BN mampu mengekalkan pentadbirannya di Perak apabila memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu. Namun
kedudukan parti itu dilihat rapuh apabila situasi itu sama seperti
kemenangan tipis Pakatan Rakyat pada 2008 sehingga berlaku peralihan
kuasa apabila tiga ADUN gabungan itu keluar parti.
Pada 2008,
walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, tetapi ia terlepas kuasa
apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, Changkat Jering dan
Behrang, menjadi ADUN bebas yang mesra BN. Kecuali Behrang, dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Pakatan berjaya merampas semula DUN Changkat Jering dan Jelapang.
Meskipun
jauh kemungkinannya potensi untuk wakil rakyat BN melompat parti, namun
kedudukan BN boleh tergugat jika berlaku pilihan raya kecil, khususnya
di DUN yang dimenanginya dengan majoriti tipis.
Antara kerusi DUN
BN yang dilihat goyah dengan majoriti tipis ialah Lubok Merbau
(majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama (619).
Seperti pada 2009, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan di seluruh negara berikutan kematian wakil rakyatnya.
Bagaimanapun,
dalam pilihan raya kali ini, terdapat perubahan pola pengundian serta
pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang dimenangi BN
berbanding 2008, lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.
Seperti
di Manjoi dan Pasir Panjang, dalam masa lima tahun, pertambahan
pengundi baru di dua kawasan itu naik mendadak. Di Manjoi, pertambahan
pengundinya naik sehingga 36 peratus. Begitu juga Pasir Panjang, hampir 35 peratus pengundi baru bertambah- purata luar biasa bagi sebuah kawasan kampung.
Berbeza
pada 2008, di Manjoi, pertambahan pengundi hanya tujuh peratus begitu
juga di Pasir Panjang- yang dulunya merupakan kerusi PAS- hanya lapan
peratus. Purata biasa pertambahan pengundi baru bagi sesebuah
negeri ialah sebanyak 19.6 peratus. Justeru, pemerhati berpendapat,
dengan pertambahan pengundi baru yang begitu ketara sehingga menimbulkan persoalan menjadi punca dua kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti tipis.
Di
Changkat Jong pula, antara punca kekalahan PAS di kerusi yang mempunyai
62 peratus pengundi Melayu itu ialah dengan pertambahan pengundi baru
sebanyak 5,463.
Dengan jumlah majoriti undi yang meningkat
berbanding 2008, hampir separuh daripada jumlah undi pengundi baru itu
pergi kepada calon BN iaitu Mohd Azhar Jamaluddin
Selain
pertambahan pengundi, BN juga mengalami peningkatan jumlah majoriti undi
di kerusi yang mereka kekal menang iaitu di Kenering (dulu 2,798 kepada
8,216), Selama (355-619), Kubu Gajah (66-1,085), Batu Kurau
(2,439-3,834), Alor Pongsu (95-2,196), Trong (916-1,804), Chenderoh
(1,039-1567), Belanja (1,887-2,963), Bota (2,068-3,448), Kampong Gajah (1,416-6,100) dan Slim (3,526-3,853).
Dengan
peningkatan jumlah majoriti itu, pemerhati berpendapat, di kawasan yang
rata-ratanya bahagian utara Perak - majoriti Melayu ini, juga mempunyai
pertambahan pengundi dan menjadi salah satu faktor kejayaan BN mengekalkan kerusi-kerusi tersebut walaupun dengan majoriti tipis.

ORANG ORANG DINEGERI PERAK INI TIDAK BOLEH TANGGUH TANGGUH LAGI KENA MULAKAN REVOLUSI MACAM DI LIBYA.ORANG ORANG DINEGERI PERAK INI ORANG ORANG DARAH PEJUANG .JADI HARUS BANGKIT TANGKAP ANAK HINDU PARIA TU SERTA KUNCU KUNCU TANPA ADA SEBARANG PRAJUDIS .ESUK BANGKIT RAKYAT NEGERI PERAK
ReplyDeleteAte udah idok di pelaweee mne teman nk reti...
ReplyDeletedalam DUN Sg.Rapat ngape tak nak bisin pulak PAS dah menang lepas pengundi Cina masuk beribu-ribu,
ReplyDeleteCina dalam DUN Teja pulak berkurang, mike tau tak?
sape punye khroje tu? buat la petisyen...udah menang kome sengap pulak yop!!! miker punya kote mane?
lebih baik BN memrintah daripada DAP. PAS dan PKR hanya kuda tunggangan DAP.
ReplyDelete