IPOH 12 Julai 09 Penerbangan Firefly telah mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh jam 4.10 petang tadi dan berlepas untuk penerbangan penumpang pertamanya dari Ipoh ke Singapura. Pesawat ATR70-500, 2 enjin dengan 72 tempat duduk mengambil masa 80 minit ke Singapura beroperasi 4 kali seminggu setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Tiket promosi dijual RM88 boleh diperolehi sehingga akhir Julai ini.
Sementara itu RiauAir telah bersetuju menyambung kembali penerbangan Ipoh ke Medan dan Padang, Indonesia 3 kali seminggu yang akan bermula 28 Ogos ini. Alasan Bandaraya Ipoh tiada dalam destinasi penerbangan Malaysia telah menangguhkan operasi sebelum ini.
Bandaraya Ipoh setahun yang lalu sunyi dari kapal terbang penumpang, kali ini perlu memikirkan lapangan terbang lebih sesuai untuk penerbangan antarabangsa. Keperluan ini akan semakin mendesak dengan pertambahan kenderaan di lebuhraya dan pertambahan penduduk di Ipoh. Semoga Ipoh dan negeri Perak amnya akan lebih maju setanding dengan bandaraya di Malaysia ini. -bp
No comments:
Post a Comment