30 Nov 2009 Tulisan Tun Mahathir di blognya mengolahkan pendapatnya tentang luahan dari kata-kata seorang bekas pemimpin kanan UMNO yang mengatakan "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya). Bukan lagi pendapatnya sahaja malah disepakati oleh ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.
UMNO yang runtuh itu dilihat bukan lagi disebabkan doa Tuan Guru Nik Aziz tetapi adalah pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri katanya berikut.
1. Ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kerana untuk jadi pengerusi JKKK dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
2. Cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun. Orang yang berkepentingan ini berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
3. Tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen. Oleh itu Ketua Cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya.
4. UMNO sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah. Mereka ini memburukkan lagi imej UMNO kerana penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga akan berlaku.
5. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan.
6. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini kerana ahli UMNO semuanya berkepentingan diri.
Begitulah antara lain dalam tulisannya.
No comments:
Post a Comment