
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka bacalah Al-Quran"
Riwayat dari Uthman ibn Affan r.a. berkata :Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu mengajarnya."
Al-Hakim mengikhraj dari Ibnu Mas'ud:"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah s.w.t. (Al-Quran) maka baginya pahala satu HASANAH (satu kebajikan) dan satu HASANAH itu berganda sepuluh. Tidak aku katakan ALIF-LAAAM-MIIIN adalah satu huruf, melainkan ALIF satu huruf, LAAAM satu huruf dan MIIIN satu huruf."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. (AL-QURAN), sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."
Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:
"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat." -bp
Yang hendak didengar esok tu bukan apa , pengumuman ketibaan YAB Menteri Besar Perak Dato'........... ke majlis perasmian Tilawah.Itu yg perlu rakyat tahu bahawa MB Perak bernama.........hadir dimajlis itu.Itu je....
ReplyDelete