghalang program diadakan. Selepas ucapan 59 belon warna hitam dilepaskan simbolik kepada bilangan kerusi DUN Perak. Sebanyak 10 kotak limau diagihkan kepada pengunjung dan peniaga Pasar Taiping.

6.00 petang berada di bandar Bagan Serai seperti biasa mengunjung peniaga dan orang ramai sebelum DS Nizar kembali ke Ipoh dengan kereta.

7.30 malam Makan malam di Parit Buntar makan malam dengan menu istimewa sup rusa, dan berpeluang mengikuti YB Idham Lim ke dua tempat ceramah berkelompok bertemu penduduk kampong. Program tamat jam 11.30 malam dan bertolak balik ke Ipoh.


Thursday, February 4, 2010

Hari ini dalam sejarah: Rampasan Kuasa di Perak

IPOH 5 Feb 2009 Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pergi ke pejabatnya seperti biasa pagi ini dan berada di situ selama kira-kira 45 minit sebelum beredar pulang ke kediaman rasminya.

Nizar bersama barisan exconya tiba kira-kira jam 9.40 pagi dan mendapati pintu pagar utama bangunan SUK ditutup. Beliau kelihatan meminta pengawal di situ membuka pintu tetapi pintu masih tidak dibuka.

Nizar kemudiannya, keluar dari keretanya dan menemui pengawal di situ dan sejurus kemudiannya pintu pagar utama kelihatan dibuka. Berikutan itu, Nizar dan kesemua exco kerajaan negeri masuk berkereta sampai ke tingkat bawah bangunan Darul Ridzuan itu.

Menteri besar kemudiannya menaiki lif ke pejabatnya dan diikuti dengan satu sidang akhbar di pejabatnya. Nizar memberitahu pemberita bahawa pejabatnya telah kosong dan barang-barangnya telah diambil tanpa notis dan tanpa kebenaran serta pengetahuannya.

Beliau berkata, sepatutnya mereka menghormati kuasa menteri besar kerana beliau masih memegang jawatan tersebut.

Gambar ini pada petang 5hb Feb 2009 Nizar mengiring Sultan Azlan kepameran setem sempena Jubli Perak di Dewan Bandaraya Ipoh.


Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengadakan mesyuarat exco tanpa kebenaran Sultan.

"Saya meminta rakyat bertenang...," katanya dalam sidang selama kira-kira 10 minit itu.

Sidang akhbar Nizar diganggu dua kali oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias.

Nizar juga enggan mengadakan pertemuan dengan Abdul Rahman dan kemudiannya beredar bersama yang lain ke kediaman rasminya di mana beliau dijangka mengadakan satu sidang akhbar.

Semua wartawan keluar dari bangunan itu. Pada kira-kira jam 10.42 pagi, kelihatan kereta menteri dan semua kenderaan exco bergerak keluar dengan diringi oleh kereta polis.

Berikut adalah rentetan peristiwa pagi tadi.

9.30 pagi: Anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.

9.40 pagi: Nizar, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exco tiba di bangunan SUK. Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.


10.15 pagi: Nizar dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Abdul Rahman dan Azisman. Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan supaya meninggalkan bilik tersebut.

Exco kanan kerajaan negeri, Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu Azisman supaya mematuhi prosedur.

10.20 pagi: Nizar dan anggota exco berkereta keluar dari pejabat SUK, balik ke kediaman rasminya.

10.45 pagi: Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri.

Ingatkan semula.... betapa berdebarnya aku ketika disaat itu.




Monday, February 1, 2010

Hakim Mahkamah pertama istihar Nizar Menteri besar yang sah

Oopppss... bukan silap mata. Benar sebenarnya, sorotan bacaan pertama Mahkamah!


KUALA LUMPUR 11 Mei 2009 (Bernama) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.

Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.

Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.

Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN.

"Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.

"Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.

Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

"Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan.

"Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan," Abdul Aziz dilaporkan berkata lagi

Beliau juga mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil.

"Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras.

"Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb.

Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti.

"Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan.

"Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.

Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.

Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.

"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.

Hakim itu turut mempersoalkan kenapa BN, selepas mengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.

Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.

"Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.

Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari. Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham.