“Che Long
tidak berpelajaran tinggi kerana telah berkorban untuk mencari rezeki
membiayai keluarga dan adik-adik,” ujar ibu calon PAS PRK Dun Kuala
Besut, Minah Abdul Rauf, 64.
Ketika
ditemui di rumahnya di Kampung Baru dekat sini beliau memberitahu,
sebagai anak sulong Che Long telah banyak berkorban untuk keluarga dan
adik-adik untuk mencari rezeki. “Kami dari keluarga yang susah, Che Long
telah bekerja ketika usia belasan tahun lagi.
Sebelum
berjaya sekarang, Che Long telah bekerja dari bawah sebagai kuli sahaja.
“Bila ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia 22 tahun, dia
mengambil sepenuhnya tanggungjawab keluarga, untuk menyara mak dan
adik-adik dengan buat pelbagai pekerjaan,” ujarnya.
Sebagai
seorang ibu, tidak dinafikan beliau berasa sedih kerana bebanan yang
terpaksa ditanggung oleh Che Long untuk menyara adiknya enam orang lagi
ketika itu semuanya masih bersekolah.
Menyentuh
tentang kebaikan dan sifat pemurah Che Long, beliau mengakui bukan hanya
sekarang sifatnya sedemikian, tetapi sejak kecil lagi.
“Dia banyak
bertolak ansur dengan adik, bila dia remaja dia mencari rezeki sendiri,
dia bahagikan pada kami, pendekata dia memang anak yang bertanggungjawab
pada anggota keluarga,” ujarnya. Sambungnya lagi, sifat tersebut telah
diteruskan sehingga kini termasuk ketika menjadi calon untuk PRK N.1
Kuala Besut.
Ibunya juga telah mendedahkan, sifat dermawannya bukan sekarang, sebaliknya terserlah sejak awal lagi.
Katanya,
ketika beliau dilantik menjadi bilal masjid, Azlan tidak mengambil
elaun yang diberikan kepadanya dengan alasan untuk membantu mereka yang
susah.
Menurut
Minah lagi, Azlan berkata cukuplah dengan rezeki yang telah diberikan
Allah, yang lain bagi kepada mereka yang memerlukan. Katanya, sifat
pemurah Azlan telah diwarisi dari allahyarham ayahnya yang gemar
membantu mereka yang susah.
Menyentuh
tentang pencalonan anak sulungnya itu, Minah memberitahu Azlan hanya
menerima hasrat pimpinan sahaja walaupun pernah diminta untuk berbuat
demikian sebelum ini.
“Moga dia laksanakan amanah yang diberikan padanya dengan baik sebagaimana yang dijanjikan,” katanya.
No comments:
Post a Comment