Sunday, November 24, 2013

Pemilihan PAS ke-59 'Rahmat untuk Semua'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang: Anggota parti itu agar berwaspada dengan usaha Umno untuk memecah-belahkan perpaduan mereka seperti menimbulkan dakwaan perbezaan akidah di kalangan para pemimpin PAS. Perbezaan hanya dari segi latar belakang dan pendidikan dan bukannya dari segi akidah.
"Syariah Islam tidak ada khilaf (silap) di kalangan ahli pas, semua bersatu di atas satu pentas. Tiada dalam PAS, Islam liberal, Islam Ortodhox atau Islam Protestan. Jangan dengar pandangan orang luar. Yang lihat agama ni Ulama," kata Abdul Hadi dalam ucapan penggulungannya di Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam.

Menurutnya lagi kepelbagaian dalam latar belakang ahlinya juga boleh dilihat sebagai kekuatan dan petanda bahawa PAS mempunyai pelbagai kelebihan dan lebih menyeluruh untuk ditawarkan kepada masyarakat.

"Kita boleh bentuk kepimpinan kolektif secara jemaah mempunyai pelbagai kepakaran," Katanya setiap anak kapal tersebut berperanan membolehkan bahtera itu berlayar dengan selamat bersama meredah gelombang dalam satu bahtera.


"Kadang-kadang saya bimbang org kita mabuk dgn gelombang. mabuk jgn sampai terjun bahtera. Ada yang terjun tetapi tak selamat walau dia Ulama," kata beliau merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin yang keluar dari parti tersebut sebelum ini.

Dalam sidang medianya selepas itu, Hadi turut menepis tanggapan bahawa kepimpinan baru PAS gagal dikuasai kumpulan ulama.

Katanya, golongan ulama membentuk jumlah paling besar dalam saf kepimpinan parti Islam itu. 
Sembilan orang ahli jawatankuasa PAS pusat yang berpendidikan agama, yang bakinya tu campur dengan doktor, jurutera, aktivis. Ulama yang terbesar sembilan orang.


"Yang penting bukan nama ulama, tapi peranan ulama. Kita tak mahu kalau ulama seperti (ulama) Umno. Dia tak ada peranan, tak ada erti. (Yang penting) bukan jumlahnya," katanya ketika ditanya.

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu: PAS tidak mampu berjuang bersendirian sebaliknya memerlukan rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk membantunya melebarkan jajahan khususnya dalam pilihan raya umum akan datang.


Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sini, beliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.

"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).

"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia," katanya.
Subky Abdul LatifTahniah atas Mat Sabu pertahan jawatan Tim. Pres. PAS. Ia bukan perwakiln tolak ulama, tapi tidak amalkan parti buang pemimpin. Jika setiap muktamar ia membuang pemimpin, nanti yang bukan pemimpin pun jadi pemimpin dan tiada pemimpin mahu jadi pemimpin. Tugas Mat Sabu kini bukan sekadar membantu Presiden, tetapi membantu PAS menstabilkan kembali kepimpinan ulama seperti yang PAS tuntut khususnya ulama.
Nik Zawawi (Majlis Syura Ulama): Anggota parti perlu mematuhi garis panduan parti dalam mengamalkan kerjasama politik dengan parti dalam Pakatan Rakyat dan juga dengan gerakan Islam lain. Allah menganugerahkan kejayaan mengadakan tahaluf siyasi dan Isya-Allah PAS tidak akan mengkhianati rakan-rakan sepejuangan.
Dato' Mahfuz Omar: Ini bukan soal jawatan, tetapi kemahuan untuk terus berjuang untuk memartabatkan Islam di bumi Allah ini.
Shuhaizan Kaiat Ketua Dewan Pemuda Malaysia: PAS akan melebarkan sayap pendidikan kanak-kanak berteraskan Islam mereka ke luar negara di benua Asia dan Africa melalui penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) tahun hadapan. Permulaannya akan ditubuhkan di Sudan, Laos, India, dan Selatan Thailand dijangka bermula pada Februari.
Dr Muhaimin Sulam Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian: Ahli-ahli PAS diingatkan agar tidak terlalu ghairah menukar identiti sesuatu kelompok yang baru mendekati parti itu, sebaliknya perlu menerapkan kefahaman Islam ke dalam diri mereka. "Biarkan mereka sebagai pemuzik, pelukis, penyanyi, pelakon, penulis dan sang karyawan lain-lain menghasilkan karya yang dapat membangunkan umat, menghidupkan jiwa yang mati, menyuntik semangat juang. 

No comments:

Post a Comment