Thursday, November 4, 2010

Undi Pas berkurang 265 undi di Galas

5.00pm Pusat pengundian ditutup. Pengiraan undi akan bermula lagi sejam setengah. 
5.21pm Seramai 8,980 atau 77.73 peratus keluar mengundi di Galas. Jumlah ini tidak termasuk di peti undi Belatim, Balar dan Bihar.
6pm: Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menjangkakan keputusan rasmi pilihan raya kecil DUN Galas akan diumumkan sebelum jam 8 malam ini. Bercakap dalam sidang media di Dewan Sivik Gua Musang hari ini, beliau turut menjangkakan peratusan sebenar keluar mengundi sehingga 82 peratus. Katanya, jangkaan itu berdasarkan peratusan yang diterima setakat ini sehingga 78 peratus tanpa jumlah daripada empat peti undi Orang Asli. Beliau menjangkakan peti-peti undi berkenaan mula tiba di pusat penjumlahan menjelang 6.30 petang.
6.27pm BN mendahului di Galas dengan 114 undi di Kampung Batu Papan.
6.45pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 621 undi manakala PAS memperolehi 584 undi.
6.50pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1035 undi manakala PAS memperolehi 982 undi.
6.55pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1,250 undi manakala PAS memperolehi 1,258 undi.
6.55pm: Seramai lebih 100 orang pengundi menyerbu Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati malam ini bagi menuntut bayaran tambang mereka. Mereka, termasuk kira-kira 30 wanita itu menunggu sejak awal lagi bagi mendapatkan bayaran tersebut. Kumpulan berkenaan didapati beredar dari kawasan itu pada kira-kira jam 7 petang ini selepas mendapat bayaran tersebut.
Dipercayai, bayaran sebanyak RM200 diberikan kepada mereka setiap orang berkenaan. Namun ada juga yang mendakwa tidak mendapat bayaran tersebut. Antaranya ialah Thong Chong Liong, 57, yang menunggu di situ sejak 12 tengahari lagi. "Saja tunggu dari pukul 12, tapi saya tidak dapat bayaran," katanya yang hampa. Mat Yusoff ADUN Nenggeri, dipercayai hadir di situ bagi mengawal keadaan.
7.05pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,359 undi manakala PAS memperolehi 2,212 undi.
7.07pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,834 undi manakala PAS memperolehi 2,270 undi.
7.09pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 3,258 undi manakala PAS memperolehi 2,348 undi. Majoriti 910 undi.
7.15pm: Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 4,273 undi manakala PAS memperolehi 3,744 undi.
7.20pm Peluang BN untuk merampas kerusi DUN Galas semakin cerah. Ini berikutan BN menang semula undi pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum lalu. Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang mereka menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.
Pakatan pada mulanya mensasarkan untuk menang di Kampung Baru dengan majoriti besar bagi menampung kemungkinan tewas di Pulai. Dua kawasan majoriti pengundi Cina itu, Pulai merupakan kubu kuat BN. Pakatan kalah 25 undi di Pulai dalam pilihan raya umum lalu.
7.30pm: Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi. Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 82.71 peratus atau 9,555 orang.
8.45pm Keputusan muktamad pengundian di pilihan raya kecil DUN Galas ialah BN menang dengan majoriti 1,190 undi. Calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperolehi 4,,134 undi.

1 comment:

  1. silap tok guru jugak yg bagi RM250, sepatutnya RM265

    ReplyDelete