Friday, April 20, 2012

PANAS: BERSIH 3.0 sudah bermula!


7 hari sebelum Perhimpuan Bersih yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini, makin ramai telah berkumpul sepanjang malam dengan perhatian banyak pihak. Ini susulan dari tindakan biadap sekumpulan samseng lebih 50 orang berpakaian hitam  yang mengganas merosakkan harta benda dan mencederakan peseta demo. Seorang mahasiswi demo tercedera yang berkemah secara aman bagi bantahan mansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Laporan akhbar menyata, 

1.       PAS telah mengarahkan sebilangan pasukan seragam Unit Amal bersama pelajar bagi tujuan menyediakan keselamatan peserta demo berkenaan.
2.       Dijangka lebih ramai Mahasiswa akan menyertai peserta demo sebagai tanda kesatuan solidariti.
3.       Polis juga akan menambahkan kekuatan anggota berikutan keganasan dan serangan samseng terhadap mahasiswa.
4.       Datuk Bandar Kuala Lumpur masih tidak perjelaskan kewajarannya ber tindak merampas kemah-kemah mahasiswa sebelum ini.

Sementara itu pada 19 April, seorang sukarelawan NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia Tan Hong Kai ditahan dan dibawa ke balai polis ketika memasang poster perhimpunan BERSIH di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau kemudiaannya dibawa oleh pengawal itu ke Balai Polis Sungai Nibong.

Bekas penuntut koleh itu dipercayai kes pertama melibatkan tangkapan kerana memasang poster BERSIH.

No comments:

Post a Comment