IPOH 23 April 2012 Pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng di hadapan Padang Desa Pakatan,Station 18 Ipoh , malam tadi terganggu dengan konsert pacak yang dipercayai di taja oleh ADUN Sungai Rapat Hamidah Osman. Konsert mereka kali cuma dipisahkan sebatang jalanraya yang mengundang kekecohan hadirin yang menggesa supaya perlahankan pembesar suara yang begitu kuat. Peralatan sistem bunyi canggih yang disewa khas dari syarikat dengan sebuah lori generator.
Tindakan pantas pasukan Unit Amal dan pihak polis dapat mententeram keadaan daripada pergaduhan. Ini merupakan kali ke-7 Hamidah yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia mengganggu program ceramah penerangan Pakatan Rakyat dengan bertindak memasang khemah-khemahnya di saat akhir sebelahan program PR di Parlimen Gopeng.
Konsert pacak yang dipercayai ditaja MCA dan UMNO Gopeng dilihat cuba mengalih hadirin dengan tarian ghairah, tarian naga, dentuman bunga api dan hidangan arak dan 4 ekor babi panggang namun hadirannya cuma sekitar 200 orang.
Sementara ceramah Pelancaran Bersih 3.0 Pakatan Rakyat dihadiri lebih dari 3000 orang mendengar ucapan dari wakil PAS Sungai Rapat Radhi Zainon, Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, Mantan Menteri Besar Perak Dato Seri Nizar dan ucaptama Pengerusi BERSIH 3.0 A.Samad Ismail.
Samad Ismail yang baru hari lahirnya ke-77 melahirkan rasa bimbang kepada negara jika tidak diBersihkan golongan pemeras kalangan penguasa yang jurang pemisah yang semakin luas. Tindakan beliau daripada hanya menulis kepada turun bersama rakyat bawahan kerana kebebasan suara media terutama akhbar dan TV disekat dari tuntutan kebebasan dan demokraisi tulen.
Tak larat le nak layan kamu..tak tau nak pikir lagi ke bila..LGBT pemimpinnya kamu sokong..ambiga kafir ajak berdemo kamu pegi tapi ustaz himpunan di stadium shah alam - ttg islam kamu tak bagi penyokong pegi (hassan ali)..langkah mayat aku dulu kalu nak tegakkan agama islam - karpal singh..sesungguhnya kamu tak sedar akibatnya lagi teruk pada anak cucu nanti..huhuhu sedih tengok kamu semua macam keldai.
ReplyDeleteAnonymous ni mabuk minum arak dah makan babi Hamidah malam kelmarin?
ReplyDelete