Friday, August 27, 2010

Umno pencetus Islamphobia

Jumaat 27 Ogos 10 Gambar utama Utusan hari ini, memaparkan cetusan Islamphobia parti Melayu Umno yang mengatakan adalah haram secara mutlak org bukan Islam memasuki rumah Allah, apatah lagi jika mereka itu terdiri dari wanita bukan muslim

Isu berkenaan timbul dari satu program dari Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dari DAP yang dijemput menyampaikan bantuan kewangan di ruang solat Surau Al-Huda di Kajang Sentral pada Ahad lepasdi Surau al-Huda Kajang Sentral..

Dia dikatanya wanita ini telah menghina Islam, dan PAS secara langsung dipersalahkan kerana kelakuan ADUN ini.

Sumber diambil dari blogger Umno yang mendakwa wanita bukan Islam tak tutup aurat..tak pakai tudung...dan lebih keterlaluan sebab tak mandi junub (hadas besar).

Ironinya, kalau wanita bukan Islam dilarang masuk masjid atas alasan tak mandi junub atau sedang datang haid, apakah lelaki bukan Islam yang dikatakan boleh masuk masjid telah mandi junub? Ada ke dlm syarat2 bukan Islam yg ingin memasuki masjid/surau hendaklah mandi junub dahulu? Lihat pula gambar Raja Jordan menjemput Pope John Paul melawat masjid bagi tindakan menangani keresahan Barat kepada Islam iaitu Islambhobia.

Inilah dakyah jahat bertujuan meminggir jauh bukan Islam kepada keindahan Islam seperti disiarkan Utusan Malaysia kerana menjadi agen penyiar rasmi berita/isu fitnah.

Pada penyokong tegar Umno, boleh baca 'fatwa' JAKIM berkenaan org bukan Islam memasuki masjid di sini, "MASJID SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN", dan pernah disiarkan dlm Berita Harian Mac 2008...jangan jahilkan diri sendiri...WALLAHUA'LAM...

Sorotan Fakta SeMinggu

23 8 10 Sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah cat merah dan dibaling botol arak. Kejadian disedari jemaah ketika solat subuh awal pagi. Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lalu. Perbuatan yang boleh menyemarakan sensitiviti kaum ini dikutuk oleh DAP dan MCA.

24 8 10 Polis kenal-pasti dan ditahan reman selama empat hari empat remaja bangsa Cina berusia 16 dan 18 tahun membantu siasatan. Keempat-empat mereka bermain mercun berhampiran surau itu tetapi ditegur dan diarahkan supaya meninggalkan kawasan itu. Akibat tidak berpuas hati, mereka memutuskan untuk bertindak balas dengan menyimbah cat ke atas surau.

25 8 10 Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di Seremban, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka. Bapa remaja mereka iaitu Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, memohon maaf dengan pengerusi jawatankuasa surau itu dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan.

Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. MCA juga akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir.

Friday, August 20, 2010

Genap 2 tahun Ceramah Nik Aziz di Stadium Perak

Terkenang dengan himpunan lebih 10,000 orang sebelum Ramadhan pada 16 Ogos 2008 di Staium Perak, Ipoh.

Thursday, August 19, 2010

Antara isu Perlembagaan palsu dan 'buang bayi'

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: PAS mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan kandungan ‘perlembagaan baru’ dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.
Pemimpin Melayu Islam diserabutkan dengan spekulasi dan provokasi dari realiti kerosakan martabat umat Islam yang kini begitu tenat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan Harussani ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Beliau menegaskan, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.

Malahan, jelasnya Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Di samping itu, melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153.

Tuesday, August 17, 2010

Isteri kepada Pesuruhjaya Pas Perak kembali kerahmatullah

IPOH 17 Ogos 10 Isteri kepada Pesuruhjaya Pas Perak,Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussein telah kembali kerahmatullah pada jam 2.20 petang tadi di Hospital Permaisuri Bainun akibat sakit kanser yang telah lama dihidapinya.

Solat jenazah Allahyarhamah Ustazah Rafeah telah sempurnakan selepas solat Isyak malam ini di Masjid Raja Nazrin Shah, Kg Rapat Jaya Tambahan, Ipoh. Lebih dari 500 saudara-mara, sahabat-handai, rakan-taulan dari jauh dan dekat telah mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Islam Rapat Jaya, Ipoh dan selamat dikebumikan.

Al-fatihah...Takziah diucapkan kepada Pesuruhjaya sekeluarga.

Thursday, August 12, 2010

Nizar sampaikan Tazkirah Ramadhan

Malam ke-2 Ramadhan saya berkesempatan menunaikan solat Tarawikh dan mendengar tazkirah dari YAB Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di Surau Taman Soon Choon, Ipoh. DS Nizar ahli Parlimen Bukit Gantang serta ADUN Pasir Panjang dan ketua Pakatan Rakyat Negeri Perak. Berketepatan seorang pemimpin yang berkaliber hingga kedatangan jemaah dari jauh hingga melimpah ke tangga untuk bersamanya.

Mengimbau kembali 2 tahun lalu sebelum rampasan kuasa Negeri Perak, sepanjang ramadhan DS Nizar membuat pengisian menjadi iman tarawih, tazkirah dan kuliah subuh dari kunjungan ke Masjid-masjid serta Surau-surau di Jabatan Kerajaan. Sementara di Dataran Bandaraya Ipoh diadakan khemah berbuka puasa dan solat fardhu berjemaah dan sunat tarawih di sepanjang Ramadhan.

Malam ini selesai solat sunat tarawih DS Nizar menyampaikan tazkirah:

“Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” Al Baqarah 183.

Inilah satunya ayat al-Quran yang menyeru umat Islam beriman agar berpuasa rukun Islam ketiga. Perintah Allah dari satu ayat ini masyarakat Islam Malaysia sangat menitik-beratkan dan amat bersungguhan menunaikan puasa.

Ada kalangan mereka yang cuma sembahyang seminggu sekali atau berpakai singkat-ketat sanggup berpuasa penuh. Ibu-bapa turut menggalakan anak-anak yang belum lagi aqil baligh berpuasa. Berduyun-duyun memenuhi masjid-masjid dan surau-surau untuk solat sunat tarawih. Suasana program di Radio dan TV yang padat dengan pengisian ceramah dan rancangan berunsur Islam. Pesta makanan di segenap kota dan pakej berbuka di hotel-hotel. Pihak berkuasa mengenakan peraturan kepada penjual makanan dan tindakan kepada yang tidak berpuasa. Masyarakat Islam Malaysia begitu dikenali hebat dengan amalan puasa jika dibandingkan Negara-negara Islam yang lain.

Tetapi umat Islam Malaysia, amat sedikit umat Islam yang menjaga solatnya dimana mengikut bancian cuma 15% menunaikan solat 5 waktu. Sedangkan terdapat lebih 60 ayat Al-Quran yang memerintahkan umat Islam mendirikan solat,. Suasana dan keadaan menyebabkan ramai umat Islam ambil ringan dan sering mengabaikan sembahyang.

Kebanyakan beranggapan puasa adalah ukuran keimanan dan ketakwaan. Tetapi sedarlah solat keutamaan ibadat tiang ugama dan rukun Islam ke-2. Solat wajib didirikan di mana-mana dan keadaan samada sakit, tua, musafir dan kanak-kanak berumur 10 tahun boleh dipukul jika enggan bersolat.

Sedang puasa tidak mengapa ditinggalkan untuk orang kurang upaya, sakit, kanak-kanak dan musafir. Yang meninggalkan puasa boleh diganti dan dibayar fidyah.

Bimbang apa kemungkaran di kalangan umat Islam dan kepincangan masyarakat adalah kerana mengabaikan solat. Pihak berkuasa adalah bertanggungjawap memberi kesedaran dan berusaha mencegah program-program yang melalaikan. Umpamanya ketika waktu solat terutamanya Maghrib dan Isya’ terlalu banyak program TV disiarkan yang sengaja melalaikan umat Islam menjauhi masjid-masjid dan surau.

DS Nizar menyentuh sedikit apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak 3 Ogos lalu terpaksa menempuh kawalan ketat polis. Tidak dibenarkan membawa laptop, camera dan telefon serta menghadkan wakil media masuk. Mengbenarkan perbahasan dari Pakatan Rakyat hanya beberapa minit dan menutup pembesar suara.

Suara lantang DS Nisar boleh kedengaran jelas tanpa pembesar suara hingga mengarahkannya keluar Dewan. Dato’ Ganesan speaker kontroversi tidak memahami peraturan mesyuarat hingga menunggu arahan bertulis dari S/U Dewan. Perolehan ‘ExtraOrdinary’ berjumlah RM117juta yang tidak diperjelaskan sumbernya. Rang Undang-undang Perbekalan berjumlah RM80juta diluluskan pada persidangan kurang 1 hari.