Thursday, December 24, 2009

Isu AJK Masjid: Raja Nazrin arah guna senarai asal

Usaha UMno dengan tindakan ADUN Slim, Dato' Khusairi Abd Talib campurtangan dalam pengurusan pentadbiran agama dengan meminta agar senarai itu disusun semula ternyata gagal. UMno yang dilihat terdesak untuk menguasai masjid terpaksa akur dengan kehendak kariah melantik jawatankuasa masjid yang bersesuaian dan berkelayakan setelah campurtangan Tuanku Nazrin. Usaha UMno menggunakan kuasa politik melalui kuasa politik untuk menyusun semula senarai terbaru itu akhirnya tidak diperkenankan Tuanku.

IPOH 22 Dis 2009 Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan berkata beliau telah menerima arahan dari Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya membuat pelantikan jawatankuasa masjid dalam mukim Slim berdasarkan senarai asal yang dipersetujui sebelum ini.

Raja Dr Nazrin juga merupakan yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIAIMP). Berikutan itu, Yeop Junior berkata, beliau telah mengarahkan pegawai tadbir agama (PTA) daerah berkenaan supaya mengeluarkan surat pelantikan secepat mungkin.

Katanya, beliau berharap majlis penyerahan watikah pelantikan tersebut dapat disempurnakan sebelum akhir tahun ini. Menurutnya, senarai yang dipersetujui itu adalah bertarikh 2 Ogos 2009.

"Senarai yang dipinda itu tidak diterima," katanya ketika dihubungi Malaysiakini mengenai perkembangan terkini isu berkenaan.

Sebelum ini, majlis penyerahan watikah pelantikan itu ditangguhkan ekoran timbulnya dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS.

Perkara itu dibangkitkan oleh ADUN Slim Datuk Khusairi Abdul Talib minggu lalu yang mendakwa perbuatan itu 'tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Dr Nazrin'.

Beliau mendakwa antara masjid dalam mukim Slim yang dikesan terlibat adalah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau, manakala dalam mukim Hulu Bernam pula, ia melibatkan Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen.

Kelmarin, kenyataan JAIPk dalam laman web rasminya menjelaskan pelantikan ahli jawatankuasa masjid dibuat berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 dan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998.

Menurut kaedah tersebut, pegawai tadbir agama dan penghulu - setelah berunding dengan Orang Besar Jajahan - akan mencadangkan kepada MAIAIMP melalui pengerusi jawatankuasa agama Islam, nama ahli jawatankuasa kariah masjid.

Selain itu, Jabatan Agama Islam Perak juga turut menerima cadangan senarai nama daripada ahli jawatankuasa sedia ada, individu dan organisasi tertentu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan tersebut, ada nama yang digugurkan, antaranya kerana terdapat calon yang meninggal dunia, tinggal di luar kariah dan beberapa nama yang dikenali tidak bermoral tinggi di kalangan masyarakat.

"Oleh kerana tidak ada satu senaraipun yang menepati kehendak Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998, maka prosedur asal terpaksa digunakan bagi mengemukakan senarai nama kepada MAIAIMP.

Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa pindaan yang dikatakan dilakukan oleh PTA daerah adalah dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang dan dilakukan sebelum ianya dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan Persidangan MAIAIMP.

"Tidak berlaku langsung apa yang didakwa sebagai pertukaran dibuat setelah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perak, sebagai Yang Dipertua Majlis memandangkan tidak ada pihak yang mengetahui senarai yang dikemukakan kepada MAIAIMP," kata kenyataan itu lagi.



2 comments:

  1. he he he padan muko amno... udah ler jarang ke masjid gilo pulak jawatan masjid. ingat-ingat ler ALLAH. Jangan PHD ( Perasaan Hasad Dengki) dengan orang yang bersungguh-sungguh mengimarahkan masjid. Mungkin amno TAKUT bila pengajian banyak berlaku di masjid-masjid orang akan faham ISLAM bila orang faham Islam orang akan sokong Parti Islam ( PAS )

    ReplyDelete
  2. Umno ni ingat cukuplah Masjid besor besor dan cantik-cantik dah cukup hebat Islamnya. Tetapi tak peduli berjemaahnya tak penuh satu saf itupun yang tua-tua dan dah yang pencen.

    ReplyDelete