23 8 10 Sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah cat merah dan dibaling botol arak. Kejadian disedari jemaah ketika solat subuh awal pagi. Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lalu. Perbuatan yang boleh menyemarakan sensitiviti kaum ini dikutuk oleh DAP dan MCA.
24 8 10 Polis kenal-pasti dan ditahan reman selama empat hari empat remaja bangsa Cina berusia 16 dan 18 tahun membantu siasatan. Keempat-empat mereka bermain mercun berhampiran surau itu tetapi ditegur dan diarahkan supaya meninggalkan kawasan itu. Akibat tidak berpuas hati, mereka memutuskan untuk bertindak balas dengan menyimbah cat ke atas surau.
25 8 10 Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di Seremban, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka. Bapa remaja mereka iaitu Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, memohon maaf dengan pengerusi jawatankuasa surau itu dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan.
Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. MCA juga akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir.
No comments:
Post a Comment