Monday, December 2, 2013

Jawatankuasa PAS Pusat: 5 Negeri dapat Pesuruhjaya baru

KLumpur 2 Dis: PAS mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai SETIAUSAHA AGUNG manakala Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai KETUA PENERANGAN yang baharu dalam mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) parti Islam itu, malam tadi. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai BENDAHARI manakala Dr Mohd Hatta Ramli dikekalkan sebagai KETUA PENGARAH PILIHANRAYA.
Selain itu, lima negeri mendapat pesuruhjaya baru iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Aminulhuda Hassan untuk JOHOR, Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria (PERAK), Adun Sura, Satiful Bahri Mamat (TERENGGANU), Mohd Shukri Ramli (PERLIS)  dan Exco Selangor, Iskandar Samad (SELANGOR).

Semua dilantik dalam mesyuarat pertama selepas muktamar PAS ke-59 berakhir, baru-baru ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut melantik Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tewas bagi merebut jawatan timbalan presiden sebagai AJK.
Turut dilantik sebagai AJK adalah Datuk Abu Bakar Chik yang tewas bagi jawatan naib presiden. Selain beliau Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohd Hussin, Asmuni Awi, Zulkeflee Mohd Omar dan Dr Muhaimin Sulam turut dilantik sebagai AJK.
Sementara itu, tiga penolong setiausaha agung dan pesuruhjaya PAS PULAU PINANG akan dilantik dalam mesyuarat 17 Disember nanti.
Sementara itu, Pemuda PAS terpaksa bermesyuarat sekali lagi 5 Disember ini selepas mesyuarat mereka pada 28 November gagal mencapai kata sepakat dalam pelantikan setiausaha.
Suhaizat Kaiat yang menang sebagai ketua dalam muktamar PAS baru-baru ini dikatakan gagal melantik calonnya untuk jawatan itu selepas cadangannya ditolak oleh exco. – M-Insider.

3 comments:

  1. Perak dan Johor 2 negeri yg berpotensi dimenangi Pakatan Rakyat wajar punya PJ yg lincah, dikenali dan terbukti bijak memimpin.Sallahuddin Ayub sepatutnya jadi PJ Johor kerana Presiden melantek Tuan Brahim PJ Pahang dan Nizar patut jadi PJ Perak kerana berpengaruh.Dok lantik orang baru, tak dikenali, tak ada pengaruh, kurang pengalaman untuk jadi PJ tu buat apa? Agaknya keraiteria yg digunakan Presiden hanya "wala" itu aje.Sebab itu PJ Sarawak dikekalkan walau pun tak tau buat apa-apa. Begitu juga PJ WP yg berasal dari Ganu, dikekalkan walau pun prestasi menurun dan langsung tak ada wawasan.Kalau luncai dah nak terjun dengan labu-labunya apa nak dikatakan.

    ReplyDelete