IPOH 5 Feb 2009 Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pergi ke pejabatnya seperti biasa pagi ini dan berada di situ selama kira-kira 45 minit sebelum beredar pulang ke kediaman rasminya.
Nizar bersama barisan exconya tiba kira-kira jam 9.40 pagi dan mendapati pintu pagar utama bangunan SUK ditutup. Beliau kelihatan meminta pengawal di situ membuka pintu tetapi pintu masih tidak dibuka.
Nizar kemudiannya, keluar dari keretanya dan menemui pengawal di situ dan sejurus kemudiannya pintu pagar utama kelihatan dibuka. Berikutan itu, Nizar dan kesemua exco kerajaan negeri masuk berkereta sampai ke tingkat bawah bangunan Darul Ridzuan itu.
Menteri besar kemudiannya menaiki lif ke pejabatnya dan diikuti dengan satu sidang akhbar di pejabatnya. Nizar memberitahu pemberita bahawa pejabatnya telah kosong dan barang-barangnya telah diambil tanpa notis dan tanpa kebenaran serta pengetahuannya.
Beliau berkata, sepatutnya mereka menghormati kuasa menteri besar kerana beliau masih memegang jawatan tersebut.
Gambar ini pada petang 5hb Feb 2009 Nizar mengiring Sultan Azlan kepameran setem sempena Jubli Perak di Dewan Bandaraya Ipoh.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengadakan mesyuarat exco tanpa kebenaran Sultan.
"Saya meminta rakyat bertenang...," katanya dalam sidang selama kira-kira 10 minit itu.
Sidang akhbar Nizar diganggu dua kali oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias.
Nizar juga enggan mengadakan pertemuan dengan Abdul Rahman dan kemudiannya beredar bersama yang lain ke kediaman rasminya di mana beliau dijangka mengadakan satu sidang akhbar.
Semua wartawan keluar dari bangunan itu. Pada kira-kira jam 10.42 pagi, kelihatan kereta menteri dan semua kenderaan exco bergerak keluar dengan diringi oleh kereta polis.
Berikut adalah rentetan peristiwa pagi tadi.
9.30 pagi: Anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.
9.40 pagi: Nizar, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exco tiba di bangunan SUK. Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.
10.15 pagi: Nizar dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Abdul Rahman dan Azisman. Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan supaya meninggalkan bilik tersebut.
Exco kanan kerajaan negeri, Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu Azisman supaya mematuhi prosedur.
10.20 pagi: Nizar dan anggota exco berkereta keluar dari pejabat SUK, balik ke kediaman rasminya.
10.45 pagi: Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri.
Ingatkan semula.... betapa berdebarnya aku ketika disaat itu.
Salam bro, dengar kata anak bloggers kita manjunmari yang dok belajo di maktab dah jadi jalang betul ke?dengar kata malam malam dok berdisko je, lepas tu mabuk mabuk dan lepas mabuk apa lagi....dot dot dot
ReplyDeletetak baik buat fitnah
ReplyDelete