Kebiasaanya bila tiba musim Bolasepak Piala Dunia yang lalu kita menyaksikan peminat bolasepak merah mata kerana kurang tidur menyaksikan siaran langsung. Namun kali ini di Musim Bolasepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan depan dalam suasana berbeza kerana kerajaan secara rasminya telah meluluskan lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Maka ramailah anak isteri yang terabai kerana duit belanja makan telah habis untuk pertaruhan. Akibatnya ramai yang gila judi bola ini menjadi angau, sasau, risau tak ketentuan. Akibatnya kita tunggu dan saksikan peningkatan kes kecurian, penipuan dan pecah amanah nanti. Perhatikan lirik lagu Gila Judi nyanyian M Daud Kilau ini:-
GILA JUDI
oleh Dato M. Daud Kilau
Banyak orang gila judi 2x
Hai judi merosak diri
Merosak diri
Banyak yang setengah mati
Akibat judi
Kalau asyik main pakau
Banyak orang naik angau
Mereka selalu risau
Selalu risau
Sama-sama jadi sasau
Hai jadi sasau
1 ringgit.. 2 ringgit.. 3 ringgit.. 4 ringgit.. 5 ringgit
Haaaaaa ngus!
Kalau sudah gila judi 2x
Dia lupa anak isteri
Hai anak isteri
Kalau kecanduan judi 2x
Akhirnya setengah mati
Akibat judi
Tolak habuk… jalan kaki.. gigit jari… kalah judi
KLUMPUR 11 Mei 2010 (Malaysiakini): Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan.
Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, Menteri Kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.
BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.
Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.
Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.
Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.
BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.
Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi
ReplyDelete