Sunday, July 31, 2011

UMNO lebih bahaya dari Wahabi

Tuan Ibrahim Tuan Man
 Keghairahan Umno melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu’, bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.

Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

Umno dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menanggap politik suku agama suku.

Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia. Bukankah ini bukti fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?

Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

Cuma yang agak menghairankan bilamana ulama muda Umno juga tergolong senarai pengganas? Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan Darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong BERSIH 2.0?

Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?

Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam Umno. Tidak terfikirkah bahawa apabila ulama Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?

Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja membunuh kerjaya politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.

Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang

Friday, July 29, 2011

SAH, TV9 pecat Ust Zamri

Sah rancangan ‘Adik & al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak atasan sambil hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.

Dilaporkan, semuanya gara-gara kelibat gambar Ustaz Zamri terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tersebar meluas di internet. Ini semua kerja-kerja blogger barua Umno-BN yang dengki dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR). Mereka lebih senang bertindak sebagai batu api agar Ustaz Zamri terus dipecat. Memang bacul!

Perkara itu disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy. Beliau berkata, arahan pemecatan Ustaz Zamri dan menghentikan program berkenaan dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

Gambar Ustaz Zamri menyertai Himpunan BERSIH 2.0 disebar meluas di internet oleh puak hasad dengki dan tidak boleh menerima kenyataan.
“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Apa mahu cakap lagi. Itulah situasi yang perlu dilalui rakyat Malaysia di sebuah negara yang dicengkam oleh pemimpin yang tidak boleh menerima kenyataan orang tidak menyokong mereka. Ustaz Zamri merupakan mangsa kerakusan pemimpin Umno-BN yang tidak boleh menerima kenyataan.

TV9 bakal menanggung akibatnya daripada penonton hasil diperalat oleh pemimpin Umno-BN yang cuba menyekat kebebasan hak memilih dan menyokong sesiapa yang dimahukan. Bagi mereka, hanya penyokong Umno-BN sahaja yang boleh hidup aman di negara ini, selain dari itu harus dipulaukan.

Dilihat, keadaan itu bukan menguntungkan TV9 atau kerajaan jumud BN, bahkan rakyat pasti akan menghukum mereka yang rakus itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Tiada beza dengan apa yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang dipulau oleh musyrikin Quraish kerana memeluk Islam dan meninggalkan agama nenek moyang mereka. Namun Islam tetap utuh dan semakin dijulang tinggi.

Semuanya kerana bimbang pengaruh pemimpin sedia ada hilang. Pangkat pun jatuh. Inilah situasi serupa yang cuba digunakan oleh pemimpin Umno-BN terhadap musuh politiknya.

Thursday, July 28, 2011

Wahabi: Penegahan adat dalam ibadat bukan isu baru

Isu 'fahaman Wahabi mempunyai perkaitan dengan terorisme dan mengancam keselamatan negara', tercetus hasil peranan beberapa agamawan tertentu. Peranan yang mereka mainkan menyebabkan pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, akhirnya menerima fahaman Wahabi boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Inilah susur galur kemunculan isu ini.

Ringkasnya, ia muncul bukan disebabkan percaturan politik untuk kepentingan pihak tertentu. Ia juga tidak membabitkan mana-mana parti politik, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Salah seorang individu yang dilabel sebagai pengikut Wahabi, yang juga seorang ahli sebuah parti politik, turut menafikan penglibatan partinya itu dalam isu ini.

Hakikat ini perlu dimaklumi bagi sesiapa juga yang berusaha menangani isu ini atau cuba memahaminya.

Isu utama

Monday, July 25, 2011

Nazrin: Jangan Cari Raja Bila Panas Terlalu Terik

Raja Dr Nazrin Shah secara sinis mengingatkan bahawa raja-raja Melayu jangan hanya dicari apabila sesuatu pihak berada dalam keadaan terdesak atau tiada pilihan lain.”Raja jangan sama sekali ditiriskan, jangan hanya dicari bila panas terlalu terik atau hujan sudah pun turun.
Shah Alam 25 Julai. “Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga, lambang kedaulatan negara, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan,” tegas Raja Muda Perak itu ketika menyampaikan Titah Diraja pada Majlis Wacana Ilmu bertajuk ‘Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Negara’ di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM di sini pada Isnin.

Baginda bertitah, institusi raja wajib memberi naungan yang saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum seperti yang tersurat dalam salah satu daripada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu. Raja Nazrin menegaskan bahawa raja bukan monumen hiasan yang kaku tanpa nyawa atau sekadar hadir memenuhi acara dan istiadat sebaliknya apa yang berlaku akan diikuti oleh istana secara dekat, diteliti dan dihalusi.

“Dalam setiap perbalahan, tidak mungkin satu pihak yang betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua; tetapi kaedah mencari kemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, adat, moral dan agama.
“Jika suhu politik semakin panas, dikhuatirkan impian untuk membina perpaduan mungkin menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan,” titah baginda. Raja Nazrin turut mengingatkan rakyat dan pemimpin di negara ini bahawa perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang.

“Perlu ada penerimaan kepada realiti, perlu ada fahaman bahawa tuntutan untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam. Perlu ada kematangan dalam menyampaikan teguran, perlu ada etika ketika menyuarakan kritikan.  “Teguran dan kritikan untuk penambahbaikan positif nadanya akan berikan kesan yang positif; tetapi teguran dan kritikan dengan tujuan mendatangkan keaiban peribadi dan merendahkan lawan politik, akan memberikan hasil yang negatif,” titah baginda.

Menurut Raja Nazrin, perpaduan memerlukan kesediaan untuk melakukan pengorbanan dan semua pihak perlu menerima hakikat menang atau kalah dalam konsep demokrasi adalah lumrah. Dalam pada, titah baginda, institusi diraja perlu terus berkecuali yang berupaya menurunkan suhu politik negara yang semakin panas selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Titah baginda, untuk itu raja perlu kekal dalam disiplin yang berada di atas segala polemik politik. “Raja juga ada amanah, ada tanggungjawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup scara rukun damai. “Raja perlu menggunakan kebijaksanaan akal bicara, memilih sebaik ketika dalam ruang kuasa yang diperuntukkan untuk menenangkan situasi.

“Namun raja tidak ada ‘lampu ajaib’ yang mengupayakan raja memupuk perpaduan sekelip mata,” titah baginda.

Sunday, July 24, 2011

Kenyataan Mat Sabu sahih, Polis mengeliru

APA yang boleh disimpulkan di sini, sama ada Polis sengaja mahu memburukkan imej Mat Sabu, atau tindakan Polis yang boleh dianggap sebagai tidak cerdik di dalam menjawab isu dakwaan Mat Sabu dilanggar kenderaan Polis.

Laporan Polis yang dibuat oleh Mat Sabu pada 14 Julai 2011 secara jelas bertulis bahawa beliau telah dirempuh oleh kereta Waja Polis pada 9 Julai 2011. Diulangi, kereta Waja Polis. Diulangi sekali lagi Kereta Waja Polis.

Sudah terang lagi bersuluh Mat Sabu membuat laporan bahawa beliau dilanggar oleh kereta Proton Waja Polis, laporan Polis ini boleh diakses dengan mudah oleh pihak Polis kerana ia tersimpan dalam pangkalan data PDRM (Pemerintahan Diktator Rosmah Mansor).



Namun pada 21 Julai seminggu selepas Mat Sabu membuat Laporan Polis, pihak Polis tampil dengan video pendedahan kononnya Mat Sabu tidak dilanggar oleh Pajero Polis [Utusan].
Jelas sekali di dalam hal ini pihak Polis tidak cerdik di dalam menjawab isu ini. Polis menyatakan video kononnya Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Sedangkan di dalam report 7 hari sebelum itu Mat Sabu mendakwa dirinya dilanggar oleh kereta Waja Polis. Apa kejadah pulak Polis cerita pasal Land Rover?

Di bawah ini pengakuan Mat Sabu semasa temuramah pada 13 Julai 2011 di ibu pejabat Suhakam. Saksikan sendiri pada sela masa 1:38 hingga 1:43 secara jelas Mat Sabu mengatakan bahawa "sebuah kereta lagi datang, kereta Waja merempuh motorsikal yang membawa saya" 

Saturday, July 23, 2011

Anggota Kumpulan Pelampau Nazi serang Oslo, Norway

Graphic showing attacks in Norway

OSLO, 23 Julai — Seramai 92 orang disahkan terbunuh dalam serangan berganda di Norway semalam — letupan bom di kawasan pejabat kerajaan yang turut menempatkan pejabat Perdana Menteri dan seorang menyamar sebagai polis melepaskan tembakan di tempat sekumpulan belia mengadakan program perkhemahan.Tujuh mati dalam letupan bom di ibu negara Norway. Perdana Menteri Norway selamat dalam kejadian ini.

Susulan letupan di kawasan pejabat kerajaan yang menyebabkan kerosakan teruk, seorang lelaki melepaskan tembakan ke atas sekumpulan belia yang menyertai perkhemahan parti memerintah di Pulau Utoeya island, yang terletak di barat laut Oslo.

Menurut polis, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam kejadian itu.

“Saya nampak belia lari bertempiaran, melompat ke laut,” kata seorang saksi Kristine Melby kepada saluran televisyen Al Jazeera. “Kami mendengar orang menjerit,” katanya. Penembak berusia 32 tahun itu, seorang warga Norway, telah ditahan polis.

Suspek dikatakan ahli kumpulan Nazi Sweden mensasarkan melumpuhkan bangunan pentadbiran kerajaan mengumpul 6 tan peledak dari baja untuk tujuan itu. — Reuters
An injured man is helped in the immediate aftermath of the powerful explosion that tore apart the government district of Oslo yesterday
An injured man is helped in the immediate aftermath of the powerful explosion that tore apart the government district of Oslo yesterday
Smoke billows from a building shortly after the blast which killed seven people
Smoke billows from a building shortly after the blast which killed seven people
4) An aerial view of Olso's city centre shortly after an explosion rocked the Norwegian capital [Jon Bredo Overaas/Scanpix/AFP]

5) A view shows the aftermath of a bomb blast on a street in Oslo [Fartein Rudjord/Reuters]



7) Smoke billows from a 17-storey government building [Per Thrana/Reuters]

Makna dan Tanda 9 Julai

Hishamuddin Rais   Suara Keadilan -Rabu 20 Julai  
"Untuk saya bukan 6 ribu, bukan 60 ribu atau bukan 600 ribu warga yang turun ke jalan pada 9 Julai untuk dijadikan ukuran. Untuk saya angka ini bukan persoalan. Kalau pun hanya 6 orang yang turun pada 9 Julai yang lalu – saya anggap ini adalah satu kemenangan. Kenapa saya berkata sedemikian?

Mungkin ramai yang tidak sedar. Mungkin ramai yang belum faham lagi. Apa yang terjadi pada 9 Julai dahulu ialah kita warga negara Malaysia telah melintasi Garis Takut. Garis Takut ini adalah sebahagian dari garis saikoloji yang telah dipasang apabila Malapetaka 31 Ogos dihempapkan kepada kita semua."

Dalam pensejarahan, setiap negara bangsa akan wujud satu tarikh untuk diingati dan dikongsi bersama. Warga Palestin mengingati Nakba atau Malapetaka pada 15 Mei setiap tahun. Pada tarikh ini Israel telah diwujudkan. Pada tarikh ini juga tanah-tanah warga Palestin mula di rampas oleh kaum Zionis.

Semenanjung Tanah Melayu menyambut Hari Malapetaka ialah pada 31 Ogos setiap tahun. Malapetaka menimpa Tanah Melayu ditarikh ini apabila British mengaggihkan kuasa pentabiran tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Malapetaka ini sedang sama-sama kita rasakan.

Tetapi apa sangkut pautnya Malapetaka ini dengan tarikh 9 Julai? Bukankah pada 9 Julai yang baru lepas hanyalah hari Perhimpunan Bersih? Untuk memahami 9 Julai ini saya akan bawa kembali kepada surah surah sejarah agar para pembaca yang budiman akan dapat memahami makna dan tanda tarikh dan haribulan ini.

Saya bawa kembali para pembaca ke zaman Julius Ceaser dan kerjaaan Rom. Di Utara Itali ada sebatang sungai bernama Rubicon yang airnya berlumpur merah. Sungai ini telah dijadikan garis sempadan. Kerajaan Rom telah membuat perundangan bahawa tidak ada sesiapa pun boleh melintasi Sungai Rubicon ini dengan membawa bala tentera.

Pada tahun 49 Sebelum Masehi, Julius Ceaser telah melintasi Sungai Rubicon dengan membawa satu ketumbukan bala tentera menuju ke arah kota Rom. Menyeberangi Sungai Rubicon memberi makna bahawa tidak ada lagi jalan pulang melainkan mengambil kota Rom. Tetapi 9 Julai kita dahulu lebih dari ini.

Kini biar saya bawa pula ke zaman sesudah Perang Dunia Pertama. Pada tahun-tahun 30’an kerajaan Peranchis telah mendirikan tembok-tembok pertahanan di sempadan Perachis/German. Tembok dan kubu-kubu pertahanan ini di panggil Garis Maginot – ini nama menteri pertahanan Peranchis sebelum Perang Dunia Kedua. Garis ini cukup kukuh - dengan kubu-kubu batu, tembok yang lengkap dipersenjatai dan pengkalan askar yang stratejik – di atur disepanjang Garis Maginot.

Apabila Perang Dunia Kedua pecah, Hitler telah mula menyerang Peranchis. Kubu-kubu di Garis Maginot pada awalnya kelihatan kukuh dan mustahil untuk soldadu German menerbus masuk ke Peranchis. Tetapi pada 10 Mei 1940 Garis Maginot ini ditembusi oleh soldadu Hitler. Pada 14 Jun 1940 Peranchis jatuh ke tangan Nazi. Tetapi 9 Julai kita dahulu lebih dari ini.

Biar saya bawa pula para pembaca yang budiman ke tahun 711 – di zaman kegemilangan tamadun Arab. Pada 29 April 711 Tariq ibni Ziyad panglima perang dari Moroko telah berjaya menyeberang Laut Tengah dan memasuki Semenanjung Ibera. Sesampai di pantai selatan Laut Tengah, Tariq telah membakar semua kapal-kapal yang membawa bala tenteranya.

Tariq ibni Ziyad telah menerangkan pada bala tenteranya bahawa di hadapan mereka terbentang luas negara Sepanyol yang subur dan menjanjikan untuk diambil. Di belakang mereka ialah Moroko. Tetapi mereka tidak memiliki pilihan kerana semua kapal untuk pulang telah dibakar. Hanya satu pilihan - untuk terus mara dan menawan Sepanyol. Tetapi 9 Julai dahulu lebih dari ini.

Sekarang mari kita sesama melihat kembali pensejarahan 9 Julai. Apabila Bersih mengumumkan 9 Julai sebagai Hari Perhimpunan dengan 8 Tuntutan – saya rasa tidak bagitu ramai yang ambil pot. Ada komen yang mengatakan kempen Bersih 2007 dahulu lebih baik kerana masa berkempen agak panjang. Kali ini masanya singkat. Pasti tidak ada sokongan. Ada yang mengatakan bahawa Rosmah dan Najib ini amat popular dan susah untuk digelincirkan. Ada pula yang memberi komen bahawa tunjuk perasaan ini bukan budaya kita.

Semua hujah-hujah ini menjadi hampeh apabila Mat Sabu dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden Pas. Semua suasana politik berubah. Perubahan mendadak berlaku apabila Mat Sabu membuat kenyataan terbuka bahawa sebagai Timbalan Presiden Pas , dia akan memastikan 300,000 ahli Parti Pas turun ke jalan raya pada 9 Julai. Kenyataan Mat Sabu ini terus menaikkan berat badan Rosmah Mansor sebanyak tiga kilo.

Biar saya terangkan sejelas mungkin disini. Semua daulah yang zalim - untuk meneruskan kuasa - akan menakut-nakutkan warganya. Ini adalah teknik dan stratiji yang diguna pakai oleh semua pemerintah - raja, emperor, ratu, presiden atau perdana menteri – semua menggunakan ‘takut’ sebagai alat. Warga negara yang takut akan menjadi bodoh. Warga yang bodoh tidak berani bersuara. Warga yang takut dan bodoh amat senang untuk ditambat dan dijadikan kuli batak.

Apa yang telah dilakukan oleh Rosmah dan Najib ialah mengarahkan sepupunya Hishammuddin Hussein untuk menakut-nakutkan rakyat. Yang menjadi barua untuk menakut-nakutkan orang ramai ini ialah Timbalan Ketua Polis. Lihat bagaimana pada satu ketika warna kuning untuk – kasut, payung, baju – telah diistiharkan sebagai warna haram untuk dipakai. Ini contoh terbaik gerak kerja saekor barua.

Tidak cukup dengan tangkapan Polis, rakyat juga cuba ditakut-takutkan dengan kehadiran para pesilat yang memiliki ilmu kebal dan ilmu ghaib. Untuk terus menakut-nakutkan orang ramai tetiba kita melihat kemunculan berita dimana polis dan tentera telah mengadakan latihan bersama. Tidak cukup dengan berita ini ada sepanduk yang tertera dengan tulisan besar dalam empat bahasa termasuk tulisan jawi : Jika Tidak Berundur Kami Akan Tembak.

Taktik untuk menakutkan orang ramai ini dinaikkan lagi suhunya dengan kemunculan Perkasa dengan juruhebohnya Ibrahim Ali. Setiap hari tanpa henti-henti Ibrahim Ali telah berleter dan berheboh dengan segala macam berita yang bertujuan untuk mengancam dan menakut-nakutkan orang ramai dari turun ke jalan raya.

Dalam masa yang sama saban hari media milik United Malay National Organisation telah mengeluarkan dua bentuk berita. Satu berita-berita yang berniat untuk mengancam warga agar jangan berani turun ke jalan raya. Satu lagi berita untuk memburuk-burukan dan memperlekeh Bersih.

Tidak cukup dengan semua ini , 6 ahli Parti Sosialis Malaysia telah ditahan. Kali ini dengan menggunakan Akta Darurat. Entah macam mana – putar dan belit – Rosmah, Najib and sepupunya telah memintal lidah untuk menipu orang ramai. Sepupu Najib telah berkata bahawa 6 anggota PSM ini ingin melawan Agong.

Ya Ampon. Lawak ini menjadi seram apabila kita diberitahu bahawa hanya Dr Jeya seorang sahaja yang tahu dimana rumah Agong dan pernah melihat rupa muka Agong. Ini kerana Dr Jeya seorang ahli Parlimen dan Agong telah beberapa kali datang ke Parlimen. Yang lima lagi ini, saya difahamlan hanyalah aktivis PSM yang rata-rata tidak tahu sangat tentang jalan-jalan di Kuala Lumpur. Malah mereka berlima ini mungkin tidak dapat membezakan muka Agong dengan muka Dugong. Jauh sekali nak melawan Agong.

Dibelakang semua huh hah huha hah ini ada pula perang saraf yang disebarkan oleh ‘desas bin desus’. Ada cerita tetang tangkapan ISA, tentang askar akan ambil alih negara dan kesah penangkapan beramai-ramai ala Operasi Lalang. Cerita peglipur lara dari Desas bin Desus ini sebenarnya adalah sebahagian dari pernah saraf yang tersusun untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Apa yang terjadi pada 9 Julai?

Untuk saya bukan 6 ribu, bukan 60 ribu atau bukan 600 ribu warga yang turun ke jalan pada 9 Julai untuk dijadikan ukuran. Untuk saya angka ini bukan persoalan. Kalau pun hanya 6 orang yang turun pada 9 Julai yang lalu – saya anggap ini adalah satu kemenangan. Kenapa saya berkata sedemikian?

Mungkin ramai yang tidak sedar. Mungkin ramai yang belum faham lagi. Apa yang terjadi pada 9 Julai dahulu ialah kita warga negara Malaysia telah melintasi Garis Takut. Garis Takut ini adalah sebahagian dari garis saikoloji yang telah dipasang apabila Malapetaka 31 Ogos dihimpapkan kepada kita semua.

Garis Takut adalah Garis Maginot – garis pertahanan untuk United Malay Natiponal Organisation untuk menyebarkan falsafah ketuanan Melayunya. Pada 9 Julai yang lalu Garis Takut ini telah sama-sama kita lintasi. Dari kajian awal Bersih hampir 120,000 warga telah turun dan terlibat di jalan raya pada 9 Julai yang lalu. Kesemua mereka telah melintasi Garis Takut.

Garis Takut ini juga telah memecahkan mitos Mei 13 dan pergaduhan kaum. Babak Mei 13 ini telah meghantui kita selama berpuluh tahun. Pada 9 Julai yang lalu hantu dan mitos Mei 13 hancur berderai-derai. Anak anak muda yang turun ke jalan raya pada 9 Julai yang lalu telah menangkap hantu 13 Mei ini dan memasukkan ke dalam botol untuk dibuangkan ke Laut Kalzom.

Pada 9 Julai yang lalu terbukti anak anak muda – anak semua bangsa - tidak ambil pot langsung terhadap Pekasa, Polis, Tentera atau ISA. Inilah bukti saheh yang mereka telah melintasi Garis Takut. Anak-anak muda di jalan raya telah masuk ke satu dunia yang baru.

Melintasi Garis Takut ini bermakna kita semua – para penyokong Bersih - telah juga menyeberang menyeberang Sungai Rubicon. Seperti Julius Ceaser kita juga tidak ada pilihan melainkan mara mendobrak kezaliman dan ketidak adilan.

Pasti ada yang akan menyoal – kapal mana yang telah kita bakar pada 9 Julai yang lalu?

Senyum dan senyumlah. Kapal yang telah kita bakar pada 9 Julai ialah Kapal Kerajaan Perpaduan. Seperti Tariq ibni Ziyad – pada 9 Julai dahulu segala mimpi, segala angan-angan untuk mengundur pulang ke Tangier telah musnah. Segala mimpi, segala angan-angan untuk Pas dan United Malay National Organisation menubuhkan Kerajaan Perpaduan telah terbakar di Lebuh Pudu, di Jalan Petaling dan di Dataran May Bank.

Tembakan gas pemedih mata di terowong stesen bas KL Sentral adalah mancis api yang membakar Kerajaan Perrpaduan. Apabila Hadi Awang ditangkap dan Mat Sabu dilanggar kereta polis ini adalah keruntuhan tiang layar Kapal Kerajaan Perpaduan.

Kita telah menyeberang Sungai Rubicon, kita telah melintasi Garis Maginot dan kita telah membakar Kapal Perpaduan. Kini kita sedang berada dalam dunia yang baru. Kita berada dalam wilayah yang memungkinkan kita menamatkan Malapetaka yng menghimpap kita semenjak 31 1957 dahulu. Di belakang kita ialah Takut di hadapan kita ialah Puterajaya yang subur dan menjanjikan untuk diambil.

Thursday, July 21, 2011

Himpunan BERSIH untuk serang Polis?

Himpunan BERSIH pada 9 Julai lalu bermatlamat dan membawa mesej suara rakyat menuntut pilihanraya adil dan telus demi menyuburkan demokrasi tanah-air dengan penyatuan kemarakan hati rakyat dengan perhimpunan. Tuntutan lapan perkara bagi pilihanraya memilih pemimpin yang disukai secara bebas, tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu.

Hak untuk bersuara, berhujah dan membalah kritikan yang terbatas dengan kekangan dan kawalan media,  TV, radio. Kewajaran menggunakan dakwat kekal untuk elak kecurigaan undi. Begitu juga tempoh berkempen 7 hari yang singkat rakyat tidak kesempatan mendengar penerangan penerangan dan hebahan masa depan untuk dilaksana ke segenap tempat.
 
Namun kini, diperlihat dan dibesarkan adalah himpunan haram, pelampau, ganas, batu, pisau dan penafian demi penafian. Nampaknya makin hari makin keruh, bukanya menjernihkan keadaan... tunggulah masa akan membicara dan rakyat jadi mahkamahnya. Inilah ledakan dari Himpunan BERSIH pada 9 Julai lalu, masih mengegar, hangat menyelubungi suasana negara.

SHAH ALAM 21 JULAI (TVS) : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menolak penafian polis menindas peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 dan menyifatkan rakaman video yang dikemukakan oleh badan itu sebagai cubaan terdesak untuk menutup kezalimannya.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku, sudah tentu polis (akan) menafikan (tindakan) polis. Perkara ini seharusnya dilaksanakan oleh jawatankuasa penyiasat(bebas), kalau tanya Polis memang mereka akan memberi kenyataan macam itu," kata beliau kepada TvSelangor.

Selepas hampir dua minggu, Polis Bukit Aman tampil hari ini untuk menayangkan video yang menurut badan itu menunjukkan polis bertindak mengikut batas undang-undang dalam menyuraikan perhimpunan aman Bersih.

Puluhan ribu orang menyertai perhimpuan itu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.

Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.

Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis.

Malah, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menuduh Mohamad Sabu mereka cipta dakwaan bahawa beliau dirempuh oleh sebuah Land Rover yang dipandu anggota polis sebelum dibawa ke hospital.

Salleh sebaliknya mendakwa pemimpin pembangkang itu jatuh daripada motorsikal selepas melanggar penghadang jalan.

Timbalan Presiden PAS itu membidas Salleh dan berkata beliau bersedia membuktikan keterangannya di mahkamah jika perlu. Beliau berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar pihak berkuasa untuk menutup kesalahannya.

"Saya tak mahu buat apa-apa kenyataan (bersabit insiden itu) melainkan di mahkamah," kata beliau. Mohamad Sabu berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar kerajaan untuk menutup kesalahan pihak berkuasa.

"Kita ada SUHAKAM(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia), kalau kenyataan dari SUHAKAM atau mana-mana badan bebas lain, kita terima. Ini gunakan polis. Sudah tentu mereka berkata begitu," kata beliau.

"Bagaimana dengan mereka yang pecah kepala, nasib yang menimpa YB Khalid Samad(Ahli Parlimen Shah Alam) dan sesiapa sahaja yang tercedera? Siapa yang bertanggungjawab?. Oleh kerana itulah kita perlu laporan daripada SUHAKAM ataupun badan bebas dan bukannya polis," tegasnya.

Mohamad Sabu berkata, kelewatan polis sendiri untuk tampil dengan rakaman video menimbulkan pelbagai kecurigaan. "Dua minggu baru keluar video siapa boleh terima, jadi penafian polis tidak boleh diterima. Kita perlu badan lain, Polis memang suka berbohong."tambahnya.

Monday, July 18, 2011

Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali Dalam Kenangan.

Nama Dr Lo’Lo’ agak sukar dilafazkan kerana ia berasal dari bahasa Arab yang bermakna permata mahal dari lautan. Jikalau dalam Bahasa Arab pun sebutannya susah disebut, tetapi bertentangan dengan tuan tubuh yang benama Lo’Lo’ beliau seorang yang mudah dan senang bergaul. 

Dalam parti PAS, Dr Lo’Lo’ sememangnya sinonim dengan Lujnah Kebajikan dan tagline 'Kami Prihatin' adalah usaha beliau yang menjadi slogan kebajikan Pas. Termasuk usaha Dr Lo’Lo’ ialah memberi makan kepada warga Chow Kit dan usaha itu terus dijalankan hingga hari ini. Dr Lo’Lo’ juga cuba untuk memastikan isu wanita menjadi inklusif dalam ruang ligar perjuangan PAS dan sikap keterbukaan Dr Lo’Lo’ amat disenangi oleh semua pihak khususnya dalam advokasi hak-hak wanita di Malaysia dan dunia secara umumnya.Dr. Mujahid Yusof Rawa

Beliau dilahirkan pada 2 Ogos 1957 di Kuala Kangsar, Negeri Perak. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak kemudian ke Kolej Islam Kelang, Selangor. Beliau menyambung pelajaran beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah menjadi ahli Majlis Kepimpinan Pelajar UKM.

Bapanya ialah Dato Hj Mohd Ghazali yang merupakan Imam Besar Masjid Negara yang pertama manakala ibunya Datin Hjh Zainab. Suami beliau ialah Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim yang merupakan pensyarah perubatan. Anak-anak beliau ialah Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan manakala menantu beliau ialah Mohd Azizy (suami Mawaddah) dan Nur Hafizzah (isteri Fawwaz). Beliau juga mempunyai seorang cucu yang bernama cucu iaitu 'Izz Nu'man (anak Mawaddah

Beliau pernah berkhidmat di Hospital Besar Alor Star, Kedah sebagai pegawai perubatan dari 1983 hingga 1985. Kemudian bertugas di Pusat kesihatan Besar Pokok Sena, Kedah dari 1985 sehingga 1987, Hospital Besar Kuala Lumpur (1987-1988), Pusat rawatan Islam Kuala Lumpur (1988-1994) dan menjadi pegawai perubatan dan pengarah eksekutif Pusat Perubatan KOHILAL, Kuala Lumpur dari 1994 sehingga sekarang.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Harakah milik PAS.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir dengan majoriti sebanyak 1,972 undi. Beliau memperolehi 17,857 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,885 undi. Beliau merupakan di antara 3 calon Dewan Muslimat PAS yang memenangi pilihan Raya Umum tersebut. Kemenangan beliau merupakan kemenangan pertama PAS Wilayah Persekutuan setelah lebih 30 tahun PAS cuba bertapak di Kuala Lumpur.
Beliau juga pernah menjadi calon Parlimen Bukit Gantang, Perak pada tahun 2004, kalah di tangan calon Barisan Nasional, Tan Lian Hoe.

Pada hari Ahad, 17 Julai 2011, jam 10.13 malam, beliau meninggal dunia di Hospital Selayang pada usia 54 tahun. Sebelum itu beliau berhadapan masalah barah yang serius. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat. Pilihan raya kecil Titiwangsa tidak dapat diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun sejak pilihan raya umum yang lalu.

Friday, July 15, 2011

Demonstrasi bukan ajaran Islam?

Johor Bahru 14 Julai 2011 Sheikh Ahmed Tijani ulama yang menetap di Amerika Syarikat kelahiran di Accra, Ghana dihebahkan pakar undang-undang dan prinsip Islam merangkumi bidang Perbandingan Agama, Astronomi, Sains Spiritual dan Penyembuhan, Puisi Ketuhanan dan Rukyah, Penulisan Lagu dan Nyanyian serta Seni Halus dan Kebudayaan. 

Beliau menyuarakan pandangan ketika ditemui selepas syarahan umum bertajuk 'Kuasa Penyembuhan Al-Quran Yang Menakjubkan' di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dekat sini semalam. Katanya pihak yang merasakan ‘suara permasalahan’ mereka tidak didengari, maka keutamaan adalah mendengar ‘suara’ Allah dan pesanan Rasulullah SAW.

“Dengan nama Allah dan Rasulullah SAW, saya rayu umat Islam di negara Islam yang paling indah di dunia ini agar jangan keluar berarak di jalan raya menuntut apa sekalipun. Sebaliknya sebarang permintaan perlu melalui cara bijaksana seperti mana diperintahkan Allah.

“Jumpa ketua dan beritahu masalah untuk dibincang, inilah yang diperlukan. Tetapi kalau membelakangi pemerintah, sama dengan meninggalkan Allah, Rasulullah SAW, al-Quran dan hadis. Keluar ke jalanan dipengaruhi dan dipandu oleh syaitan,” katanya.
Hujah kita begini:
Membaca kenyataan sebilangan pihak tertentu, bahawa kononnya demonstrasi adalah amalan yang bercanggah dengan Islam, terlintas di pemikiranku, sebuah buku tulisan Ustaz Rasul Dahri tentang demonstrasi yang bertajuk “demonstrasi adalah maksiat bukan jihad”

Didalam ulasan beliau, banyak mengkaitkan demosntrasi dengan tindakan golongan Khawarij yang telah melakukan pemberontakan terhadap khalifah ketika itu. Dengan alasan yang demikian, beliau mengistinbatkan bahawa demonstrasi adalah sesuatu yang maksiat kerana melawan kerajaan ketika itu.

Melihat kepada perbahasan ini, aku sebagai seorang yang tidaklah mempunyai ilmu yang banyak, tetapi, walaubagaimanapun, penilaian yang dapat dilakukan adalah, tafsiran dan pendedahan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri itu menggambarkan bahawa dia tidak berpegang kaedah ;

الحكم على شئ فرع عن تصوره

Maksudnya;
“Hukum atas sesuatu adalah furuk (cawangan) dari gambarannya”
Ustaz Rasul Dahri meletakan sesuatu hukum, tanpa melihat kepada keadaan sesuatu benda yang hendak dihukumkan. Ekoran dari itu, hukum yang dijatuhkan itu menjadi ‘berat sebelah’ dan bersikap zalim.

Bertambah zalim lagi, buku ‘Demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan beliau disebarkan di Malaysia. Ini kerana, suasana dan bentuk demonstrasi yang diadakan di zaman Khawarij dan di Malaysia adalah dua bentuk dan maqasid yang berbeza.

HAKIKAT DEMONSTRASI

Demonstrasi adalah satu kalimah inggeris yang diambil dari kalimah demonstration. Mengikut terjemahan melayu, Demonstrasi dimaksudkan dengan ‘perhimpunan tunjuk perasaan’.

Didalam Kamus Dewan Bahasa, Demonstrasi mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.

Melihat kepada dua makna tersebut, makna yang kedua adalah yang paling tepat dalam perbahasan kita ini.

Di dalam Bahasa Arab, Demonstrasi dipanggil dengan MUZHAHARAH. Di dalam perbahasan Islam, Islam membahagikan demonstrasi kepada dua bentuk, iaitu (1) demonstrasi liar dan (2) demonstrasi aman.

Demonstrasi liar adalah demonstrasi yang bersifat sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Demonstrasi ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.

Adapun Demonstrasi aman iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.

ISLAM DAN DEMONSTRASI

Melihat kepada hakikat dua demonstrasi yang didedahkan, maka kita dapat menilai, yang mana satukah demonstrasi yang diharamkan dan demonstrasi yang dibenarkan didalam Islam.

Demonstrasi liar adalah sesuatu tindakan yang diharamkan didalam Islam, maka tafsiran dan qiasan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri terhadap demonstrasi seperti demonstrasi yang di lakukan oleh Khawarij, maka itu adalah demonstrasi mengikut tafsiran yang pertama.

Adapun Demonstrasi aman, maka itu dibenarkan didalam Islam. Ini kerana, banyak bukti-bukti dan dalil-dalil yang menyatakan keharusannya. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut;

a. Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan.

b. Rasulullah SAW juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa Baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia.
c. Melihat kepada falsafah Haji, yang mana, Allah mengizinkan haji hanya dilakukan di Mekkah di hari-hari yang ditetapkan sahaja. Disamping mengerjakan haji, di suruh supaya melakukan tawaf dan bertalbiyyah sebagai cara hendak menyatakan hasrat hati dan ‘tunjuk perasaan’ didepan Allah.

Melihat kepada ‘istidlal’ ini, tidaklah Islam melarang Demonstrasi secara mutlak, seperti yang didakwa oleh Ustaz Rasul Dahri itu.

Sekiranya, cara non muslim sahaja menggunakan demonstrasi menjadi hujjah atas larangan berdemonstrasi, maka perlu difahami bahawa tidak semua perkara yang datang dari orang yang bukan Islam adalah di tolak, bahkan ada perkara yang datang dari bukan islam, di terima dan dibenarkan diamalkan didalam Islam, tetapi kebenaran tersebut, hendaklah berdasarkan kepada ketiadaan percanggahannya dengan nas-nas yang qatii dan yang lebih jelas.

Antara dalil mengatakan, tidak semua cara non muslim mesti di tolak adalah seperti berikut;

a. Sirah menjelaskan, ketika berlaku peperangan ahzab, Rasulullah SAW telah meminta pandangan dari kalangan sahabat supaya menyatakan pandangan-pandangan mereka. Lalu telah memberi pandangan oleh Salman Al-Farisi dengan menggali parit dengan alasan, taktik peperangan itu diamalkan oleh golongan Majusi (golongan yang menyembah Api) di Farsi ketika itu. Mendengar pandangan tersebut, Rasulullah menerimanya.
b. Di dalam sirah juga jelas menyatakan penerimaan Rasulullah SAW menjadikan golongan kuffar quraish yang ditawan dalam peperangan Badar, supaya menjadi guru-guru yang mengajar kepada anak-anak orang Islam di kala itu.

Dengan hujjah-hujjah ini, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa Islam tidak melarang melakukan demonstrasi yang aman, tetapi Islam melarang demonstrasi liar.

PERSOALAN YANG TIMBUL

Membaca buku ‘demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan Ustaz Rasul Dahri itu, terlintas di pemikiran ini, apakah yang diingini oleh Ustaz Rasul Dahri. Ini kerana, buku itu disebarkan di negara ini.

Apakah Ustaz Rasul menganggap bahawa Malaysia pimpinan UMNO dan BN ini adalah kerajaan Islam seperti kerajaan Islam dibawah kepimpinan Saidina Osman?

Sekiranya itulah sangkaan Ustaz Rasul, maka jelas Ustaz Rasul telah tersasar dari jalan yang lurus, ini kerana, kerajaan Islam Hadhari Malaysia bukanlah kerajaan Islam mengikut metod dan bentuk kerajaan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan Khulafa ar-Rasyidin, bahkan ianya adalah kerajaan secular yang sesat dan menyesatkan.

Pembuktian ini jelas dari sandaran kerajaan bukanlah kepada al-quran dan al-hadis, tetapi sandarannya adalah perlembagaan persekutuan yang ditubukan oleh suruhanjaya red yang bernama lord red.

Adapun mengikut metod kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Rasulullah SAW, bahawa didalam perlembagaan Madinah itu ada tersebut;


انكم مهما اختلفتم فيه من شيء فان مرده الى الله عز و جل والى محمد – صلى الله عليه و سلم

Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu, apabila kamu berbeza-beza padanya daripada sesuatu perkara, maka sesungguhnya, tempat kembalinya adalah kepada Allah dan kepada Muhammad s.a.w”(Lihat “Al-Bidayah Wa An-Nihayah” (3/232) : Al-Hafiz Abi Fida’ Ismail bin Kathir : Dar At-Taqwa : tanpa tarikh)


Wallahu a’lam.

Bahan Rujukan

1. Al-Fatawa : Dr Atiyyah Saqqar
2. Al-Fatawa Al-Maasirah : Dr Yusuf Al-Qaradhari
3. Al-Bidayah wa An-Nihayah : Imam Ibnu Kathir.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Demonstrasi adalah maksiat, bukan jihad : Ustaz Rasul bin Dahri.
6. Utusan Malaysia.

Al-Bakistani

Thursday, July 14, 2011

Kini Bawa Revolusi Pulak ...Cuma Kerana BERSIH 2.0

Dalam dunia politik biasalah perkara label melabel. Justeru jika tidak tahan dilanda lambung ombak dan badai jangan berumah ditepi laut. Inilah antara asam garam dalam dunia politik. Sebagai kata Mc Chalveli dalam dunia politik tiada kawan yang kekal tiada musuh yang kekal. Maka kawan boleh menjadi musuh dalam sekelip mata begitulah sebaliknya.

Hari ini orang yang paling dibenci dan digeruni Umno Bn adalah anwar Ibrahim Ketua Pembangkang yang juga merupakan penasihat parti PKR di Malaysia.

Kemarahan musuh utama Umno Bn kepada Anwar adalah rentetan stamina beliau dalam 'memerangi' mendedah, membongkar kemunafikan Umno Bn dalam sepanjangn era memerintah negara ini.

Pelbagai usaha langkah strategi taktik dipergunakan bagi melemahkan Anwar dan perjuangan Anwar.

Bagi kita adalah lebih baik kita menyokong dan mengangkat pengkhianat daripada pengampu, penyangak, dan pelampau. Memamang wajarlah beliau khianat kepada golongan ini. Golongan yang menkhianati amanah yang rakyat berikan.

Sejarah Melaka juga pernah melabelkan Hang Jebat sebagai penderhaka, pengkhianat, dan sebagainya. Daripada menjadi Hang Tuah yang mengampu dan mengiakan semua perlakuan dan tindakan penguasa.

Benarlah kata Pak Samad (Sasterawan Negara) golongan pemerintah negara dikuasai oleh golongan niagawan datang daripada kalangan bangsawan. Justeru mana ada bahasa rakyat yang mereka fahami.

Apa itu kemiskinan, apa itu kelaparan, apa itu kesesakan hidup, jauh lagi erti keperitan hidup, Bangsawan pemimpin ini gagal untuk memahaminya.
-PErantauanKITE

Monday, July 11, 2011

Berita Harian pertahan watak ganas pemuda demo

Hari ini 11 Julai, akhbar New Straits Times (Kumpulan NST/ Berita Harian) menyiarkan satu muka penuh di mukasurat 8 berkenaan dengan rungutan orang ramai suasana 'ganas' semasa di perhimpunan bersih 2.0 yang lalu. Sudut berbeza 8 keping gambar dipaparkan dari Reuter, AFP dan Al-Jazeera watak ganas pemuda dari Temerloh yang dikenali Ajak yang juga anggota Unit Amal. 

Tujuannya dipaparkan untuk membukti wartawan dan juga jurugambar NST bernama Effendy Rashid tidak membuat sebarang edit gambar 'GANAS' itu, tetapi tidak menyatakan 'Minta Maaf' mentafsirkan 'SEORANG perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram'

Adakah tuntutan Ajak untuk tindakan Mahkamah adalah wajar?.

TEMERLOH, 11 Julai (harakahdaily) : Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng” semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.
Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan.

Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar  yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.

“Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.

Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.

Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis.

“Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.

“Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar,” katanya.

Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.

Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa.

Sunday, July 10, 2011

Berita Minggu Akhbar pembohong


KLIK UNTUK IMEJ LEBIH BESAR.
Muka depan akhbar  Berita Minggu 10 Julai 2011 memaparkan tajuk utama KL Tegang dengan gambar demonstator membalingkan sesuatu ke arah polis dengan keterangan dinyatakan disisinya "SEORANG perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram".

TETAPI TERNYATA gambar awal demonstator ini memegang Bendera Malaysia yang berharga RM1 satu dilabel PISAU oleh wartawan Berita Minggu. Lagak pemuda ini adakah dirancang ataupun tidak; telah dieksplotasi dan telah tersebar keseluruh negara untuk gambaran sebenar Perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

Al-Banjari: Bodoh nak mampuss !! Aku nak tanya lu, masa kecik lu dulu ..mak bapak lu bagi lu minum air mani ker, sampai jadi bengap macam tu sekali ? Kalau minum susu, otak lu tak jadi macam tu !! Bodoh..!! Bodoh-bodoh patriot berhimpun pun, bodoh lagi lu tulis hal yang lu tahu, itu bukan PISAU ! Lu memang bodoh laa..!

Saturday, July 9, 2011

Kronologi BERSIH 2.0 sehingga 3.00 hingga 5.00 petang

3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.

NONEPersetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.  
3:20pm: Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan. 
3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.

Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa.

NONEKemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahu Malaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap.Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, yang juga turut ditangkap, kemudian menulis dalam tweetnya yang beliau dibawa ke Pulapol, manakala exco pergerakan itu, Ahmad Zaki Zahid cedera.

Tulisnya, FRU telah menembak gas pemedih mata terus ke arah mereka. 
3.37pm: Pasar Seni - kumpulan BERSIH berarak melalui Jalan Sultan ke arah Pasar Seni, tetapi mereka ditembak gas pemedih mata berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Ia memaksa mereka berundur ke Jalan Sultan. 
3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.  
3.40pm: Taman Tasik Titiwangsa - Kira-kira 20 ahli PERKASA dilihat di sebuah restoran di sini. Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen.
Namun presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan.

Terdapat sepuluh anggota polis yang berkawal di pintu masuk taman rekreasi itu.3.49pm: Pudu - Kumpulan penyokong BERSIH 2.0 yang terperangkap di antara dua sekatan polis dan berlindung di Hospital Tung Shin kini bersurai apabila polis bertindak menyerbu ke arah mereka dan memulakan tangkapan.

Ramai yang lariNONE mengikuti lorong belakang tetapi tidak kurang juga penyokong tegar yang bersembunyi di tempat letak kereta hospital berkenaan. Namun tindakan polis melepaskan gas pemedih mata menyaksikan mereka terus melarikan diri.

Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka.  
3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai. 
3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0. 
3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.

Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan. 
4pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.  
4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:

Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang  
4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.  
4.10pm: Hotel Hilton - PAS memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua akan dilakukan.

NONEJawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad pada sidang mediabya, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli parti Islam itu akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.  
4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.  
4.30pm: Menurut sumber PKR, Tian Chua yang ditahan di Balai Polis Jinjang berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih ditahan dalam trak polis. Sekurang-kurangnya 100 ditahan di sana.  
4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini. 
4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.
4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

NONEPasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.
Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.  
4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.  
4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.  
4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.
Katanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Kronologi BERSIH 2.0 sehingga 1.00 hingga 3.00 petang

1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak. 
1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.


NONETwitter yang mendakwa akan “menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan” itu menyebarkan berita palsu.

Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.

Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing."  
1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.  
1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.  
1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap. 
1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka. 
1.22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.

Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.
1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.
Antara yang hadir ialah pemimpin Pemuda Umno Arman Azhar, Reezal Merican Naina Merican, Zaki Zahid, tetapi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan. Pegawainya bertegas bahawa Khairy akan tiba kemudian.

NONEKumpulan itu melaungkan "hancur Bersih" dan "Siapakah saya? Patriot!". Mereka berselisih dengan kumpulan BERSIH 2.0 yang melewati kawasan itu kira-kira 10 minit lebih awal.  
1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini,” katanya. Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

NONETerdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing. 
1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.

Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

NONEAntara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.  
1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: “Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan.”

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.

Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang. 
1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan. 
1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India.
1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.

NONEDaripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air.

Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.  
1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini.

Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.  
1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.  
1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

NONEBeliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka.  
1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.
2:01: Bukit Bintang - perarakan Patriot telah terhenti seketika.

NONEMenurut sumber-sumber Pemuda Umno, kumpulan itu sedang menunggu selepas laluan mereka ke Stadium Merdeka dihalang pihak polis.

Kumpulan itu juga sedang menunggu kumpulan kecil penyokong Pemuda Umno yang berarak dari Kampung Attap dan PWTC.
2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.

Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.

Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan. 2.05pm: Puduraya - Polis terus bertindak menangkap lebih ramai penunjuk perasaan dengan anggota polis bergerak dalam kumpulan lima dan enam orang bagi menangkap individu tertentu.

Mereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.
2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.
2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!” tetapi dihalang oleh police.

Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.
NONEMereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka. 
2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!”. 
2:20pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 orang yang diketuai oleh pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin berkumpul semula dan bergerak ke arah pusat bandar.

Bagaimanapun, polis menembak satu lagi pusingan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka. 
2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

NONEDalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.  
2.30pm: Puduraya - Orang ramai yang berjumlah tidak kurang 10,000 itu kini mula berkumpul semula dan dipimpin oleh oleh pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin. Mereka juga sedang menuju ke pusat bandar.

Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai.  
2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.
NONE2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka. 
2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.  
2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.

Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.

NONEBeberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap.  
2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap. 
2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan. 
2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.  
2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.  
2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.
3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.
Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com  
3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.

Kronologi BERSIH 2.0 sehingga 12 tengahari

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis. 
7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.
8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti. 
NONE8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi. 
8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.
8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.
8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

NONE"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.
8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.
8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

NONESepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini. "Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka. 
9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis. 
9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag kepunyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.  
9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL. 9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.
9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.
NONE9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.  
9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.
Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.
Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.
9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.
NONE9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan. 9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai. 
9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.
10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.
NONE10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis. 
10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di
kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.
Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis. 
10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.
10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.
NONE10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.  
10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.
10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.
NONEKetika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.  
10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.  
10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.
10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.
Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.  
11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini. 
11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan". 11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa. 
11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis. 
11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.
11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.
NONE11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald.

Dari jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara.

Stesen LRT Masjid Jamek yang dikawal ketat itu masih beroperasi dan orang ramai masih dibenarkan menggunakannya. Jumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berada di sini berjumlah kira-kira 50 orang.  
11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.  
11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM.  
11:45am: Sogo - Seorang wanita dilihat merayu kepada pihak polis supaya membebaskan suaminya yang telah ditahan selepas pasangan itu membeli-belah di Haniffa Textile.

"Polis minta saya ambil teksi, tapi tak ada teksi di sini," kata wanita itu ketika trak polis yang membawa suami beredar dari situ.  
11:47pm: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menghantar tweet berkata kumpulan Patriot akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 1 tengah hari. "Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi telah ditangkap polis di stesen bas Putra."
11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'."
Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini.  
11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.

NONEPuluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.  
11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning.
12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan PAS Misbahul Munir.
Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.
12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis. 12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.

Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek. 
12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan. 
12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.  
12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

NONE"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.  
12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu.

Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.  
12.30pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.
12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.

"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini,” kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu.

Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini. NONE 
12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.
12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.
"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan.
Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek.
NONE12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap dan kini di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu.
12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.

NONEKumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.  
12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH.

Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran.  
12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara.

Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.

NONEEnam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain.

Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan. 12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.
-Malaysiakini