20 Jan 2010 Majlis meraikan pemimpin Pakatan Rakyat serta Media bagi memperingati genap 1 tahun Tragedi Rampasan Kuasa yang telah berlaku pada 5 Februari 2009 dimana Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Ir Nizar dipanggil mengadap; melepas jawatan di Istana Kinta Ipoh dan esoknya majlis angkat sumpah kerajaan baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar Jumaat 6 Februari 2009 setahun yang lalu.
Kira-kira 100 orang telah hadir antaranya YB Dato Ngeh Koo Ham, YB Zainuddin Mohd Yusof , YB Sivakumar, YB Dr Lee Boon Chye serta ADUN-ADUN Pakatan Rakyat lainnya, wakil media serta pendokong Pakatan Rakyat di kediaman Dato Seri Ir Nizar Jamaludin di Sungai Rokam, Ipoh pagi tadi.
Program yang dipengerusi oleh Dr Kairudin Abd Malik menyatakan majlis ini adalah pelancaran kepada beberapa program yang diatur. Acara ekspedisi konvoi pemimpin Pakatan Rakyat akan menjelajah seluruh daerah Negeri Perak membawa mesej penerangan Tragedi Rampasan Kuasa yang berlaku setahun yang lalu. Ekspedisi ini akan bermula dari pokok demokrasi, Ipoh kemudian akan singgah di bandar-bandar ke utara sehingga Parit Buntar, ke selatan sehingga Tanjong Malim dan ke timur ke Lumut dan bandar Teluk Intan.
Program yang berlangsung sepanjang hari diatur dengan acara dekramasi sajak, pementasan teater dan persembahan kebudayaan dari masyarakat Melayu, Cina dan India. Turut diadakan acara sukan rakyat dan disebelah malamnya ceramah dari pemimpin politik dan penganalis jemputan.
Nizar seroang yang berkarisma, berkaliber dan memiliki ketokohan apabila memberikan pandangan yang mantap hinggakan sesiapa yang mendengarnya pastinya puas. Nizar mampu memberi jawapan yang sepontan, kemas dan tepat kepada soalan-soalan wartawan dan sukar diperlekehkan. Maka wakil parti DAP Perak, Dato’ Ngeh dan wakil parti PKR Perak, Dr Lee menyatakan secara jelas akan menyokong Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada Pilihanraya Umum nanti.
Rampasan kuasa usaha terancang Najib
IPOH, 20 Jan (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.
Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin menang.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di rumahnya di sini sempena setahun kerajaan negeri pimpinan DAP, PAS dan PKR tumbang setelah dua Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PKR dan seorang daripada DAP keluar parti masing-masing untuk memberi sokongan kepada BN sehingga membolehkan BN berkuasa kerana mempunyai majoriti dalam dewan.
Mohammad Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri dan meminta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Mohammad Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
No comments:
Post a Comment