Sunday, December 6, 2009

Nik Aziz: Umno kini berada dalam keadaan hampir lemas

TAMAN MELEWAR, 6 Dis 2009: Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All' sebagai kesinambungan menyatakan sokongan bersama rakyat Kelantan yang ditunjukkan kepada Nik Aziz di Kota Bahru Jumaat lalu. Program anjuran Pas Kawasan Batu dipengerusikan Tarmizi Mohd Jam yang juga naib yang dipertua PAS Batu mendapat sambutan sehingga Dewan Ustaz Fadhil Noor, Markas PAS Taman Melewar itu penuh sesak dibanjiri ahli dan penyokong PAS. Mereka datang untuk menyokong Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus memimpin Kelantan.

Turut dihadiri beberapa pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat antaranya, AJK PAS pusat, Hanipa Maidin, Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Pengerusi Kelab Penyokong PAS India, Balasubramaniam serta bekas pemimpin PAS Hassan Shukri dan Subky Latif.

Nik Aziz dilihat tersenyum gembira dan kemudiannya kelihatan bersemangat untuk menyampaikan ceramahnya.

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan Umno kini berada dalam keadaan "lemas" dalam usaha mereka untuk merampas semula Kelantan dari PAS dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain. Biarpun menyedari mereka berada dalam keadaan begitu, Umno masih "meraung-raung" dengan pelbagai cara bagi mencapai cita-cita mereka mengambil semula negeri itu.

"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."
"Oleh kerana mereka dalam keadaan lemas, mereka meraung-raung bermacam-macam, termasuk tuduhan yang dilemparkan kepada saya.”

"Dia (Umno) tengok saya berserban, tidak pandai memerintah negeri dan saya pakai jubah dikata tak tahu apa-apa. Jadi tuduhan itu macam-macam.”

“Dia sedar bahawa dia sedang lemas. Tengoklah MCA (sekarang) kacau bilau sedangkan MCA jadi tongkat (BN) sebelah kanan. MIC, jadi tongkat kiri, kini jadi kacau bilau. Oleh kerana tak tahu nak buat apa, mereka lempar tuduhan kepada saya," kata Nik Aziz.
Begitu juga dengan situasi dalam politik parti itu, antaranya Umno Terengganu berpecah kepada dua kumpulan dan krisis di Perak yang berlarutan sehingga berlakunya usaha perebutan merampas kerusi speaker DUN.
Mengulas mengenai situasi politik terkini yang hadapinya termasuk demonstrasi yang dianjurkan oleh Umno minggu lalu yang mendesak beliau melepaskan jawatan berhubung isu doanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Nik Aziz mengumpamakan Umno sebagai seorang 'datuk yang cuba memujuk cucunya yang tidak mahu berhenti menangis setiap pagi'. "Oleh kerana mahu cucunya senyap (dan) tidak menangis, dia kata, burung, burung, Nik Aziz, Nik Aziz," katanya yang membuatkan kira-kira 1,000 hadirin ketawa dan memberi tepukan .
Mengulas isu doanya supaya Allah membetulkan pandangan Najib yang juga presiden Umno berhubung isu royalti minyak kepada Kelantan, Nik Aziz berkata, adalah untuk menjadi tugas orang yang dizalimi berdoa kepada Allah agar mendapat haknya kembali.
"Buat apa perkara yang jahat atas muka dunia, musnahkan. Lepas tu marah. Habis nak cakap macam mana lagi, nak tolong orang jahat. Ya Allah tolong lah orang jahat, mana boleh.
"Beliau (Najib) nak beri (royalti) beri. Kalau tak beri, beliau berdepan dengan kemusnahan," katanya. "Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya

Kuasa Speaker
Menurut Nik Aziz, Umno juga berada dalam keadaan terdesak apabila mereka membuat rayuan menangguh pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong.
"Kota Siputeh itu kawasan dia. (Ia) telah dikosongkan oleh speaker dan mahkamah bersetuju (bahawa) speaker ada kuasa penuh (untuk isytihar kerusi itu kosong).
"Speaker itu umpama pengadil dalam perlawanan bola sepak. Kalau (keputusan) pengadil boleh dibantah lagi, tak main bola lah, kita panggil berlaga betih lah," kata Nik Aziz yang mencuit hati para hadirin.
"Keputusan speaker kita nak tolak macam mana, dia raja. Dalam DUN dan parlimen, speaker adalah raja. Dalam padang bola pengadil jadi raja. Begitu logiknya," tambahnya.

Program BTN

Menurut pesuruhjaya PAS Kelantan itu, Umno juga kini berada dalam keadaan 'lemas' apabila terdapat pendedahan yang mendakwa program anjuran Biro Tatanegara (BTN) mempunyai unsur perkauman.
Setakat ini, kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang mengarahkan pegawai dan kakitangannya supaya tidak menghadiri kursus anjuran biro tersebut.
"Kerja dia bertahun-tahun, hilang sekelip mata kerana rahsia BTN ini bukan untuk menyelamatkan negara tapi nak kata orang Melayu (untuk orang) Melayu dan orang Cina (untuk orang) Cina," katanya.



3 comments:

  1. Yang lemas bukan Umno atau Pas tetapi orang melayu dan agama islam. Di Pulau Pinang ada Patung besar yg berharga RM 40 juta. Ini akan megurangkan lagi identiti Malaysia adalah negera Islam.Pas bersubahat dengan Dap. Adakah Pas gembira dengannya?

    ReplyDelete
  2. Pas megah dan riak bersama Dap sosialis komunis.....dan Pkr freemason...Pas apa ada? teluq kecut ada lah..porah...kuat konon.

    ReplyDelete
  3. kalau rasa Pas tak kuat... bubar Perak . Kita sama2 tengok. Ada bran?

    ReplyDelete