Tuesday, November 16, 2010

Perak lewat seminggu Hari Raya Qurban

Jika diperhatikan kepada banner diatas, ianya bukanlah buatan Umno cawangan tetapi bertaraf negeri kerana terkandung ucapan hari raya daripada Menteri Besar Zambry serta barisan kepimpinan kerajaan BN mereka.

Jika pada hari raya Aidilfitri yang baru lalu, Umno memperkenalkan kita dengan bulan Islam yang baru, tetapi pada hari raya Aidiladha kali ini, Umno sekali lagi membuat kejutan dengan menyambut raya lewat seminggu daripada yang telah ditetapkan.

Ketika seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1431H tahun ini, Zambry dan juga Umno Perak membuat suatu kelainan dengan merayakannya pada 17 Zulhijjah 1431H (rujuk banner diatas).

Sekarang ini, Zambry boleh melakukan apa saja kerana pasti mendapat pembelaan daripada Harussani biarpun perkara tersebut jelas melanggar syariat Islam.

2 comments:

  1. hahaha nak tergelak tgk banner ni.
    Harunsani dah kelabu mata tgk duit.
    Nauzubillah, ada juga mufti macam tu

    ReplyDelete
  2. Jangan memfitnah kita sebagai manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan, ini mungkin kesilapan yang tidak disengajakan - Wallahualam

    ReplyDelete