KOTA
BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam,
masih bernada sama tidak membawa manusia pada ketaqwaan pada
Allah. Menurutnya, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan
kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia
bertaqwa pada Allah. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di
kediamannya di Pulau Melaka pagi tadi untuk mengulas belanjawan yang
dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.
Sambungnya,
ketika meneliti pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Razak, langsung
tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain
memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata. Tuan Guru
seterusnya berkata, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh,
ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat
tidak ada rasa taqwa pada Allah.
“Inilah natijah yang akan
diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari
akhirat. “Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari
politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau
harta tidak akan selamat,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.
Katanya, semuanya sama sahaja
selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada
kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan
agama, negara tidak akan aman. Beliau turut mengambil contoh sejarah
Rasulullah s.a w bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga
tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin
Makkah berada di sana.
Tambah Tuan Guru lagi, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen, Dun, ianya tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia. “Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam, bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya berhubung kemungkinan besar harga gula tidak akan naik memandangkan kerajaan telah mengurangkan harga subsidi sebanyak 20 sen sekilogram.
HADI AWANG: Pengagihan yang tidak telus ini menyebabkan kekayaan hanya berlegar di
kalangan kroni akhirnya sasaran yang sepatutnya tidak dapat insentif
yang dijanjikan. Ini perubahan yang perlu dibuat rakyat dan mereka kena sedar berlaku ketirisn dan penyelewengan.
"Janji ditepati bina stadium akhirnya stadium runtuh, janji ditepati buat jalan tapi tak siap, kena tambah peruntukan sebab tidak ada kepentingan untuk kerajaan," katanya.
Selain itu, konsep belanjawan dalam Islam menurut beliau antara lain bukan sahaja memastikan sumber pendapatan negara itu dari sumber yang halal malah memastikan ianya diperolehi bukan dengan cara zalim.
"Sumber mesti halal ataupun tidak diambil secara zalim. Rompak duit royalti itu zalim," katanya.
Tambahnya, kekayaan yang ada di dalam negara boleh dipusing melalui sistem percukaian yang ada dalam Islam antaranya sistem zakat.
Jelas Abdul Hadi, zakat ialah petunjuk konsep percukaian iaitu diambil daripada mereka yang berada dan dipulangkan kepada mereka yang memerlukan, manakala cukai pula dikenakan kepada orang bukan Islam.
"Zakat pun boleh ganti cukai. Zakat adalah wajib dan tidak boleh dihapuskan berbeza dengan cukai. Walaupun negara mempunyai bertimbun kekayaan tetapi zakat wajib juga dikeluarkan, tetapi cukai boleh dihapuskan" katanya. ~harakahdaily