Sunday, February 22, 2009

Nizar keluar dari kediaman rasmi MB Perak secara terhormat

Ipoh Ahad 22 feb 2009 Perpindahan keluar Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Nizar dari rumah kediaman rasmi hari ini mendapat sambutan dari wartawan-wartawan media tempatan dan penulis-penulis weblog Pakatan Rakyat. Nizar kelihatan bersemangat dan puas dengan perjuangan yang tidak bermakna berakhir apabila keluar dari kediamannya. Ia bermaksud hijrah dan dalam masa yang terdekat akan kembali nanti dengan semangat lebih jitu dan mantap.


Nizar menegaskan beliau meninggalkan sesuatu detik kenangan kerana ditempat ini menjadi tempat pertemuan perpaduan rakyat Negeri Perak dari pelbagai kaum dan ugama. Mereka telah menunjukan keakraban dan pemuafakatan kerana perjuangan yang berteraskan Islam memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua. Di tempat ini juga sebagai pertemuan ukhwah umat Islam dengan program-program ugama yang diadakan.


Dengan detik peristiwa yang berlalu itu merupakan kerahmatan Allah kerana dari pengalaman itu mendedahkan kepada sistem aturan hidup Islam yang dapat diterima masyarakat sejagat. Inilah usaha mendekatkan masyarakat kepada Islam tidak seperti UMNO yang berusaha menjauh dan menakutkan orang bukan Islam kepada Islam.

“Tuntutan dan bantahan yang dibuat melalui saluran perundangan adalah manifistasi dari rasa kecewa dan sedih seluruh rakyat terhadap amanah yang telah dikianati. Dengan izin Allah dalam masa yang terdekat ini rakyat negeri Perak akan bangkit dan menolak kerajaan yang merampas kuasa ini.” ujar Nizar dan disambut dengan laungan takbir mereka yang hadir.

Ini adalah lakaran sejarah krisis perlembagaan yang perlu dihebahkan kepada generasi baru dan kepada semua orang tanpa kira kefahaman. Kita tidak membuat angkara, penentangan provokasi dan huru-hara malah rela mengundur demi menghormati peraturan dan undang-undang. Itulah prinsip dan peradaban orang yang jiwa besar orang yang berjuang.

Adalah difahamkan Nizar telah menerima surat arahan keluar dari rumah rasmi MB selewatnya 27 feb 2009 dari Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Jam 12.00 tengahari Ir Nizar keluar bersama keluarga dengan 2 kereta dan 1 lori kecil membawa barangan peribadi tanpa kelihatan perabot. Perbarisan Unit Amal dan orang ramai mengiring beliau ke pintu pagar utama menuju ke rumah baru yang disewa terletak di Sungai Rokam, Ipoh tidak jauh dari situ

No comments:

Post a Comment