Friday, May 17, 2013

Pentadbiran ala-Umno punca PAS kalah di Kedah

PRU ke-13 telah lebih seminggu berlalu dengan keputusan yang dimaklumi semua orang. PRU13 menyaksikan tsunami rakyat menolak BN kecuali di beberapa negeri.Kecelaruan SPR masih tidak menghalang kecemerlangan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dan hampir-hampir menguasai semula Perak dan Terengganu, sementara berjaya menidakkan majoriti 2/3 di Negeri Sembilan.

Tetapi berlainan pula keputusannya di Kedah yang berjaya dimenangi semula oleh BN. Sebagai seorang ahli politik anak Kedah, saya kemukakan analisa dan sebab-sebab bencana kekalahan yang sememangnya sudah dijangka di Kedah.




Pentadbiran ala-Umno Kemenangan Pakatan Kedah dalam PRU12 adalah mesej dan manifestasi kehendak majoriti rakyat yang mahukan perubahan setelah ditadbir lebih 50 tahun oleh Umno-BN. Harapan ini nyata dipersia-siakan oleh kerajaan Datuk Seri Azizan Razak apabila sejak dari awal lagi beliau dikatakan menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad tokoh korporat yang dikaitkan dengan Umno sebagai mentor dan sumber rujukan dalam melaksanakan pentadbiran negeri.

Jawatan-jawatan penting dalam syarikat dan institusi berkaitan kerajaan negeri diberikan kepada mereka yang bukan sahaja tegar dengan Umno tetapi berusaha sepanjang masa mensabotaj kerajaan negeri sama ada secara langsung atau tak langsung. Maka lahirlah isu-isu seperti kes pelantikan YDP Majlis Daerah Kubang Pasu, isu alam sekitar di Carok Genting Bunga dan Gunung Inas, isu bercambahnya pusat hiburan dan karaoke berlesen dan tanpa lesen, isu krisis kewangan, pentadbiran dan kebajikan pelajar serta kakitangan di KUIN. Kesemua isu di atas tidak diatasi ataupun diselesaikan.

Azizan cukup bangga dengan jawapan-jawapan politik di media-media arus perdana tanpa melihat kesan yang dialami oleh orang bawahan. Saya mendapat maklum majoriti staf KUIN yang menyokong PAS tidak memberi undi kepada parti itu dalam PRU yang lalu. Rakyat melihat pentadbiran Azizan lemah, tidak efisyen, tiada perancangan dan bertindak mengikut kehendak sendiri walaupun dinasihati disebaliknya. Lalu harapan rakyat yang ingin melihat suatu perubahan bawah pentadbiran PAS disia-siakan. Rakyat kecewa dan kekecewaan ini ditafsirkan di peti-peti undi.
 

Hampir 20 peratus undi diberi kepada BN hasil dari kekecewaan itu. Pergolakan dalaman Pergolakan dalam cawan antara exco Datuk Phahrol-Dr Ismail dan Azizan yang telah selesai dan dilupakan dihidupkan semula oleh Azizan sendiri melalui pemilihan calon-calon PRU13. Azizan dilihat 'mencantas' Phahrol dan Dr Ismail dan beberapa orang lagi yang bukan kroni beliau. Phahrol dihantar ke Parlimen Jerlun untuk disembelih, sementara Dr Ismail dibuang terus. Bantahan demi bantahan dari orang ramai akhirnya menyaksikan Phahrol dibawa semula ke Pengkalan Kundor dan Dr Ismail dihantar ke Jerlun. Lebih malang lagi apabila senarai calon-calon ini tidak pernah dibincang dalam tiga mesyuarat tertinggi di peringkat negeri - mesyuarat harian, politik dan pilihan raya serta dadan perhubungan. Malah permintaan ahli perhubungan negeri untuk supaya ia dibincangkan tidak pernah diambil peduli. Dengan tidak bertanggungjawab beliau melepaskan beban pemilihan calon-calon kepada PAS Pusat, dengan beliau menjadi master mind dipilih senarai yang beliau restui sahaja.

Pemilihan calon-calon yang tidak mengikut prosedur ini telah mendapat tentangan dan menimbulkan kemarahan yang amat sangat di peringkat jentera parti di segenap peringkat yang membawa kepada sabotaj dan kelesuan jentera pilihan raya. Jabatan pilihan raya gagal Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS negeri sejak dari awal lagi telah menyimpang dari landasanya apabila mencampuri urusan pemilihan calon-calon yang telah diketahui umum bahawa itu bukan bidang tugas JPN. Hampir kesemua AJK JPN terlalu berpolitik untuk memastikan hanya Azizan dan kronimya sahaja menang.

Lagak dan pembawaan mereka amat memualkan. Tiada strategi dan perancangan yang dibuat JPN untuk memenangkan Kedah selain dari daftar pemilih dan pengundi luar kawasan. Lebih malang apabila apabila bilik gerakan membuat laporan membodek menyatakan faktor Azizan akan menyumbang 70 peratus kepada kemenangan Kedah walaupun fakta sebenar sebaliknya. JPN gagal membaca kehendak semasa pengundi. Calon-calon masuk bertanding tanpa strategi khusus untuk menang. Strategi yang sudah tentu berbeza mengikut DUN dan Parlimen, berbeza mengikut ras, jantina, umur dan tidak kurang penting juga strategi akan berubah mengikut ketokohan dan kewibawaan calon lawan.

Ketiga-tiga faktor di atas menjadi faktor utama, di samping faktor-faktor lain mengapa Allah memberi kekalahan kepada PAS Kedah. Semoga "teguran Allah" ini bisa memberi bekas kepada kepimpinan yang tidak lagi boleh berbincang atau ditegur. Mereka memilih jalan susah dan jalan yang lebih panjang untuk belajar. Sesungguhnya kemenangan itu hak Allah dan kita sebagai hamba-Nya hanya perlu melengkapkan ciri-ciri yang akan membawa kepada kemenangan. Dan Allah akan menarik kemengan itu jika kita melampau dan tidak memenuhi cirri-ciri itu dan itulah yang berlaku di Kedah. Semoga kita sama-sama bermuhasabah.
Sumber

6 comments:

  1. Bila bincang bab faktor atau punca kekalahan, kita terpaksa bincang dua faktor iaitu dalaman dan luaran.....kita kena terima hakikat bahawa faktor luaran juga penyumbang terbesar dalam isu kekalahan PAS di Kedah.....
    Kita lihat..semua kawasan yg kalah ialah kawasanluar bandar yg majoriti pengundinya ialah Melayu iaitu rebutan antara PAS dan BN.

    Dikawasan ini rata-rata masyarakat petani dan pekebun tidak sangat mementingkan isu2 nasional yg dimainkan, dan mereka juga tidak kisah sgt tentang apa yg berlaku di Wisma Negeri.

    Dikawasan2 luar bandar ini iaitu di Jerlun,Pendang,Padang Terap,Baling,Sik,Kulim dan Bandar Baru telah dibela oleh BN secukup-cukupnya melalui penyelaras BN yg ditempatkan disetiap kawasan dgn perbagai peruntukan dan program terus dengan masyarakat setempat.

    Dibantu pulak oleh perutukan dan aktiviti agensi kerajaan yg dikawal kerajaan BN spt Keda,Mada,LPP,MARA,TEKUN dan macam2 agensi persekutuan lain telah berhabis2san melonggokkan peruntukan dan bantuan untuk mesyarakat luarbandar dikawasan2 berkenaan.

    Wakil Rakyat PAS yg ada dikawasan berkenaan rasanya tidak mampu untuk bersaing sedemikian dan kalau pun ada hanyalah mengadakam kuliah-kuliah dan pengajian agama di surau2 dan mesjid yang ana kira hanya mewakili 1% dari jumlah masyarakat disitu.

    Jadi tak hairanlah PAS tewas kerana bukan sahaja lemah disegi pentadbiran negeri yg sememangnya tidak mendapat sokongan padu dari Orang Besar KCS yang rata2 pegawainya diketahui adalah penyokong kuat BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah masalah pemimpin adil spt ustaz azizan,pak lah mcm ni tak keras sgt,apa jadi pada pak lah.setuju dgn diatas tengok dua faktor baru adil,bukan atas prejudis semata mata.cuma kalau pru plak tengok betul2 pengundi bukan melayu samada berpihak kepada PAS atau tidak.GERAKAN kedah dah kata kaum cina kedah masih berpihak kepada bn,saya agak setuju hal ini.kaji betul2.dekati atas pagar itu yg penting.juga turun tgk rakyat masa ni.tumpu 4 perkara1.kematian2.kenduri3.kebajikan4.kezuhudan.percayalah isu rasuah,tol,barang naik tak mendapat tempat dihati org di(bawah) ni.percakaran diatas juga ada impak,tambah ada topup brim lagi la jauh(lihat UMCEDEL).minda x berkembang,rujukan hanya media arus perdana.itu yg harus dipecahkan.PENGUNDI ATAS PAGAR KEDAH>

      Delete
    2. Sokong 100% lagi satu utz azizan tak pentingkan akidah masyarakat luar bandar. Islam pasti membawa kita ke Akirat dan singgah didunia saja

      Delete
  2. Iblis di laknat ALLAH kerana bersifat angkuh. Apakah seorang angkuh dapat membawa obor islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. angkuh dari segi apa patut dijelaskan,amatlah tak adil untuk menuduh tanpa dalami isu.pasal ustaz azizan tak angkuhlah,pas jatuh.ustaz azizan cuba berlaku adil 1. dgn mendengar pandangan2 dari pihak bn(walaupun ada bersifat sabotaj,x dapat dinafikan sampai dituduh GENG UG)2.mengekalkan kaki tangan pro bn sesuka hati(terkadang inilah duri dlm daging pentadbirannya)menyebabkan pimpinan pas lain tidak puas hati(mentaliti org kedah belum sama dgn org kelantan).saya pernah berbual dgn warga emas(anaknya dibandar yg mengirim wang setiap bulan peyokong pr,diberitahu sendiri warga emas ni).saya tanya mcmana (hal politik kedah).jawapnya AKU TAK TAU,YG AKU TAU UJUNG TAUN NI TERIMA 1200(BRIM) BOLEH JUGAK PEBAIK MOTO KA APA KA,ORG LAIN BUKAN BOLEH BAGI.tolong la bagi komen membina bukan menghina(menulis pasal obor islam,tapi hampir melaknat org,tak elok la kot.JOM PI AMBIK WUDUK,JOM.

      Delete