Friday, January 8, 2010

Kereta terbalik, Nizar cedera ringan

IPOH 7 Jan 2009 Menteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.

Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau hilang kawalan ketika dia cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang itu.

Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital.

- Bernama Kemalangan berlaku di Jalan Dr Raja Nazrin (Jalan Gopeng) di persimpangan Jalan Seruan hadapan Hotel Casuarina, Ipoh
Kereta Volvo dikatakan keluar simpang Jalan Seruan yang cuba dielak

Pintu sebelah pemandu yang remuk teruk namun Dato' Seri Nizar cuma cedera ringan

5 comments:

  1. alhamdulillah....cuma cedera ringan sahaja!

    ReplyDelete
  2. Tu petanda dah nak terbalik la PR tu. apa apa pun rugi sungguh nizar babi tu tak mampus terus hari tu.

    ReplyDelete
  3. Jangan asik berangan angan jadi MB nak rasa sign laku...awak baru bertatih...menang sikit heboh lebihhhhhhhh..yope

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah....nizar selamat...tgk kepada kemalangan macm ade muslihat jahat jer....mcm ade yang tak puas ati ngan tan sri nizar.....

    ReplyDelete
  5. Kereta nmpak mcm teruk jugak..Tp Nizar cedera ringan je. Mcm x percaya je, ni petanda Allah sayangkan dia..

    ReplyDelete