Tuesday, June 19, 2012

WWW1: 4 Lokasi Nizar dihendap polis Johor

IPOH 18 Jun 2012 – Tiga pejabat operasi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masing-masing di Pejabat PAS Negeri Perak di Medan istana,Ipoh, Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang, Manjung digeledah polis Johor, semalam.  Manakala kediaman Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di Sungai Rokam di sini, beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya di Sungai Rokam, namun tiada serbuan dijalankan kerana Mohammad Nizar masih berada di Parlimen semalam.

Jurucakap PAS Perak, Safarizal Saleh ketika dihubungi berkata, sepasukan polis berkenaan hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.

Bagaimanapun menurutnya, kehadiran pasukan itu yang menjalankan operasi secara serentak di empat kawasan berkenaan agak mengejutkan kerana tiada makluman awal dibuat.

Pejabat Pas Negeri di Medan Istana antara yang digeledah.“Sepanjang penyiasatan itu berlangsung, kita memberikan kerjasama yang baik, malah beberapa peguam kita turut serta dalam operasi berkenaan. Saya dimaklumkan, operasi mengambil masa antara 30 hingga 45 minit, namun tidak dapat dipastikan sama ada bahan bukti yang dicari dijumpai atau tidak,” katanya yang memaklumkan, tiada sebarang soal siasat dijalankan membabitkan kakitangan di tiga pejabat operasi berkenaan.

Safarizal berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penyiasatan yang dilakukan, semalam berkaitan dengan isu mesej Twitter Mohammad Nizar berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

“Meskipun didatangi secara mengejut, kita sudah berikan kerjasama, harap apa yang mereka lakukan hari ini (semalam) bukan bertujuan untuk memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Sementara itu, di Johor, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff sewaktu dihubungi enggan mengulas berhubung perkara tersebut. Ketika serbuan dijalankan semalam, Mohammad Nizar masih berada di Parlimen.


3 comments:

  1. DS Nizar jgn takut, kami bersama saudara.

    ReplyDelete
  2. Biasala tu yob...bertindak mengikut S.O.P. !!!
    Sikit jam lagi polis akan serbu pejabat KOSMO pulak......bertindak mengikut S.O.P. lah katakan......uuuuwwwweeeeekKKKK!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Yang disembah menjadi ego,yang menyembah jadi inferiorty complex.Ini lah iblis moden yang di cerita dalam Alquran.Inilah kesan dari menyembah sesama manusia.

    ReplyDelete