Sunday, April 17, 2011

Seperti NDP Mesir, BN akan lenyap bila tiada kuasa

Kaherah 16 April 2011-(Al-Jazeera)  Mahkamah Mesir hari ini memutuskan pembubaran Parti Nasional Demokratik (NDP) bekas kuasa pemerintah Mesir dan mengarahkan segala wang dan hartanya diserahkan kepada kerajaan yang ada.

Kuasa Legalis Mahkamah Tinggi mengumumkan keputusan berkenaan pada sabtu ini, bagi memenuhi antara syarat tuntutan gerakan tunjuk perasaan yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak Februari lalu.

“Mahkamah memutuskan arahan bagi membubarkan NDP dan merampas segala aset serta bangunannya yang ada untuk diserahkan kepada kerajaan Mesir” seperi yang diwartakan Perundangan.

Peguam-peguam telah membuat tuntutan kepada pembubaran parti berkenaan, dengan alasan amalan rasuah.

Parti Nasional Demokratik (NDP) parti dominan politik Mesir yang dianuti Hosni Mubarak dari kesenambungan presiden Anwar el-Sadat tahun 1978. Kini, ramai dari kalangan pemimpin utamanya berakhir di penjara sebagai pengkhianat.

Gerakan reformasi rakyat menganggap NDP adalah pemerintahan yang menyalahguna kuasa, rasuah dan mepergunakan kepentingan awam untuk manafaat dan kepentingan parti.

Namun, terdapat usaha dan kemahuan ahli parti berkenaan ingin pembaharuan dengan penubuhan Parti Nasional Baru (NNP) . Bekas ahli ini mengatakan anggota yang bersih dari korup dan ikhlas untuk berkhidmat, bersikap kecuali tentunya tiada pilihan selain menyertai mana-mana parti kerana situasi semasa negara yang tidak menentu.

Keputusan untuk membubarkan NDP adalah terbaru bagi memenuhi tuntutan penunjuk perasaan oleh pentadbiran tentera, beberapa hari selepas Mubarak dan anaknya diletakkan di bawah tahanan untuk disiasat atas tuduhan rasuah serta terlibat dengan pembunuhan penunjuk perasaan.

Sungguhpun begitu, rakyat sangsi kewujudan parti ini akan mempunyai kelebihan nanti apabila pilihanraya yang akan diadakan September ini selepas pemerintahan Mubarak. Ibupejabat parti telah dibakar penunjuk perasaan yang mendorong Mubarak untuk meletak jawatan, dan ada penyokong fanatic yang bertindak ganas semasa demontrasi berlaku.
- Al-Jazeera

Barisan Nasional yang diterajui UMNO jelas sekali disetiap pilihanraya pemerintahan yang menyalahguna kuasa, rasuah dan mepergunakan kepentingan awam untuk manafaat dan kepentingan parti. Segala jentera kerajaan, anggota penguatkuasa, media dan kepentingan awam lain hanya untuk kepentingan parti mereka.  

Seperti Parti Nasional Demokratik (NDP) Mesir, BN khasnya UMNO pasti akan lenyap kerana ia hidup atas sebab ada berkuasa.

3 comments:

  1. berani ke mahkamah kat malaysia nak buat macam tu?????????

    ReplyDelete
  2. YANG DAH NAMPAK SANGAT NA LENYAP IALAH PAS. LEPAS KALAH, KALAH, KALAH DAN KALAH LAGI..

    ReplyDelete
  3. Umno langsung x dpt masuk sarawak..Whakakaka..
    Langsung x wujud kt Sarawak..ape cite ko luncai!!!!

    ReplyDelete