Wednesday, December 23, 2009

Umno cuba campurtangan isu lantikan AJK Masjid di Perak

IPOH, 22 Dis: Umno Perak didakwa cuba memutar belit dan mempolitikkan isu perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Masjid di negeri itu selepas mereka tidak berpuas hati dengan senarai baru yang telah disahkan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah. (baca butiran lanjut di sini)

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim memberitahu, perkara sebenar disebalik itu adalah kerana Umno tidak berpuas hati apabila kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebelum ini membiarkan kaedah betul diguna semasa membuat pemilihan untuk disenaraikan.

Kaedah itu adalah dengan membiarkan mereka yang telah dipertanggungjawab oleh Majlis Agama Islam Perak (MAIP) iaitu Orang Besar Jajahan (OBJ), Penghulu Mukim dan Pegawai Tadbir Agama (PTA )membuat pilihan tanpa campurtangan politik mana-mana pihak termasuk Pakatan Rakyat.

Namun kaedah betul itu telah bercanggah dengan amalan turun temurun Umno negeri itu yang membuat senarai pemilihan mengikut kehendak parti itu.

"Sebelum ini Umno guna kaedah ketua cawangan pilih, kemudian diserahkan kepada ketua bahagian, lepas itu diserah kepada Pengarah JAIP untuk disahkan oleh Majlis Agama (MAIP).



"Mereka cuba membonekakan JAIP (Jabatan Agama Islam Perak) dengan tidak membenarkan JAIP ubah senarai itu malah dipaksa untuk mengesahkannya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Umno telah menuduh Pengarah JAIP, Datuk Mohamad Nor Mansor bersekongkol dengan Pakatan Rakyat tanpa sebarang bukti.

Mohamad Nor dituduh memotong nama-nama yang telah diperkenankan oleh DYTM Tuanku Raja Muda dan menukar dengan nama-nama pemimpin Pas, sebelum senarai itu dihantar semula ke pejabat JAIP dan kemudian membuat senarai baru tanpa merujuknya semula kepada OBJ.

Khalil yang juga turut mengulas perkara itu dalam blognya memberitahu, selain tuduhan tersebut berniat jahat dan tidak berasas, ianya juga satu penderhakaan terang terangan terhadap senarai yang telah diperkenan Tuanku Raja Muda Perak.

Ianya kerana Pengarah JAIP adalah Setiausaha Majlis Agama Islam Perak yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perak sendiri.

"Tindakan UMNO mempertikai senarai yang diumumkan adalah bagi saya telah menderhakai perkenan DYTM Raja Muda Perak," katanya yang juga ADUN Titi Serong.

Pengarah dan pegawai JAIP katanya tidak semudah tuduhan yang dilemparkan itu untuk meminda senarai yang telah diperkenan Tuanku.

"UMNO yang cuba mempolitikan mesjid sekian lama dengan cuma beralasan antaranya senarai Pengerusi dan Setiausaha Masjid di Mukim Slim dan Behrang Ulu dalam Parlimen Tanjong Malim didapati berlainan dari senarai asal," katanya lagi.

Menurutnta juga senarai AJK mesjid telah tertangguh perlantikannya sejak tahun 2007 lagi.

Paling berat katanya apabila Umno juga menuduh PTA cuba mempercepatkan majlis pentauliahan selepas menerima senarai bagi menyembunyikan tindakan menukar senarai tersebut.

"Umno cuba mengenepikan Istana demi mencapai hasrat mereka menguasai masjid.

"Kalau ikutkan, orang Umno memang tidak layak, orang kampung sendiri pun tak mahu orang Umno jadi Ajk masjid sebab mereka tak pergi masjid pun," katanya.


- Harakahdaily

1 comment:

  1. LIHAT KOMEN DI BLOG YB SLIM ISU INI:
    pas gopeng said...
    Firman Allah SWT : "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk". Surah At-Taubah, ayat 18
    BIARLAH BENAR-BENAR YANG ADA JIWA ISLAM, BUKANNYA YANG LOKLAK
    December 22, 2009 12:35 AM


    khusairi talib said...
    Pas Gopeng, cuba lihat nama siapakah yang dipotong pada senarai Masjid Ehsaniah, Kampung Kelan yang saya siarkan itu. Enam nama Haji dipotong dan digantikan dengan pemimpin tegar parti Pas. Enam Haji ini adalah orang yang dihormati di Kampung Kelan, dan sememangnya aktif di masjid berkenaa.

    Apakah Pas Gopeng nak kata yang dipilih ini loklak dan diganti namanya oleh tangan ghaib itu syumul?

    December 22, 2009 8:24 AM

    Imam said...
    Apakah peranan masjid?

    sila jawab khusairi talib

    jawab bukan gunakan logik akal anda... sila gunakan hujah dari al quran ataupun hadis...

    jika benar anda muslim...
    December 22, 2009 1:44 PM



    khusairi talib said...
    Imam, jika saya tidak menjawab soalan anda menggunakan hujah dari al quran ataupun hadis dalam isu ini, anda nak kata saya bukan muslim?

    Inilah sikap orang Pas, mudah sangat hendak mengkafirkan sesama muslim. Inilah ajaran yang sering dibawa oleh pemimpin Pas di masjid. Subhanallah.

    December 23, 2009 2:22 AM

    ReplyDelete