Friday, June 19, 2009

Kenyataan Ketua Penerangan PAS berhubung situasi kini

18 Jun 09 SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.
Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok. Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.
Ustaz Idris - Ketua Penerangan PAS Pusat
Harakah daily

3 comments:

  1. PAS anjur retread? Kenapa?
    Sekarang sudah sah dan nyata PAS sedang berebut kuasa.

    Satu kumpulan menuju arah kanan, satu kumpulan kearah kiri.

    Kumpulan kanan ini terdiri dari pemimpin2 yang telah sedar betapa pentingnya perpaduan politik melayu/Islam.

    Kumpulan kiri pula cuma mementingkan kuasa sehingga sanggup bersengkokol dengan DAP dan PKR.

    Melayu/Islam akan hancur jika terus berpecah dalam politik.

    ReplyDelete
  2. udah2la wak,xdenye bersatu melayu klu pas duk dlm umno yg tolak hukum2 Islam tue,klu wak nk melayu bersatu jom sama2 kita bersatu dibwh Islam yg secara menyeluruh bersatulah melayu kt malaysia nie,klu umno masih dgn berfikiran sekular,perkauman jgn hrp la melayu nk bersatu,ada paham wak labu,aku yg muda nie blh reti,xkan wak dah tua2 buta hati n mata lg?adios.

    ReplyDelete
  3. Itulah hebatnya DSAI yang menerajui PR. Segala masalah yang timbul dengan segera dapat diselesaikan oleh nya. Sekarang sudah nampak jelas bahawa DSAI dan LKS boleh diharaf memerintah negara.

    Pada mula nya PAS dibawah pimpinan Tn Guru Hj Hadi tertarik dengan kerajaan perpaduan. Tentangan hebat dari Tn Guru Hj Nik Aziz telah membawa krisis ini kemeja pengadilan.

    Dari mula lagi nala sudah agak bahawa kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh BN tidak sesuai bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

    Sebenarnya tujuan ianya diujudkan cuma untuk menyatu padukan melayu/Islam yang sudah berpecah belah. Tetapi sebaliknya ianya akan mengancam keharmonian kaum lain.

    Nala sangat gembira kerana PAS yang pada mulanya mahukan kerajaan perpaduan akhirnya bersetuju menolaknya. Mungkin PAS sudah sedar bahawa kerajaan Perpaduan tidak membela semua kaum seperti PR.

    Sejak tertubuhnya PR, sudah nampak nyata kaum cina dan india sudah lebih menonjol kehadapan dalam politik Malaysia. Kalau dulu kaum ini terkongkong di bawah BN, sekarang sudah bebas dan ada lebih berkuasa dan bersuara.

    Kami sangat berhutang budi kepada melayu dalam PAS dan PKR yang telah membantu memberi lebih kekuatan kepada kami.

    Sekarang kaum india dan cina sudah ada lebih kuasa dalam politik di Malaysia kerana pertolongan kaum melayu dalam PAS dan PKR. Jika PR sudah dapat berkuasa penuh memerintah negara, Jasa2 melayu dalam PAS dan PKR ini akan terus dikenang.

    ReplyDelete