Sunday, August 14, 2011

Natijah di sebalik isu murtad

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung". Ali Imran ayat 104:

Ulama-ulama tersohor zaman dahulu menyatakan bahawa dakwah yang paling berkesan adalah melalui kebajikan. Di zaman Rasulullah S.A.W, ramai yang tertarik dengan Islam kerana peribadi atau akhlak Rasulullah itu sendiri. Jelas, bahawa akhlak dan kebajikan adalah dua perkara paling utama dalam berdakwah. Kristian, bolehlah dianggap sebagai agama yang paling dekat dengan Islam dari segi sejarahnya. Semua Nabi-nabi yang diiktiraf oleh Islam juga diiktiraf oleh Kristian kecuali Rasulullah S.A.W. Dan nampaknya, ajaran Islam mengenai kebajikan dan akhlak dalam berdakwah telah dikekalkan dalam ajaran Kristian, dan lebih dari itu mereka mengamalkannya. Malang sekali, Ulama Islam pula memilih untuk mengabaikan kedua-dua perkara ini.

Suka atau tidak kita tidak boleh menafikan bahawa mendiang Mother Theresa adalah lambang manusia mulia zaman ini beragama Kristian yang mengabdikan diri untuk berbuat kebajikan. Selain Mother Theresa, sesiapa saja yang rajin menonton National Geographic atau Discovery Channel pasti pernah melihat bagaimana mubaligh Kristian mengharungi belantara Amazon, Afrika dan serata dunia di mana seruan agama belum benar-benar sampai, semata-mata untuk berbuat kebajikan.  Mereka membuka sekolah dan klinik untuk membantu masyarakat primitif mengenali tamadun dan kemudiannya, Kristian.

Ramai di antara mereka yang rela berkorban nyawa demi masyarakat tersebut.

Selain itu, mubaligh Kristian juga ramai yang menjadi sukaralewan di negara-negara yang menghadapi peperangan. Mereka melindungi anak-anak  yatim mangsa perang di dalam gereja yang mereka bina di sana. Mereka mengabdikan diri kepada masyarakat setempat, meninggalkan keselesaan dunia sehingga mendapat penghormatan sebagai orang yang berilmu dan pelindung, kalaupun tidak penyelamat.



Hari ini, kita marah dengan mereka kerana berbuat kebajikan kepada saudara Islam kita. Hari ini, kita marah dengan saudara Islam kita kerana terlalu lemahnya akidah sehingga begitu mudah dipesongkan oleh mereka hanya kerana wang.

Benar, mereka salah kerana telah memperdayakan saudara-saudara Islam kita dan benar juga saudara-saudara Islam kita bersalah kerana begitu mudah terpedaya. Kita marah bila ada yang menyalahkan pentadbiran zakat. Kita marah bila ada yang menyalahkan pentadbiran Baitulmal.

Pendek kata kita marahkan segala-galanya kecuali diri kita sendiri. Kita tidak pula bertanya kenapa akidah mereka itu begitu lemah?

Seluruh masyarakat Islam sebenarnya bersalah kerana terlalu obses dengan luaran sehingga tiada lagi yang menumpukan kepada dalaman. Bagi kita, semuanya adalah berkenaan penampilan bukan penghayatan Islam.

Mengenal Allah membina akhlak
Menegakkan Islam harus bermula dari akarnya iaitu dari mengenal Allah sebelum kita beralih kepada perkara-perkara yang lebih tinggi seperti hukum hakam. Tetapi, ramai Ulama kita yang memperkenalkan hukum hakam dan dosa pahala terlebih dahulu kepada anak-anak kecil dan bukannya kepada Allah dan sifat-sifat Allah.

Kerana itu, ramai anak-anak Islam kita yang berpakaian Islam tetapi berpeluk-peluk lelaki perempuan di tengah jalan. Rata-ratanya, anak-anak perempuan Islam hari ini segan jika tidak memakai tudung kerana takut dimarahi guru dan ibubapa, tetapi tidak segan mempunyai akhlak buruk – bercakap kasar, tidak tahu menghormati orang tua, tidak tahu berkata terima kasih, tidak tahu meminta maaf malah lokek dengan senyuman.

Sedar atau tidak, masyarakat telah mengajar mereka bahawa penampilan lebih penting dari penghayatan lalu akibatnya ialah pengabaian terhadap akhlak. Akhlak telah disalahtafsir sebagai pakaian (tudung) semata-mata.

Semua ini mengundang pandangan sinis dari bukan Islam terhadap Islam menyebabkan mereka tidak tertarik langsung kepada agama kita. Oleh itu, apabila ada mubaligh Kristian yang lemah lembut bicaranya, sopan santun sifatnya mendekati mereka, maka mereka bagai dibawa ke dunia baru.

Apakah kita asyik menceritakan soal halal haram dan hukum hakam, mencari kesalahan pihak lain tidak mematuhi peraturan islam tanpa kita sedari ramai orang Islam yang masih tidak mengenali Allah.


Mendekati Allah benteng Aqidah
Dari mengenal Allah maka mudahlah kita mendampingi segala peraturan dan syariah islam. Islam ugama yang sempurna dan lengkap bagi menyelesaikan masalah dan kepincangan umat. Di sini tidaklah menganggap ajaran Kristian lebih hebat dan yang nampak kelemahan umat islam. Renungkan nilai masyarakat apakah amalan dan perbuatan kita boleh mengudang jauh dari Allah. 

Budaya dan nilai bagaimanakah yang dianjur dan dijamu saban hari di media massa dan media eletronik mengisi masa anak-anak muda ke arah membesar keesaan Allah.

2 comments:

  1. Salam..
    Mereka yg diberi tanggungjawab oleh Allah dlm melaksanakan perintah dan Amanah Allah s.w.t dlm perkara2 kebajikan Umat seharusnyalah adalah mereka yg terbaik pekertinya dlm soal amanah..
    Dunia sekular yg lbh mementingkan kelulusan sebagai cerminan kelayakan sebenarnya kini telah memberi kesan..
    Pencapaian tinggi dlm matapelajaran itu yg dipandang sekaligus membenarkan keahliannya dlm perkara2 amanah..
    Mana kayu ukur yg kita gunapakai sebenarnya?
    Masalahnya umat awam juga diajar menilai dgn kaedah ini..
    Manakah Haq2 Allah diletakkan?
    Inilah yg terjadi apabila amanah diletakkan kpd yg bukan ahli..
    Apakah wajar sesuatu perkara kebajikan diberi tempoh tarikh tutup dan pelbagai karenah Birokrasi tanpa memikirkan tahap mobilisasi dan akses maklumat golongan2 miskin?
    Kita dgn bodoh dan sombong bertuhankan tatacara sekular dlm mentadbir agama..Inilah padahnya..
    Apakah entiti yg menjaga kebajikan umat perlu kpd karenah2 birokrasi tanpa ada memberi tangguh kpd kegagalan golongan miskin menghadir kan diri mengikut waktu yg ditetapkan utk mengadu kesusahan mereka?
    Khalifah Umar Al-Khatab r.a berjalan diwaktu malam utk melihat kesusahan rakyat dan memikul gandum dan tepung tanpa mahu dibantu krn merasakan beban amanah menjaga Umat dan takut dipersoalkan oleh Allah s.w.t kelak..
    Penguasa agama kini dgn tiada rasa bersalah berimankan waktu pejabat sebagai waktu amanah utk mengerjakan amanah Allah s.w.t..
    Sudahlah begitu,tiada budi bicara dlm soal tarikh sedangkan simiskin merayu haq mereka diberi..Apakah Allah dan Rasulnya menerima penyaksian yg berimankan tarikh tutup dan waktu pejabat ini?
    Dahulu penguasa yg keluar mencari org2 miskin krn takut disoal oleh Allah kelak ttp kini simiskin yg punya kemampuan terhad pula disuruh mencari dan mengadap penguasa..
    Memang benar bahawa kebanyakan penghuni Syurga terdiri dari golongan2 yg fakir dan lusuh penampilannya ketika didunia..
    Manakala yg bergaya dgn PHD dan kereta besarnya didunia dahulu ditahan dikastam Akhirat utk menyelesaikan soal jawab pekerjaan mereka didunia berpuluh-puluh tahun lamanya
    Inilah racun sekular menjadikan manusia tidak sedar mereka menjadi Yahudi dan Nasara dlm keadaan mereka merasakan diri mereka menyembah Allah s.w.t..
    Hebat sungguh permainan Dajjal krn penguasa agama yg tinggi kelulusan sekalipun diperdayakannya..
    Puncanya ialah kepincangan dlm perkara2 dasar,entiti agama berjalan dlm bentuk jabatan,bidang kuasa dan bilangan ahlinya mereka dihadkan,seolah kta spt negara kurang penduduk latar Geografinya,sedangkan sumber zakat dan Baitul Mal lbh byk dari mencukupi..
    Sy tidak menyalahkan penguasa semata-mata,ttp sy menyalahkan sistem yg kita guna sehingga kini x sedar seinci demi seinci kita menjadi Yahudi terhadap agama sendiri..
    Agama diimplimen spt budaya,itu sebabnya keimana itu menipis krn tiadanya penghayatan dari segi Tauhid..
    Al-Quran bukan dinilai dari kelunakan bacaannya,ttp implimentasi akan Kalam2 Allah itu dlm kehidupan kita..
    Mungkin kita melihat agama dgn kanta yg salah..
    Sbb itu Allah tunjukkan kpd kita akan padah kesilapan kita itu..
    Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Anonymous. Satu kupasan yg baik

    ReplyDelete