GOPENG 11 April: Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di DUN Sungai Rapat semalam sedikit 'panas' dengan gangguan oleh BN yang didalangi oleh Dato' Hamidah Osman iaitu Adun di kawasan itu. Kekacauan yang dibuat ini bukan kali pertama, tetapi ini sudah menjadi rutin BN untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
Ceramah malam tadi menampilkan Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub; Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Teja' Chang Lih Kang dan Calon Pakatan Rakyat DUN Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon.
Umno pula telah 'mengupah' Ulama Muda Umno, Fathul Bari dengan tajuk 'Bersatu menolak kesesatan Syiah' untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Hampir 2 jam beliau berucap.
Suasana 2 ceramah dalam satu padang sangat riuh, namun ia menampakkan ketidakmatangan Umno yang menggambarkan mereka semakin terdesak dalam menghadapi PRU13 nanti. Hamidah tanpa segan silu naik ceramah beberapa kali seolah-olah kanak-kanak sekolah.
Petugas kita cuba untuk merakam dan menangkap gambar program mereka tetapi tidak kesampaian. Dia dihalau dan nyaris tidak ditumbuk.
Hamidah ni sebenor ny ada penyakit gila meroyan.Meroyan ny dh men jadi2 sejak kebelakangan ni.Nk tengok lg teruk tunggu lepas PRU13 nanti.Apa nk jadi dgn bini Ngah ni?
ReplyDelete