SHAH ALAM 30 Jan. Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri
(DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan Parlimen selepas perayaan
Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata,
kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan
Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung perkara itu.
“Jika PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh
Meh, kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen,”
katanya dalam twitter.
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari
ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN serentak
dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana
mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang masih belum
selesai.
“Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum
bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal
untuk mendapat mandat baru demi kepentingan rakyat,” jelas Khalid.
Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang
bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat
pada Pilihan Raya Umum 2008.
Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan
sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi
dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.
Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.
Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan
meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk
membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.
Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk
merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing
yang diarah mengundi BN.
Masa yang sama mengenai air, Khalid berkata pihaknya juga akan bertindak selepas Tahun
Baru Cina dengan mengambil alih SYABAS, SPLASH, Puncak Niaga dan ABBAS.
Beliau berkata kerajaan negeri berpegang kepada kenyataan Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Putrajaya tidak ada
halangan untuk Selangor mengambil alih syarikat- syarikat itu.
Khalid bagaimanapun akur kerajaan negeri tidak dapat mengambil syarikat
konsesi jika tidak menerima persetujuan kerajaan pusat mengenai isu
pampasan yang ditawarkan kepada empat syarikat berkenaan.
“Saya sudah menulis surat kepada kerajaan untuk menyatakan saya membuat
tawaran (kepada syarikat konsesi). Jika berlaku perbezaan harga,
kerajaan persekutuan mestilah bersetuju supaya perkara ini dibawa ke
peringkat timbang tara, Kalau timbang tara bersetuju Selangor perlu
bayar lagi, kita bayar lah,” ujar beliau.
Adalah difahamkan Syabas dan Puncak Niaga menolak tawaran pampasan kerajaan negeri yang berjumlah RM11.5 bilion.
~Keadilandaily
Thursday, January 31, 2013
Wednesday, January 30, 2013
Nasha: Menangis pun tidak, ketawa pun tidak
“Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian – sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat.Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.
“PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak,” Prof Agus.
Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air.
"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat. PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini.
Pengguguran Nasharuddin diumumkan Setiausa Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 27 Januari lalu.
Ia dikatakan berpunca daripada kegagalan beliau mematuhi beberapa peraturan majlis syura - antaranya ialah kegagalannya menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu. Sebelum ini, Nasharuddin sendiri tidak hadir ke muktamar tahunan PAS yang lalu walaupun beliau pernah menyandang jawatan timbalan presiden PAS.
Mengulas lanjut, Agus menegaskan di luar lingkungan PAS, orang ramai melihat pengguguran Nasharuddin sebagai satu isu sampingan.
Justeru Agus meramalkan nasib politik Nasharuddin tidak akan mampu menimbulkan 'gelombang' rakyat - satu fenomena yang menurutnya hanya mampu dicetuskan personaliti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah.
"Pengundi kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu seperti keadilan sosial dan pentadbiran. Jikalau isu-isu sempit, ia tidak akan memberikan kesan melainkan ia melibatkan isu-isu sejagat," katanya.
Sebelum ini, Nasharuddin dilihat semakin intim dengan kepimpinan Umno terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Penggugurannya juga berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menemani Najib melawat Palestin.
Monday, January 28, 2013
Nasha: Berita lawak bodoh dari Utusan
Kat atas sekali (tajuk utama).. kununnya Nasharudin Mat Isa dipecat kerana sertai lawatan PM ke luar negara.
Kat para pertama bawah tu laporkan... Nasha dipecat oleh Majlis Syura Ulamak pada 13 Januari lalu.
Kat para ketiga laporkan... antara sebab Nasha dipecat kerana menyertai PM ke Gaza pada 22 Januari.
Macam niilah contohnya... 'pengadil layangkan kad merah kepada penjaga gol kerana penjaga gol itu menangkap bola di luar kawasan penalti. Kad merah dilayangkan di minit ke 13 dan pengadil tu tangkap bola luar kawasan penalti minit ke 22.'... Ehh, boleh percaya ke kalau ada berita laporkan macam ni...
Luu pikiag laa sendiri... ki ki kiii.
Sunday, January 27, 2013
Ribuan Rakyat Johor Banjiri Jalanraya sambut Anwar Ibrahim
Jelajah
Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jalan Sagu, Taman Daya, Johor
Baharu, malam tadi membuktikan yang Johor sudah tidak boleh lagi
dinobatkan sebagai negeri UMNO paling kuat gagah perkasa didalam dunia.
Wednesday, January 23, 2013
Tujuh dulang hantaran untuk Kelantan
Negeri Kelantan ibarat anak dara sunti yang cantik menawan, jelingan
matanya tajam bab pisau, lenggang lenggoknya bab bidadari istana,
sesiapa memandang pasti tergila-gila lebih-lebih lagi lelaki hidung
belang.
Kerana kecantikannya yang luar biasa maka ramai lelaki mahu masuk meminang, antaranya dari Putrajaya. Tanggal 19 Januari datang satu rombongan, ketua rombongan, masih ganteng orangnya meskipun usia 50an, mulutnya merah bab delima merkah, rambutnya putih bagaikan kapas dijemur, berkata kepada si gadis ayu: jika menerima pinanganku akan ku berikan padamu tujuh dulang hantaran yang mahal-mahal, ada lagi pemberian istimewa lain yang tak disebutkan sekarang. Antara tujuh jenis hantaran itu, sebuah masjid berkubah emas, jalan raya dengan aspal daripada emas hitam import dari luar negara, stadium bolasepak berbumbungkan perak dan lain-lain. Stadium bolasepak diulangsebut beberapa kali kerana lelaki itu tahu si gadis ayu merupakan peminat tegar bolasepak.
Bunyinya seperti hantaran yang akan dibawa Sultan Melaka ketika mahu meminang Tuan Puteri Gunung Ledang sepertimana diriwayatkan dalam hikayat Melayu klasik. Hanya sedikit berbeza ialah hantaran yang akan dipersembahkan Sultan Mahmud Shah adalah atas kemahuan Puteri Gunung Ledang, sementara hantaran lelaki dari Putrajaya, Najib Shah itu atas kehendaknya sendiri, belum tahu sang gadis menerima atau tidak.
Puteri Gunung Ledang bukan sembarangan manusia, leluhurnya dari kaum bangsawan yang terhormat. Kepintaran akalnya melebihi Sultan Melaka. Puteri Gunung Ledang tak mahu menjadi permaisuri sultan yang sudah tua renta itu, lalu dicarinya helah supaya sultan membatalkan hasrat memperisterikannya dengan cara yang berhemah. Hati sultan harus dijaga, jangan sampai terluka atau gila, maruah sultan harus dipelihara, jangan sampai malu. Lalu Puteri Gunung Ledang mengenakan syarat yang berat dengan harapan sultan tak sanggup menunaikannya.
“Baginda sultan perlu menyediakan tujuh dulang hantaran, antaranya; jambatan emas dari Kota Melaka ke Gunung Ledang, jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati hama, 7 tempayan air mata anak dara, 7 tempayan air pinang muda dan satu mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu putra Sultan Mahmud Shah yang masih kanak-kanak.
Demi cinta yang berkobar-kobar, sang sultan sanggup menunaikan sepertimana dipinta, kecuali semangkok darah Sultan Ahmad, sangat sukar baginya, mengenangkan itulah satu-satunya putra lelaki kesayangan baginda. Akhirnya hasrat mempersuntingkan Puteri Gunung Ledang hancur berkecai seperti kaca terhempas ke batu.
Begitu juga dengan Kelantan, sekiranya lelaki ganteng dari Putrajaya itu benar-benar tergila-gilakan Kelantan, tak perlu hantar tujuh dulang hantaran, memadai dengan hanya satu dulang, iaitu Umno mesti terima Islam sebagai wadah perjuangannya!.

Monday, January 14, 2013
Peserta #KL112 Dibayar Upah.. Ini Buktinya..
Friday, January 11, 2013
Presiden PAS: Fenomena Amanat dan Takfir
Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah
dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat
masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya
ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS,
dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi
nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira
menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan
penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran
Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain
kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal
pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan
untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah
kebelakang.
Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.

Wednesday, January 9, 2013
09 January 2013 Kalimah Allah - Pukulan Maut Dari Dr Asri Buat Umno
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu
kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak
menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu
jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian
yang lain (Para paderi, sami dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang
yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudia jika mereka
(Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada
mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang
Islam." (Ali-imran:64)
Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin melontarkan satu persoalan yang mencuit minda dan menggoncang jiwa untuk dirungkai secara realiti tetapi berhemah dan berilmiah.
PERLUKAH VERSI KHAS APABILA BUKAN ISLAM MENYANYIKAN LAGU-LAGU RASMI NEGERI-NEGERI INI?

Monday, January 7, 2013
Tarian separuh bogel di IPD Shah Alam dan jawapan KP Selangor
Rakyat terkejut! Ada tarian separuh bogel
semasa acara "Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan" Jabatan
Siasatan Jenayah IPPD Shah Alam 4 Januari 2013 lalu.
Ia bukan superimpose, ia bukan cerita rekaan untuk menjatuhkan imej PDRM. Tetapi ia adalah real, dan PDRM sendiri yang menjatuhkan maruah mereka! Hasil pengakuan daripada Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah terbuktilah acara tarian separuh bogel semasa acara "Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan JSJ IPPD Shah Alam" itu benar-benar berlaku.
BAGAIMANA PERKARA INI BOLEH TERLEPAS PANDANG?
SIAPA YANG MENJADI PENGATURCARA PROGRAM? Polis juga ke?
Kalau beginilah halnya, APAKAH MEREKA MASIH BOLEH DIHARAP UNTUK MENJAGA KEMASLAHATAN NEGERI SELANGOR INI DARIPADA JENAYAH SEDANGKAN MEREKA SENDIRI MENGALAKKAN KEMUNGKARAN DALAM KELAMBU MEREKA SENDIRI!
(KPN &) Tun Hisan, ANDA WAJIB BERTANGGUNGJAWAB! mereka yang terlibat termasuklah ketua JSJ IPD Selangor, penganjur program atau sesiapa sahaja WAJIB BERTANGGUNGJAWAB! - maklumat: RAMM / PemudaBatu.com

Mashitah: Tiada hukum jelas cium tangan bukan muhrim
SEBELUM ini kecoh di internet dan facebook serta twitter tentang penyebaran gambar, Ustazah Umno, Dr Mashitah Ibrahim sedang bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir.
Hari ini tersebar pula satu gambar yang dipetik dari salah sebuah artikel di Sinar Harian tentang soal jawab berhubung perkara itu yang ditulis oleh Dr Mashitah Ibrahim.
Dalam artikel di ruangan soal jawab "Anda musykil Dr Mashitah jawab" itu, beliau membincangkan tentang hukum bersalaman dan mencium tangan di antara lelaki dan wanita bukan mahram.
Antara isi penting yang dinyatakan ialah, Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram, tulis beliau.
Jadi apakah hukum beliau bersalam dan mencium tangan Pak Lah, lelaki yang bukan mahramnya? Adakah haram, harus, sunat, ataupun wajib? M-Suam

Thursday, January 3, 2013
Kes saman WWW1 Nizar: Tiada Usaha TV3 Sahkan Twitter Nizar!
Kuala Lumpur 2 Jan Menteri Besar Perak yang sah, Nizar
Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyambung kes
perbicaraan saman terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3)
berkaitan isu nombor plat kereta WWW1 berharga RM520 ribu milik Sultan
Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Nizar yang ditemani dua orang peguam iaitu Zamri Ibrahim dan Fitri Asmuni tiba kira-kira jam 10.10 pagi tadi dan menyambung keterangannya jam 2.30 petang tadi.
Ahli parlimen Bukit Gantang itu turut ditemani Pengerusi DAP negeri, Ngeh Koo Ham dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri.
Pengarang pengurusan kumpulan Media Prima Berhad, Mohd Ashraf Abdullah ketika ditanya peguam di mahkamah hari ini bersetuju bahawa TV3 tidak menjalankan apa-apa usaha untuk mengesahkan satu tulisan di Twitter oleh Nizar.
Ketika pemeriksaan balas, Ashraf, 45, juga bersetuju bahawa salah satu keperluan utama dalam kewartawanan adalah pengesahan.
Beliau merupakan saksi pertama responden dalam kes saman RM50 juta oleh Nizar ke atas stesen televisyen itu dan produsernya, Rohani Ngah.
Ashraf sebelum ini berkhidmat di The New Straits Times Press Berhad (NSTP) sebagai wartawan dan ketua biro Kuantan, selain sebagai koresponden London.
Beliau mempersetujui kenyataan peguam Nizar, Mohd Fikri bahawa berita berhubung Nizar dan Sultan Johor itu dikira berita "besar" kerana personaliti yang terlibat.
Nizar sebelum ini memberi keterangan bahawa berita Buletin Utama TV3 memfitnahnya dengan memutarbelit tulisannya di Twiiter bahawa bidaan Sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1 "menggunakan wang rakyat", sedangkan beliau tidak pernah berkata demikian dalam tulisannya.
Beliau juga menyatakan bahawa beliau berada di rumah pada 30 Mei, ketika berita itu disiarkan, dan tiada usaha daripada TV3 untuk menghubunginya. -jalanpulang
Sementara itu, Mohammad Nizar yang juga Mantan Menteri Besar Perak mendakwa, TV3 telah memutar belitkan kenyataannya di laman sosial tersebut yang langsung tidak menyebut Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1.
Jelas beliau, TV3 perlu menyemak tentang kesahihan berita tersebut sebelum disiarkan kepada umum.
Katanya, ianya mungkin bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai ahli politik, ahli parlimen dan ketua pembangkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Jelas beliau, penyiaran berita yang diputarbelitkan itu berniat jahat untuk memberi gambaran negatif terhadapnya berkaitan dengan istitusi Di Raja.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sebelum ini membuat keputusan untuk menyaman media tersebut sebanyak RM50 juta selepas memfitnah beliau mengatakan Nizar menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1 berharga RM520 ribu.
Perbicaraan tersebut berlangsung semalam di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur ditangguhkan dan akan bersambung Jumaat ini. _Harakahdaily

Subscribe to:
Posts (Atom)