
Lapangan Terbang Ipoh bagaikan sunyi-sepi semenjak 3 tahun lalu apabila MAS dan kemudian AirAsia menamatkan operasi dengan alasan landasan terbang pendik dan projek pembinaan sekitarnya. Peralihan pendaratan penumpang dari Lapangan terbang Subang ke KLIA juga faktor kekurangan penumpang kerana masa yang singkat menggunakan Lebuhraya dari Ipoh ke Kuala Lumpur. KartikaAir menamatkan juga laluan ke Medan Indonesia dengan alasan yang sama.

Menteri Pengangkutan Dato’ Seri Ong Tee Keat semasa mengulas berkata Lapangan terbang Ipoh perlu dipindahkan ke Tronoh kerana kedudukan yang sediada terhad dan tidak sesuai lagi. Maka apakah alasan yang sama jika FireFly menamatkan operasi selepas ini dan Ipoh akan terus ketinggalan dengan arus pembangunan dan kemajuan.
Carta di atas diperolehi dari Malaysia Airport Berhad (MAB) menyatakan fakta sebenar penerbangan pesawat ke Ipoh.
No comments:
Post a Comment