Sunday, December 27, 2009

Pengarah JAIPk dimanipulasikan dan terus ditekan musuhnya

DATO' SHEIKH MOHAMAH NOR BIN MANSOR AL-HAFIZ yang digambarkan Utusan di sini
IPOH 24 Dis. - Setelah mengelak memberi kenyataan mengenai perubahan senarai nama ahli jawatankuasa (AJK) masjid, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Mohamah Nor Mansor (gambar) hari ini menjelaskan, beliau tidak berminat untuk bermain politik seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

Mohamah Nor, 59, berkata, apa yang berlaku berkaitan senarai nama tersebut tiada kena-mengena dengan beliau.

''Saya tak terlibat dengan politik. Yang pertama, siapa yang berani mengubah keputusan Raja Muda (Raja Dr. Nazrin Shah). Umur saya pun dah lewat, bukan saya yang akan dipilih (bertanding pilihan raya).

''Persoalannya, kalau saya buat, kenapa saya pilih Slim (ADUN Slim,YB Khusairi Talib dari UMNO), satu tempat yang saya tak kenal, orangnya pun saya tak kenal, baik pergi tempat saya sendiri. Kalau saya nak bertanding bukan di Slim," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian pelantikan ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dan merasmikan seminar zakat perniagaan.

Pada 16 Disember lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib mendakwa, JAIP telah menukar senarai AJK beberapa masjid di kawasan tersebut dan memasukkan nama pemimpin serta penyokong Pas.

Antara masjid terbabit ialah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun dan Masjid Jamek Kampung Pasir.

Masjid lain ialah Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Kampung Sungai Dara dan Masjid Behrang Stesen, kesemuanya di mukim Ulu Bernam.

Khusairi mendakwa, beliau turut menerima laporan pertukaran nama itu juga melibatkan beberapa masjid dalam kawasan Parlimen Bagan Serai, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.

Mohamah Nor berkata, senarai nama untuk pelantikan itu diterima daripada pelbagai pihak termasuk pejabat Menteri Besar Perak menyebabkan ada beranggapan nama tidak terpilih itu digantikan dengan nama orang lain.

''Kalau ada perubahan pun, di peringkat cadangan sebelum pelantikan kerana senarai datang daripada pelbagai pihak. Majlis akan buat keputusan. Saya tegaskan, perubahan selepas keputusan Majlis tidak berlaku," katanya.

Ditanya adakah senarai nama tersebut telah diperkenankan oleh Raja Muda selaku Yang Dipertua MAIAMP, beliau berkata, ia belum lagi diterima sepenuhnya.

''Kita menunggu keputusan Raja Muda, kuasa memutuskan perkara ini pada baginda sahaja. Mesyuarat terdekat akan diadakan pada Januari ini," katanya.

Ditanya ini kali kedua kejadian membabitkan ketelusan beliau dipersoalkan, Mohamah Nor berkata: '' Kalau orang kata ini kali kedua perkara macam ini jadi, bagi saya, ini kali kedua orang fitnah saya.

Ditanya mengapa beliau menjadi sasaran, jelasnya: ''Macam orang ambil dadah, apa pun orang akan kata ambil dadah juga." (Ada menyertai PAS!) . Itulah sebab utamanya musuhnya ada PHD.


No comments:

Post a Comment