Thursday, April 28, 2011

Part 2 Anwar: Perbezaan wajah ketara

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet.
"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini. Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan.

"Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan. Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," katanya.

Tuesday, April 26, 2011

MELUAT! Hentikan membodohkan minda melayu

Hari ini selasa 26hb April 2011, tajuk utama media cetak berbahasa Inggeris,  New Straits Times memaparkan berita “Nasi lemak twice a week”. Akhbar The Star pula memaparkan berita “Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion”. Akhbar bebahasa Manderin seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.

Malangnya tajuk berita utama media cetak berbahasa Melayu,  Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”. Akhbar bahasa Melayu mejoritinya mengambil kes liwat 2 Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama. Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini? Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Bukankah cerita seumpama itu sangat tidak sesuai dengan anak-anak sekolah? Bukankah cerita tersebut belum lagi diputuskan oleh mahkamah tetapi hanya dakwaan pihak pendakwa sahaja? Soalnya mengapa ia menjadi tajuk utama? Apakah agenda disebalik isu tersebut ?

Saturday, April 23, 2011

Demo di Syria: tumpahan darah tertinggi

Syria JUMAAT 22 April 2011 At least 88 people are reported to have been killed in Syria in the bloodiest day since the uprising began, as security forces use live ammunition and tear gas to quell anti-government protests across the country, according to Amnesty International, the London-based rights group.

Syrian activists sent Al Jazeera a list naming 70 people from across the country who they said had been killed by security forces during the "Great Friday" protests. Fifteen of the deaths took place in Izraa, near the flashpoint southern town of Daraa, according to the list. Other places where protesters were killed include Homs, Syria's third largest city, Moadamia and Daraa.

Demonstrators marching in peace were surprised by security forces' live ammunition, according to Hazem, a protester who spoke to Al Jazeera via phone from a Damascus suburb.


Protesters continue to gather in Clock Square demanding the toppling of the regime [Reuters]
Defiant: Protesters say more than 200 people have been killed since anti-government rallies began five weeks ago
Defiant: Protesters say more than 200 people have been killed since anti-government rallies began five weeks ago

"Demonstrators were going with olive branches, it was peaceful" until they were "surprised by live ammunition from some security forces in one of the flats of the street", Hazem said. The protesters took to the streets to mark what activists dubbed "Great Friday" - the biggest demonstrations against Bashar al-Assad's government to date.

Al Jazeera's Rula Amin reported from Damascus, which until now had been relatively calm, that the level of tension in the city on Friday marked a new point in the uprising. "This day is turning into a very bloody day, probably the bloodiest since the protests started," she said. A heavy security presence prevented protests from taking off in Damascus.

"Obviously the government want[s] to make a point, the capital is a redline and they will not allow the protests to reach the capital," she said.

Several witnesses, including medical professionals, told Al Jazeera that many of the injured were either being refused access to hospitals or were too scared to seek treatment. A spokesperson for the ministry of information told Al Jazeera on Friday that security forces would fire on protesters only if they were fired upon first.

State television, meanwhile, aired a talk show where speakers blamed foreign media, including Al Jazeera, Al Arabiya and BBC Arabic, for inciting the protests.

Speaking under condition of anonymity, a witness in Homs described how about 200 protesters, moving ahead of a 3,000-strong group, came under fire as they marched down Cairo Street, close to the Clock Square that has been the city's focus for protests.

"Suddenly the security opened fire on us randomly," the activist told Al Jazeera by phone.

Thursday, April 21, 2011

Misrata yg dikuasai pemberontak hadapi serangan Gaddafi

Intense fighting is continuing on the main thoroughfare in Misrata as rebels continue to clash with forces loyal to Muammar Gaddafi.

Eight people were killed yesterday in battles for control of Tripoli Street, with rebels struggling to hold their position under bombardment from Gaddafi’s men.

As control of the street was split 50-50 between insurgents and loyalists, the United Nations said the Libyan government may have committed war crimes by using cluster weaponry on Misrata.
Locator map: Tripoli Street, Misrata
A rocket-propelled grenade rips into a building occupied by forces loyal to Gaddafi
A rocket-propelled grenade rips into a building occupied by forces loyal to Gaddafi
Holding firm: Rebel fighters fire on loyalist snipers from a window in a trashed house on Tripoli Street
Holding firm: Rebel fighters fire on loyalist snipers from a window in a trashed house on Tripoli Street

Libyan rebels run for cover during continued clashes with Gaddafi supporters
Libyan rebels run for cover during continued clashes with Gaddafi supporters

At least 1,000 people are reported to have been killed in six weeks of fighting in the besieged city
At least 1,000 people are reported to have been killed in six weeks of fighting in the besieged city
At least 1,000 people are believed to have been killed in six weeks of fighting in the besieged city
At least 1,000 people are believed to have been killed in six weeks of fighting in the besieged city
Forces loyal to Muammar Gaddafi bombarded several areas of Misrata yesterday, but no shelling was currently taking place, the spokesman, giving his first name as Reda, said.

'Fighting is still going on in Tripoli Street,' he told Reuters by phone, referring to the main street that leads to the centre from Misrata's southern outskirts. The rebels 'are now controlling 50 per cent of the street. The other 50 per cent is controlled by Gaddafi soldiers and snipers'.

Libya's third-largest city, the insurgents' last major stronghold in the west of the country, has been under siege for more than seven weeks.

Wednesday, April 20, 2011

PWTC: Jangan dibakar, PAS sedia membelinya!

http://4.bp.blogspot.com/-OEgTFTmk2pg/Ta4ppOGrT4I/AAAAAAAACmU/aYjOz4baozE/s1600/ndp.pngTidak pernah terfikir Parti Demokrasi Nasional (NDP) dibubarkan oleh pihak berkuasa baru-baru ini dan membekukan segala asetnya. Mahkamah juga memerintahkan dana dan harta parti hendaklah diserahkan kepada kerajaan. Sebahagian besar pemimpin senior NPD sekarang akan di dakwa atas tuduhan menggunakan kekerasan dan mengamalkan rasuah. Pembubaran parti NDP adalah salah satu tuntutan para penunjuk perasaan Mesir.

Partai Demokrasi Nasional telah mendominasi pemerintahan dan kerajaan Mesir selama puluhan tahun. Didirikan Presiden Anwar Sadat pada akhir tahun 1970-an, partai itu menjadi penyebab utama rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak selama bertahun-tahun lamanya sehingga akhirnya ibu-pejabatnyanya di Cairo dibakar dalam aksi protes tahun ini.

Penahanan Mubarak dan pembubaran parttinya akan menenteramkan para demontrasi masih lagi berlangsung dimedan Tahrir, Kaherah. Mubarak ketika ini berada di sebuah hospital di Cairo, menerima rawatan untuk masalah jantung. Para pendemo Mesir mengatakan Mubarak mesti diadili kerana mengorbankan sekitar 800 penunjuk perasaan selama pemberontakan rakyat di negara itu yang menyebabkan kejatuhannya pada 11 Februari.

Pegawai Penghakiman Mesir menyebut baru-baru ini bahawa Mubarak boleh dithabitkan hukuman mati jika didapati bersalah memerintahkan pendokongnya untuk menembak pendemo anti-pemerintah.

Parti NDP yang pernah gah dengan kehebatan. Para pemimpinnya berkuasa penuh dengan kesombongan. Mereka melakukan apa sahaja bahkan kezaliman ditahap melampau khususnya terhadap lawan mereka. Kita sedia maklum apa yang dihadapi oleh gerakan Islam Ikhwan Muslimin Mesir. Penjara, penyeksaan, tembakan, tali gantung dan siri pembunuhan yang tak terhitung. Tapi hari ini sampai masa mentari yang sekian lama cerah memancar jatuh terbenam dengan suram dan kegelapan.

Adakah ini bakal nasib yang akan menimpa Parti Kebangsaan Melayu UMNO? Umno pernah diharamkan dizaman Mahathir demi menyingkirkan lawan politik beliau iaitu Ku li. Selepas itu tiada ketenangan lagi dalam politik UMNO. Pelbagai musibah dan penyakit hinggap pada pari keramat ini. Umno masih lagi bertahan kerana kuasa dan harta sahaja. Roh serta dasar pejuangan sudah lama hilang dari sanubari UMNO.

Tidak mustahil selepas Pru-13 nanti, kalau BN gagal mengekang kebangkitan rakyat bersama PR nanti UMNO akan menerima nasib seperti parti NDP Mesir. Adakah UMNO akan dibubarkan lalu hilanglah melayu dari bumi Malaysia? Atau para pemimpin UMNO membilang jeriji besi. Disumbat dipenjara kerana rasuah, jenayah serta menggelapkan harta dan pendapatan negara. Ketika itu tiada lagi keramatnya parti UMNO. Diharap jangan dibakar PWTC itu. Lelonglah dan PAS sedia membelinya.

Signal selepas PRN Sarawak jelas. Inilah yang difikirkan oleh Najib. Rosmah tahu apa??? Ustaz Saiful Bahri.

Sunday, April 17, 2011

Seperti NDP Mesir, BN akan lenyap bila tiada kuasa

Kaherah 16 April 2011-(Al-Jazeera)  Mahkamah Mesir hari ini memutuskan pembubaran Parti Nasional Demokratik (NDP) bekas kuasa pemerintah Mesir dan mengarahkan segala wang dan hartanya diserahkan kepada kerajaan yang ada.

Kuasa Legalis Mahkamah Tinggi mengumumkan keputusan berkenaan pada sabtu ini, bagi memenuhi antara syarat tuntutan gerakan tunjuk perasaan yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak Februari lalu.

“Mahkamah memutuskan arahan bagi membubarkan NDP dan merampas segala aset serta bangunannya yang ada untuk diserahkan kepada kerajaan Mesir” seperi yang diwartakan Perundangan.

Peguam-peguam telah membuat tuntutan kepada pembubaran parti berkenaan, dengan alasan amalan rasuah.

Parti Nasional Demokratik (NDP) parti dominan politik Mesir yang dianuti Hosni Mubarak dari kesenambungan presiden Anwar el-Sadat tahun 1978. Kini, ramai dari kalangan pemimpin utamanya berakhir di penjara sebagai pengkhianat.

Gerakan reformasi rakyat menganggap NDP adalah pemerintahan yang menyalahguna kuasa, rasuah dan mepergunakan kepentingan awam untuk manafaat dan kepentingan parti.

Namun, terdapat usaha dan kemahuan ahli parti berkenaan ingin pembaharuan dengan penubuhan Parti Nasional Baru (NNP) . Bekas ahli ini mengatakan anggota yang bersih dari korup dan ikhlas untuk berkhidmat, bersikap kecuali tentunya tiada pilihan selain menyertai mana-mana parti kerana situasi semasa negara yang tidak menentu.

Keputusan untuk membubarkan NDP adalah terbaru bagi memenuhi tuntutan penunjuk perasaan oleh pentadbiran tentera, beberapa hari selepas Mubarak dan anaknya diletakkan di bawah tahanan untuk disiasat atas tuduhan rasuah serta terlibat dengan pembunuhan penunjuk perasaan.

Sungguhpun begitu, rakyat sangsi kewujudan parti ini akan mempunyai kelebihan nanti apabila pilihanraya yang akan diadakan September ini selepas pemerintahan Mubarak. Ibupejabat parti telah dibakar penunjuk perasaan yang mendorong Mubarak untuk meletak jawatan, dan ada penyokong fanatic yang bertindak ganas semasa demontrasi berlaku.
- Al-Jazeera

Barisan Nasional yang diterajui UMNO jelas sekali disetiap pilihanraya pemerintahan yang menyalahguna kuasa, rasuah dan mepergunakan kepentingan awam untuk manafaat dan kepentingan parti. Segala jentera kerajaan, anggota penguatkuasa, media dan kepentingan awam lain hanya untuk kepentingan parti mereka.  

Seperti Parti Nasional Demokratik (NDP) Mesir, BN khasnya UMNO pasti akan lenyap kerana ia hidup atas sebab ada berkuasa.

Friday, April 15, 2011

Taib bakal tumbang, Di Pilihanraya Atau Di Jalanraya


Besok Pilihanraya Negeri Sarawak akan berlangsung. Hampir sejuta pemilih bumi kenyalang akan membuang undi mereka dan menentukan masa depan anak bangsa mereka di Sarawak.

Lihat gambar di atas. Tidak dinafikan, walaupun punya 'crowd' puluhan ribu belum pasti Taib Mahmud akan tumbang di medan pilihanraya. Tetapi dengan jumlah ini, diyakini Taib boleh tumbang di jalanraya sekiranya demokrasi sedia ada tidak dihormati oleh kerajaan pemerintah.

Mereka yang menguasai SPR dinasihatkan agar menipu jangan sampai dikesan, menipu jangan sampai kami nampak walaupun tuhan nampak. Kerana kalau kelahapan penipuan demi penipuan itu berjaya dikesan oleh para pendesak perubahan, nescaya jalanraya akan menjadi satu-satunya pilihan.

Oleh demikian, SPR harus lebih halus dalam penipuan dan jangan sampai terkesan. Kerana Mubarak dan Zainal Bin Ali itu juga menang besar dalam pilihanraya mereka - dengan penipuan.

Teringat pula nasihat seorang warden ketika bersekolah asrama dulu di Kuala Pilah. Warden saya yang bernama cikgu Norhashim pernah menasihatkan kepada semua penghuni asrama yang merokok di asrama. Pesannya mudah dan berbunyi "Kalau sesiapa nak merokok dalam asrama ini adalah dipersilakan, saya tak marah. Tetapi syaratnya ialah, sila merokok di tempat yang tuhan tak nampak"

Justeru itu, kepada mereka yang terdesak sehingga berjaya menterbalikkan kenyataan Raja Petra (yang juga sebelum ini berjaya menterbalikkan kenyataan bersumpah Bala), berhati-hatilah untuk menipu dalam pilihanraya. Kami di Pakatan Rakyat mempunyai PACA yang amat terlatih dalam mengesan penipuan. Secara praktikalnya, pengalaman 12 pilihanraya umum untuk tempoh selepas merdeka dan 15 pilihanraya kecil sepanjang penggal PRU12 menjadi pedoman dan kecekapan juga terbukti dalam pemilihan di peringkat parti.

Sebentar tadi, satu kenyataan media oleh Anwar Ibrahim bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan Raja Petra Kamaruddin beberapa hari sebelum Pilihanraya Sarawak. Boleh lihat sedutan dalam kenyataan media tersebut dalam tajuk "PC Anwar Terhadap Kenyataan Raja Petra - Timing yang Tepat !!"

Dalam kenyataan itu, Anwar memberi satu jawapan yang sangat mudah iaitu beliau menyeru kepada semua jentera dan para penyokong Pakatan Rakyat khususnya yang sedang berusaha di Sarawak supaya tidak hilang fokus terhadap Pilihanraya Negeri Sarawak.

Kehadiran RPK yang dikatakan menikam Anwar dari belakang menjelaskan lagi betapa Barisan Nasional berada dalam keadaan terdesak dan juga tertekan seraya berkata - ia adalah 'timing' yang sangat tepat untuk mengalih perhatian PRN Sarawak. DSAI juga menyeru agar semua fokus kepada Sarawak dan akan hanya menjawab segala persoalan selepas PRN Sarawak.

Tindakkan Anwar yang tidak melayani provokasi berbentuk diversi dari pihak terdesak adalah satu tindakan yang tepat. Rakyat Sarawak akan tetap menunjukkan kebangkitan dan membuktikan bahawa mereka sudah celik dan tidak lagi mudah digula-gulakan oleh barisan Peh Mo. Tiga puluh tahun menjadi Rajah Sarawak sudah cukup membentuk sejuta kebencian. Sejuta pengundi akan melafaz kebencian itu melalui buangan undi lalu membebaskan Sarawak dari genggaman seorang 'rajah'.
Tanggal 16 April 2011 menjadi satu tarikh sejarah di mana Sarawakian bangkit mengubah lanskap politik negara apabila tidak menjadi kubu kuat Barisan Nasional apatah lagi menjadi deposit penting BN pada PRU akan datang!!

Dengan keputusan Taib Mahmud yang dengan angkuh ingin mengekalkan kuasa, Barisan Nasional Sarawak pimpinan Taib Mahmud akan tumbang di bumi kenyalang !!

Ubah Sarawak !! Sarawak For Change!!

Saturday, April 9, 2011

Lapan pegawai imigresen termasuk satu wanita dicaj terima rasuah

Akibat desakan sara hidup untuk mendapat pendapatan hanya lebih kurang RM500 sebulan.. mereka dituduh rasuah; nama dan gambar muka terpampang ke perusuk negara! Malu, malu.
SHAH ALAM, 7 April — Lapan pegawai Imigresen termasuk seorang wanita dicaj di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah lebih RM100,000 bagi membolehkan pendatang dari Indonesia memasuki negara ini. Pegawai-pegawai dari Imigresen Selangor itu, berusia dalam 20-an dan 30-an dan berkhidmat di Pelabuhan Klang, dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mereka mengaku tidak bersalah.

Kesemua lapan pegawai itu berhadapan dengan 82 tuduhan rasuah melibatkan RM122,140.
Mahkamah menetapkan wang jamin antara RM4,000 dan RM10,000 bagi setiap tertuduh. Lapan pegawai Jabatan Imigresen yang dihadapkan di mahkamah pagi tadi kerana kesalahan rasuah.

Berdasarkan maklumat diperoleh, Md Shahrizal Che Dan, 26, hadapi sebanyak 31 tuduhan - terbanyak di kalangan kesemua yang didakwa, kerana menerima rasuah RM51,760. Pegawai imigresen Mohamad Izuwanshah Samsuri, yang berusia 25 tahun, berhadapan dengan 25 tuduhan melibatkan RM31,690.

Seorang lagi pegawai imigresen, Ahmad Zahed Abd Alim, 28, dituduh menerima RM13,590. Satu-satunya pegawai wanita, Nor Shahazlina Sulaiman, 25, pula dituduh menerima rasuah RM2,900 di Pandamaran, Klang. Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pelabuhan Klang dan Klang antara April hingga September lalu.

Mohd Hafiz Zakaria, 27, didakwa menerima rasuah melibatkan RM8,640, Mohd Khairul Haqimie Kamarudin, 26, (RM7,350), Azmir Mahadi, 28, (RM5,710) dan Mohamad Huzzail Ahmad, 31, pula RM500 September lalu. Kes melibatkan Ahmad Zahed, Khairul, Hafiz dan Azmir akan disebutkan semula esok.

Peguam-peguam tertuduh memberitahu mahkamah bahawa anak guaman mereka hanya menerima gaji bulanan antara RM700 hingga RM920. Kes melihatkan Huzzail dan Izuwanshah ditetapkan untuk sebutan semula pada 27 April manakala kes Nor Shahazlina dan Shahrizal pula 5 Mei.

Tuesday, April 5, 2011

PUM: Dedah aksi seks canggah norma Islam

KUALA LUMPUR, 5 April — Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.

Malah perkembangan itu turut dikecam Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP), yang memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Anwar.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

“Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius. “Trend  membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini,” katanya.

Utusan Malaysia - Media Lucah Malaysia
Kata beliau, pihaknya juga berhasrat untuk memohon campur tangan Majlis Raja-Raja sekiranya pihak berkuasa dan kerajaan gagal untuk menghentikan penyebaran rakaman video seks itu.

“Menyedari kegagalan pihak berkuasa sedia ada, PUM akan memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk bertindak dengan segera bagi mengambil tindakan menghentikan kejahatan dan maksiat yang dipromosikan  ini,” katanya.

Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu adalah haram di sisi agama Islam. “Mereka yang terlibat dalam pembikinan video, penyimpanan, penyebarannya  adalah jelas haram dalam Islam.  “Mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah,” katanya.

Kata Mohd Roslan, pihaknya juga kesal kerana ada pihak yang terlebih dahulu menjatuhkan “hukuman” terhadap Anwar selepas rakaman video seks itu didedahkan kepada umum pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara.

Malah semalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” tersebar dimuatkan dalam Youtube dan beberapa blog pro-Umno. Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit. Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thailand, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.

“PUM kesal kerana media telah menjatuhkan “hukuman” setelah keaiban dan fitnah didedahkan, di samping itu, Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi medan membahaskan usul dan isu besar negara kini turut mahu dijadikan panggung wayang video seks.

“PUM  membantah keras penyebaran video yang mengaibkan ini dan tindakan untuk mendedahkannya melalui media dan cadangan untuk ditayang di Dewan Rakyat adalah suatu kerendahan moral Parlimen dan menjatuhkannya ke tahap yang hina dan tidak masuk akal,” kata Mohd Roslan.

Beliau juga menegaskan pihaknya turut kesal dengan “golongan” yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan rakaman video seks itu sebagai tumpuan dalam negara berbanding isu-isu nasional lain.

“Saling cabar-mencabar dalam Parlimen untuk menyaksi video lucah menandakan kerendahan akal budi wakil rakyat ketika mereka dianggap sebagai insan yang mempunyai daya pemikiran dan budi yang tinggi.

 ”Pihak yang beralasan bahawa wakil rakyat terlindung dari undang-undang yang membolehkan mereka menonton video lucah sebenarnya dijangkiti penyakit barah politik “sampah” yang busuk dan hanyir,” katanya.

Justeru Mohd Roslan menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan gambar video seks itu kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak undang-undang.

“Bukan sahaja mereka mahu semuanya dihalalkan malah permainan politik sudah tidak lagi dikawal oleh sebarang batas agama mahupun moral. Pokoknya apa sahaja boleh dilakukan demi mempertahankan kuasa. Dalam pada itu, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Anwar.

“Ia amat keterlaluan dan mencemarkan nilai budaya politik Malaysia. Sama ada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan pada tahap ini, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat,” kata presidennya Mustafsa Kamil Ayub.

Bekas naib presiden PKR itu berkata, kenyataan Ketua Polis Negara mengenai ketulenan video tersebut menimbulkan kekeliruan persepsi di kalangan sebahagian rakyat. “Tindakan menayangkan dan membiarkan penyebarannya juga bermakna menghukum bersalah terhadap sesaorang sebelum keputusan hukuman mahkamah.

“MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia,” katanya.

Saturday, April 2, 2011

Video Seks; Kenyataan KPN mengelirukan semua

MToday, 2 April 11 Siasatan terhadap video fitnah harus tertumpu kepada motif tayangan dibuat dan bukannya semata-mata soal ketulenan rakaman berkenaan, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. Beliau yang pernah menonton video itu sebelum mengesahkan individu dalam rakaman bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata trio Datuk T perlu memberi penjelasan beberapa perkara berkaitan tayangan rakaman berkenaan.

“Beberapa perkara perlu dijelaskan apabila laporan sudah dibuat kerana Anwar menafikan beliau terlibat.

“Melihat kepada muka nampak macam Anwar tetapi selepas lihat pada perut, belakang dan punggung lelaki itu, sah dia bukan Anwar,” kata Johari dalam satu sidang media.

Beliau berkata, polis perlu menangkap Datuk Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim kerana mereka adalah suspek, bukan saksi seperti didakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussien.

“Mengikut undang-undang, mereka bertiga boleh dikenakan tindakan kerana menyimpan, memiliki, dan menayang kepada umum,” ujarnya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Tegasnya lagi, trio Datuk T juga boleh didakwa mengugut kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismai meletak jawatan dalam parti. Ketua Polis Negara juga telah diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Datuk T sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu.

“Apakah orang yang  ditunjukkan di luar video sama dengan orang yang berada di dalam video,” kata bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali.

Polis juga diminta menjelaskan, apakah tindakan ke atas mereka yang menunjukkan video itu kepada umum kerana ia jelas melanggar undang-undang negara. Syed Husin mengulas kenyataan Tan Sri Ismail Omar (gambar kiri) hari ini yang mengatakan video seks yang dikaitkan dengan  Anwar adalah tulen dan bukan palsu.

Sementara itu, bagi N Surendran di dalam reaksinya mengenai  kenyataan Ismail bahawa video itu adalah tulen tidak sama sekali membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu adalah pelaku dalam video itu.

Surendran turut mempersoalkan mengapa KPN terburu-buru membuat pengumuman itu walau pun siasatan belum lagi lengkap. Malah, ia merupakan satu lagi usaha mengalih tumpuan (red herring)  dan bersifat politik untuk memburukkan reputasi Anwar, kata Surendran.