Monday, December 8, 2014

Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak ke-35 dijadualkan 06 Mei 2015

Setiausaha Dewan Negara Perak Dato' Ayop Hashim dalam kenyataannya kepada Bernama semalam memaklumkan bahawa Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 dijadualkan berlangsung pada 06 Mei 2015 mengikut adat istiadat Diraja Negeri Perak Darul Ridzuan. Istiadat ini akan berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak. Tambah beliau lagi keputusan ini telah dibuat dengan nasihat Dewan Negara Perak yang bersidang pada 22 November 2014 serta atas perkenan Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Istiadat Pertabalan setiap Sultan Perak mempunyai kesinambungan dengan tradisi pertabalan Sultan Perak  pertama Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah yang diwarisi daripada adat resam pertabalan Sultan-Sultan Melaka pada kurun ke-15.  Istiadat Pertabalan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Istiadat Tabal Adat dan Istiadat Tabal Pusaka.

Istiadat Tabal Adat akan berlangsung di Istana lskandariah pada pagi 06 Mei 2015 diikuti Istiadat Tabal Pusaka pada malam 07 Mei 2015.  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim mengikut istiadat akan berangkat menziarahi makam-makam Sultan Perak terdahulu dan Orang Besar Perak yang terletak ditebing Sungai Perak dengan menaiki kenderaan laut yang dikenali sebagai Balai Gambang bernama Chempaka Sari.

Istiadat pertabalan akan diakhiri dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke Beting Beras Basah untuk membasahkan kaki baginda di Beting berkenaan yang merupakan tempat Sultan Perak pertama, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549) menjejakkan kaki baginda buat pertama kalinya di bumi Perak apabila bahtera baginda terkandas dibeting berkenaan semasa memasuki muara Sungai Perak.

Istiadat pertabalan ini akan dihadiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Raja Pemerintah, Raja Muda dan Tengku Mahkota, Yang Dipertua Negeri,  jemaah menteri, perwakilan asing serta tetamu dari dalam dan luar negara.

Pelbagai acara berbentuk keagamaan dan acara yang akan melibatkan baginda Sultan dan pelbagai lapisan rakyat akan dijadualkan sepanjang tempoh sambutan Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35.

Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 pada 29 May 2014 di Balairong Seri Istana Iskandariah berikutan kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah pada 28 May 2014 bersamaan 28 Rejab 1435H di Institut Jantung Negara dalam usia 86 tahun. Perlantikan dan Pengisytiharan baginda sebagai Sultan Perak yang baru adalah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Fasal VI (I) dan (2).

Saturday, June 21, 2014

Sultan Perak ke-35: Tegurlah Beta

KUALA KANGSAR 20 Jun - Mesyuarat Dewan Negara Perak Kali Ke-159 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar yang buat pertama kalinya dipengerusikan oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak ke-35. Mesyuarat memutuskan bahawa Tuanku Zara Salim diperkenankan gelaran Raja Permaisuri Perak.ni.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Toh Amar Seri Diraja Datuk Ayop Hashim berkata, berkuat kuasa hari ini juga, balu Almarhum Sultan Azlan Shah pula diperkenankan gelaran Raja Permaisuri Tuanku Bainun.

"Tarikh sambutan rasmi ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Perak ditetapkan pada 27 November. Sambutan pertama ulang tahun tersebut akan dimulakan pada 2015," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ayop berkata, mesyuarat Dewan Negara Perak hari ini turut memutuskan Raja Di-Hilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dinaikkan ke pangkat gelaran Raja Muda Perak berkuat kuasa hari ini.

Sementara itu, Raja Kechil Besar Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dinaikkan ke pangkat gelaran Raja Di-Hilir Perak.

"Raja Azlan Muzzaffar Shah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dikurniakan pangkat gelaran Raja Kechil Besar Perak," katanya.

Berkata benar walaupun pahit
Titah Baginda supaya ahli-ahi Dewan Negara Perak memberikan nasihat yang baik kepada Baginda sekalipun ia sesuatu yang pahit untuk diperkatakan.
"Setiap kebenaran wajib disembahkan dan jangan sekali dirahsiakan daripada pengetahuan Beta."
"Jauhkan Beta daripada cerita-cerita penglipur lara hingga mendorong Beta untuk berkhayal, lena dengan mimpi indah; sedangankan realiti yang berlaku di kalangan rakyat dan di dalam negeri sangat berlainan dengan apa yang diceritakan' titah Sultan Nazrin semasa mempengerusikan Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 di Istana Iskandariah semalam.
"Semoga ahli-ahli Dewan Negara Perak membantu Beta dengan segala keikhlasan dan jujur agar Beta dapat menyempurnakan amanah dan tanggungjawap dengan adil dan saksama."
-BumiPerak

Wednesday, May 28, 2014

Sultan Azlan Shah 19 April 1928 - 28 Mei 2014

KUALA LUMPUR, 28 Mei  Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat pada jam 1.30 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Almarhum berusia 86 tahun.

Beliau meninggalkan isteri, Raja Permaisuri Tuanku Bainun Muhammad Ali, seorang bekas guru, dan empat anak mereka iaitu Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah; Raja Datuk Seri Azureen Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.

Seorang lagi putera, Raja Ashman Shah meninggal dunia pada 2012.

Pengembumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar.

Sultan Perak ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak ke-34 pada 1984. Sebelum ini, baginda mempunyai kerjaya cemerlang dalam sistem kehakiman Malaysia, dan pernah menjadi Ketua Hakim Negara pada 1982.

Pada 1989, Sultan Azlan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9, berkhidmat selama lima tahun, sebelum kembali ke takhta Perak pada 1994.

Khabar angin tersebar mengenai kemangkatan Sultan sejak Ahad, tetapi perkara itu tidak benar.

Sultan Azlan Shah menjadi pemerintah Perak selepas kemangkatan bapa saudaranya, Sultan Idris Shah pada 1984.

Baginda juga adalah bekas Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia dan terkini Canselor Universiti Malaya.

Sultan Azlan menjadi presiden Persekutuan Hoki Malaysia sehingga 2005 dan kekal sebagai presiden Persekutuan Hoki Asia dan ahli lembaga eksekutif badan global sukan itu, Persekutuan Hoki Antarabangsa.

Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah adalah kejohanan hoki tahunan yang disertai beberapa banyak negara dan diadakan di Ipoh.

Raja Azlan Shah dilahirkan pada 19 April, 1928 di Batu Gajah, Perak.

Baginda adalah putera kepada Sultan Yusuf Izzuddin Shah (1948–1963) dan Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.

Ketika kecil, Raja Azlan Shah dibesarkan oleh bondanya di luar lingkungan diraja.

Pendidikan awal baginda adalah di Sekolah Kerajaan Inggeris, Batu Gajah, kini dikenali sebagai SMK Sultan Yussuf.

Baginda mendapat pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum berlepas ke United Kingdom untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di University of Nottingham.

Baginda memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada 1953 dan dimasukkan ke Majlis Peguam Inggeris oleh Honourable Society oft Lincoln’s Inn pada 23 November 1954.

Sekembalinya ke tanah air, baginda berkhidmat sebagai pembantu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebelum menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang bagi Persekutuan Tanah Melayu sebagai majistret. Baginda kemudiannya dilantik sebagai presiden Mahkamah Sesyen.

Baginda juga merupakan Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa Raya, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Pada usia 37 tahun, baginda diiktiraf sebagai hakim termuda dalam Komanwel yang dilantik bagi Mahkamah Tinggi pada 1965.

Pada 1973, baginda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan pada 1979 pula sebagai Ketua Hakim Malaya.

Baginda ditabalkan sebagai Raja Muda pada 1 Julai, 1983.

Pada awal 2009, baginda menerima kritikan hebat kerana penglibatannya dalam penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak semasa Pakatan Rakyat  (PR) masih berkuasa yang membawa kepada krisis Perlembagaan negeri.

Keputusan baginda tidak dipersetujui Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Sultan mengikut perlembagaan tidak dibenarkan memecat menteri besar.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudian mengatakan Sultan adalah betul dalam melantik Zambry daripada Barisan Nasional sebagai menteri besar, walaupun mereka tidak memenangi undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). – 28 Mei, 2014.

Sunday, May 18, 2014

Dyana Sofya mula pamer ketangkasan bidas serangan lawan

Semangat dan tenaga muda Calon DAP pada Pilihan raya Kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kian menyerlah bagi membidas dan menbalah serangan lawan dari BN. Shahrizat semalam berkata beliau bersimpati dengan Dyana yang didakwanya diperalatkan oleh DAP dan menjadi "boneka" DAP.

“Kita semua tahu perjuangan DAP yang sebenarnya dan saya amat kesian kepada Dyana Sofya yang sanggup membiarkan dirinya diperalatkan.” kata Shahrizat.

Menurut Dyana, Shahrizat tidak seharusnya memperkecilkan kemampuan beliau untuk membezakan antara perjuangan BN dan DAP serta sebaliknya memuji DAP kerana mempunyai keberanian untuk meletakkan seorang wanita muda Melayu di kerusi yang biasanya ditandingi oleh pemimpin kaum Cina dari BN.

“Sikap negatif seperti ini yang selalu ditunjukkan oleh para pemimpin wanita BN telah menyebabkan kaum wanita terlepas peluang untuk memimpin negara ini,” ujar Dyana dipetik Roketkini.

Berdasarkan pengalaman dalam DAP, Dyana yakin bahawa parti itu lebih mengiktiraf wanita dan meyakini kemampuan mereka untuk memainkan peranan lebih besar dalam pentadbiran negara.

“Jika saya memilih Umno, pastilah saya tidak akan berada di kedudukan sekarang,” tambah beliau yang memilih untuk menyertai DAP pada tahun 2011.

Menurut Dyana, beliau tahu bagaimana untuk membezakan perjuangan BN yang mempertahankan kepentingan golongan yang kaya dan berkuasa, berbanding perjuangan DAP yang mempertahankan hak rakyat biasa tanpa mengira keturunan dan agama.

“Parti telah mencalonkan saya kerana saya benar-benar percaya dengan keadilan, peluang saksama dan urustadbir yang baik,” ujar gaduan bidang undang-undang UiTM berusia 27 tahun itu.

"Saya minta beliau belajar daripada ibu saya yang juga seorang anggota Umno tetapi menyedari bahawa pencalonan saya oleh DAP memberi peluang kepada wanita muda dalam politik, terutama wanita Melayu muda, yang sering terhalang dengan struktur kebapaan dalam Umno.

"Apa yang saya capai sekarang disebabkan oleh keluarga, ibu saya, dan kerja keras... dan keputusan peribadi yang saya buat sepanjang hidup saya," kata Dyana dalam satu kenyataan hari ini.

“Sikap negatif seperti ini yang selalu ditunjukkan oleh para pemimpin wanita BN telah menyebabkan kaum wanita terlepas peluang untuk memimpin negara ini,” ujar Dyana.

Harakahdaily/Roketkini 

Saturday, May 17, 2014

Dyana Sofya calon DAP di Teluk Intan satu keberanian


TELUK INTAN, 17 MEI: Peguam berusia 27 tahun lulusan UiTM, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini diumumkan sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat pengumuman itu di pusat gerakan pilihan raya kecil DAP di Bandar Baru Teluk Intan.
  “Saya menentang politik perkauman dan memegang teguh pada prinsip semangat kekitaan,” kata calon DAP PRK Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud.
Dalam sidang media yang diadakan di pusat operasi pilihanraya PRK Teluk Intan selepas diumumkan sebagai calon hari ini, Dyana menegaskan bahawa rakyat Malaysia mempunyai persamaan yang mendalam berbanding perbezaan-perbezaan dangkal.
“Saya ingin supaya semua rakyat lebih memahami antara satu sama lain. Tembok perkauman mesti dirobohkan, barulah sebuah bangsa Malaysia boleh dilahirkan.
“Sebagai seorang Melayu beragama Islam, saya pastinya menjulang tinggi dua unsur ini. Tambahan pula, kedua-duanya mempunyai kedudukan istimewa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan dipertahankan DAP,” jelasnya,
Tambah graduan undang-undang UiTM itu lagi, sebagai calon generasi muda beliau juga mendukung amalan politik baru.
Beliau mengemukakan teh tarik yang digemari oleh semua kaum di Malaysia sebagai perlambangan bagi unsur-unsur yang menyatukan masyarakat.
“Marilah bersama mencari ramuan teh tarik terbaik untuk kita, orang Malaysia,” ujarnya. -Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Keputusan DAP menukar calonnnya daripada bangsa Cina kepada Melayu dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan ini jelas suatu keberanian yang mengkagumkan.

“Apa pun hujah yang cuba digunakan untuk memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja untuk membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi juga merupakah suatu transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Baginya, berbanding BN yang sudah banyak kali mengeluarkan cadangan mahu menukar kebiasaan meletakkan calon daripada parti yang sama berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, malangnya ia tidak pernah dipraktikkan.

Justeru, menurutnya jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan, begitu juga jika terjadi kepada UMNO, Gerakan atau MIC.

“Malah jika yang meninggal atau meletakkan jawatan itu Melayu, maka Melayu juga gantilah. Jika Cina atau India pula yang pergi, yang mengganti juga kaum yang sama,” tulisnya lagi.

Beliau menambah, laungan dan cadangan untuk melakukan perubahan tidak pernah menjadi kenyataan kerana BN tidak punya keberanian untuk berbuat demikian. Walaupun banyak desakan akar umbi menuntut perubahan itu, BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama.

Monday, April 7, 2014

RM 45juta Naik Taraf Lapangan Terbang Ipoh.. tapi kapalterbang tak turun

Gambar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada tahun 2005 Jemaah Haji menaiki Penerbangan Malaysia Boeing 737-400.. kini cuma tinggal FireFly pesawat kipas turbo mendarat.
IPOH 7 April 2014 Kerja menaik taraf bernilai RM45 juta bagi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah digagalkan oleh jalan berlubang di landasan lanjutan, menghalang pesawat seperti seperti Airbus A320 dan Boeing 737-400 mendarat di ibu kota Perak.

Jawatankuasa Kira- Kira Wang Perak (PAC) sedang menyiasat perkara ini tetapi belum diketahui apa akan dilakukan kerajaan negeri selepas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengisytiharkan landasan sepanjang 2,000 meter tidak selamat untuk pesawat lebih besar kerana terdapat jalan berlubang di landasan yang dipanjangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang merangkap Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mengatakan landasan dipanjangkan dari 1,780 meter ke 2,000 meter untuk menampung pesawat lebih besar dari Singapura, Medan dan Hong Kong, namun hanya pesawat Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines yang menggunakan laluan Ipoh-Singapura setiap hari dengan pesawat kipas turbo ATR 72.

“Kontraktor, arkitek dan jurutera yang terlibat dalam pembinaan dan memanjangkan landasan akan dipanggil,” kata Nga kepada The Malaysian Insider.

Beliau enggan mengulas lanjut kerana merupakan salah seorang anggota PAC yang menyiasat kes tersebut.

Lapangan terbang itu sebelum ini digunakan untuk menampung penerbangan setiap pagi di antara bandar perlombongan bijih timah itu dan Subang bagi mereka yang mengambil penerbangan sambungan terutamanya ke Hong Kong.

Akan tetapi Lebuhraya Utara-Selatan memudahkan akses antara Ipoh dan bandar-bandar lain dan menyebabkan penerbangan ke ibu negeri Perak itu berkurangan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, lapangan terbang diubahsuai bagi membawa masuk pelancong asing kerana Perak mempunyai potensi untuk memajukan lagi sektor pelancongan.

Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insider terdapat sembilan jalan berlubang di landasan lanjutan sehingga memaksa DCA mengisytiharkan pada Disember lalu pendaratan dan perlepasan tidak selamat di landasan tersebut.

Sumber memberitahu, PAC sedang melihat apakah terdapat elemen rasuah dan apakah prosedur diikuti dalam kerja menaik taraf itu.

"Apakah ada ujian tanah dijalankan kerana jalan berlubang adalah kejadian yang biasa berlaku di Ipoh," kata sumber itu.

Kerja menaik taraf bangunan terminal termasuk pembinaan sebuah bumbung baru dan permukaan hadapan bangunan, manakala dewan ketibaan dan perlepasan diperbesarkan dengan kemudahan berhawa dingin sepenuhnya untuk meningkatkan tahap keselesaan penumpang.

Selain itu, apron diperluaskan untuk menampung tiga pesawat pada masa yang sama.

Sementara itu, Nga berkata cita-cita Zambry untuk membangunkan Perak hanya akan menjadi angan-angan tanpa lapangan terbang beroperasi secara optimum.

"Pembangunan di negeri ini akan terbantut jika infrastruktur seperti komunikasi tidak diperbaiki,” katanya.

Nga yang juga ahli Parlimen Taiping mengatakan ini sebagai respons kepada jangkaan Zambry akan terdapat 1.4 juta pelancong ke Perak pada tahun pertama selepas Million Movie Animation Park Studios (MAPS) beroperasi pada 2016.

Nga mengatakan jangkaan Zambry adalah fiksyen dan tidak realistik kerana Perak tidak mempunyai lapangan terbang antarabangsa.

Perak Corporation Berhad mengumumkan minggu lepas pembinaan MAPS bernilai RM300 di Meru, Ipoh yang dijangka siap pada Disember tahun depan.

Beliau berkata lapangan terbang antarabangsa yang terdekat dari MAPS adalah di Pulau Pinang, iaitu kira-kira 150km dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang sejauh 250km dari situ.

"Bagaimana MAPS mampu menarik pelancong asing apabila tiada Lapangan Terbang di Ipoh," soal Nga.

Nga berkata statistik Kementerian Pelancongan mendedahkan Malaysia menerima 102.2 juta pelancong asing di antara 2008-2013 tetapi hanya 2.4 juta atau lebih kurang 2% melawat Perak.

"Purata kira-kira 400,000 pengunjung setahun antara 2008 dan tahun lepas," katanya sambil menambah adalah tidak realistik bagi Zambry untuk mempercayai jumlah pelancong asing akan bertambah tiga atau empat kali ganda secara ajaib dengan siapnya MAPS tanpa lapangan terbang antarabangsa.

Beliau berkata, perniagaan taman tema adalah industri yang sangat berdaya saing dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pembukaan Legoland di Johor Baru dan Universal Studio di Singapura.

Nga mengatakan Cartoon Network Amazone Theme Park di Pattaya akan dibuka di Thailand pada Julai dan Twentieth Century Fox Theme Park di Genting dijangka dibuka pada 2016.

Legoland juga boleh mendapat manfaat daripada pelancong asing ke Universal Studio Singapura kerana lokasinya yang strategik dan berhampiran Singapura.

Universal Studio Singapura merekodkan dua juta pelancong selepas sembilan bulan dibuka.

Pada masa sama, Twentieth Century Fox Theme Park melabur RM910 juta untuk menaik taraf taman tema sedia ada bagi menarik pelancong antarabangsa.

Cartoon Network Amazone Theme Park di Pattaya walaupun agak kecil dengan pelaburan RM100 juta juga mempunyai kelebihan kerana terletak di sebelah pantai terkenal di peringkat antarabangsa.

Ia terletak hanya 15 minit memandu dari selatan Pattaya dan dilengkapkan pantai yang indah, berpotensi menarik lebih ramai pelancong ke Pattaya.

"Apakah kelebihan kompetitif MAPS sebagai taman tema bernilai RM300 juta dibina di bandar tanpa lapangan terbang antarabangsa?

Beliau menggesa Zambry melancarkan satu pelan induk pelancongan Ipoh serta merta yang meliputi pengangkutan, infrastruktur, makanan, dan penginapan untuk melengkapkan dan menarik lebih ramai pelancong ke MAPS. – 7 April, 2014.

Tuesday, April 1, 2014

Transkrip Penuh Perbualan Menara Kawalan Udara KL VS Kokpit MH370

Akhirnya Trankrip penuh MH370 melibatkan komunikasi antara pilot MH370 dengan menara kawalan udara Kuala Lumpur telah didedahkan kepada umum ! Jika sebelum ini Datuk Seri Hishammudin hanya akan mendedahkan MH370 transkrip penuh antara juruterbang MH370 dengan pengawat trafik udara kepada umum andaikata mendapat kebenaran daripada pakar-pakar. Hari ini…
MAS 370 (Kuala Lumpur to Beijing)
PILOT-ATC RADIOTELEPHONY TRANSCRIPT
Departure from KUA: 8 March 2014        
ATC DELIVERY   
12:25:53               MAS 370              Delivery MAS 370 Good Morninq             
12:26:02               ATC                        MAS 370 Standby and Malaysia Sx is cleared to Frankfurt via AGOSA
Alpha Departure six thousand feet squawk two one zero six      
12:26:19               ATC                        ... MAS370 request level              
12:26:21               MAS 370              MAS 370 we are ready requesting flight level three five zero to Beijing  
12:26:39               ATC                        MAS 370 is cleared to Beijing via PI BOS A Departure Sx Thousand Feet
                                                                squawk two one five seven       
12:26:45               MAS 370              Beijing PI BOS A Sx Thousand Squawk two one five seven, MAS 370
Thank You          
12:26 53                ATC                        MAS 370 Welcome over to around          
12:26:55               MAS 370              Good Day                                           
LUMPUR GROUND         
12:27 27                MAS 370              Ground MAS370 Good morning Charlie One Requesting push and start 
12:27:34               ATC                        MAS370 Lumpur Ground Morning Push back and start approved
Runway 32 Riqht Exit via Serra 4.              
12:27:40               MAS 370              Push back and start approved 32 Right Exit via Serra 4 POB 239 Mike
Romeo Oscar    
12:27:45               ATC                        Copied 
12:32:13               MAS 370              MAS377 request taxi.    
12:32:26               ATC                        MAS37.....(garbled) ... standard route. Hold short Bravo               
12:32:30               MAS 370              Ground, MAS370. You are unreadable. Say again.            
12:32:38               ATC                        MAS370 taxi to holding point Alfa 11 ftjnway 32 Right via standard
route. Hold short of Bravo.         
12:32:42               MAS 370              AJfa 11 Standard route Hold short Bravo MAS370.                                          
12:35:53               ATC                        MAS 370 Tower               
12:36:19               ATC                        (garbled)... Tower... (garbled)   
                                MAS 370              1188 MAS370 Thank you              
LUMPUR TOWER                            
12:36:30               MAS 370              Tower MAS370 Morning              
12:36:38               ATC                        MAS370 good morning. Lumpur Tower. Holding point.. [garbled]..10 32
Right     
12:36:50               MAS 370              Alfa 10 MAS370
12:38:43               ATC                        370 lineup 32 Right Alfa 10.         
                                MAS 370              Line up 32 Right Alfa 10 MAS370.              
12:40:38               ATC                        370 32 Right Cleared for take-off. Good night.   
                                MAS 370              32 Right Cleared for take-off MAS370. Thank you Bye.   
LUMPUR APPROACH                    
12:42:05               MAS 370              Departure Malaysian Three Seven Zero _.           
12:42:10               ATC                        Malaysian Three Seven Zero selamat pagi identified. Climb flight level
one eight zero cancel SID turn right direct to IGARI_       
12:42:48               MAS 370              Okay level one eight zero direct IGARI Malaysian one err Three Seven
Zero      
12:42:52               ATC                        Malaysian Three Seven Zero contact Lumpur Radar One Three Two Six
good niqht         
                                MAS 370              Night One Three Two Six Malaysian Three Seven Zero   
LUMPUR RADAR (AREA)              
12:46:51               MAS 370 ATC     Lumpur Control Malaysian Three Seven Zero Malaysian Three Seven
Zero Lumpur radar Good Morning dimb flight level two five zero              
12:46:54               MAS370               Morning level two five zero Malaysian Three Seven Zero             
12:50:06               ATC                        Malaysian Three Seven Zero climb flight level three five zero
12:50:09               MAS370               Flight level three five zero Malaysian Three Seven Zero
01:01:14               MAS370               Malaysian Three Seven Zero maintaining level three five zero
01:01:19               ATC                        Malaysian Three Seven Zero_
01:07:55               MAS370               Malaysian...Three Seven Zero maintaining level three five zero_              
01:08:00               ATC                        Malaysian Three Seven Zero Malaysian Three Seven Zero
01:19:24               ATC                        contact Ho Chi Minh 120 decimal 9 Good Night  
01:19:29               MAS370               Good Night Malaysian Three Seven Zero             

Tuesday, March 25, 2014

MH370 selepas 17 hari pencarian berakhir Selatan Lautan Hindi

Malaysia Airlines deeply regrets that we have to assume beyond any reasonable doubt that MH370 has been lost and that none of those on board survived.
We must now accept all evidence suggests the plane went down in the Southern Indian Ocean.

Following a seventeen-day global hunt to locate the vanished aircraft, Najib Razak, Malaysia’s prime minister, confirmed the worst fears of the families of the 239 passengers. He said new analysis by Britain’s Air Accidents Investigation Branch team and British satellite telecommunications company Inmarsat revealed that the plane ended its baffling eight-hour flight in the deep, remote waters of the Indian Ocean, about 1500 miles from Perth.
“This is a remote location, far from any possible landing sites,” he said. “It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.”
The cause of the crash remains a mystery. Mr Najib said Malaysian officials will release further details on Tuesday, but it has long been thought that the flight’s most likely endpoint was in the southern of two possible trajectories; the northern trajectory was above land and would almost certainly have been picked up by radar.
But the plane remains missing and the search for the wreckage of the aircraft – and its black box – will continue. 
Al-Fatihah 



Wednesday, March 19, 2014

Gambar Wan Azizah berdoa resahkan BN di Kajang

Malaysiakini: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Puteri Umno mengingatkan pengundi Kajang supaya tidak termakan dengan papan bilboard yang memaparkan foto calon PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.
Muhyiddin berkata sebagaimana gambar itu menunjukkan Wan Azizah berhak menagih simpati, tetapi kes liwat II membabitkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada kena mengena dengan BN.

"Mereka kata sebab MH370 cerita tu lebih besar dari (cerita) Datuk Seri Anwar jadi nasib dia tak terbela. Itu sebab (gambar) Datuk Seri Wan Azizah berdoa. Itu tak ada masalah, kita setuju dan kita simpati. Tapi ini sistem keadilan negara kita."

"Dia diberi peluang di mahkamah jadi pertahankanlah di mahkamah. Di luar ni rakyat bukan hakim. Kenapa nak tuduh kita? Beritahu kakak-kakak semua jangan percaya.

"Jangan fikir tengok gambar alahai, guna sentimen, konon tunjuk kezaliman (BN). Itu keputusan mahkamah," kata Muhyiddin. [Baca berita penuh]

Bercakap di majlis perjumpaan dengan jentera Puteri Umno di Prima Saujana, di Kajang hari ini, Bernama melaporkan Muhyiddin berkata sokongan terhadap BN telah meningkat secara luar biasa dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, Ahad ini.
  
Katanya, berdasarkan maklum balas daripada Umno dan MCA, sokongan terhadap calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun bertambah baik setelah sembilan hari berkempen.

"Sokongan Chew semakin hari semakin baik dan kita mesti teruskan untuk mencapai kemenangan," katanya.

Tuesday, March 11, 2014

Jejak Pesawat MH370: Makin Dekat atau Makin Tersasar

Perkembangan semasa pencarian pesawat Malaysia Airlines MH 370 yang pastinya penunjuk keduduknya yang semakin dekat atau makin melencung.
Berikut berita utama antara bangsa:
CNN: Interpol 'terima' kehilangan pesawat Malaysia Airline tiada unsur pengganas.
Telegraph: Tentera Malaysia kesan jejak terakhir pesawat menukar arah beratus kilometer.
The Mirror: Misteri: seorang penumpang Malaysia Airlines ada 'deringan telefon'
The Malaysia Airlines Boeing 777-200ER that went missing
The Malaysia Airlines Boeing 777-200ER that is missing
Captain Zaharie Ahmad Shah
Captain Zaharie Ahmad Shah is described by friends as an 'aviation tech geek' who loved his job Personnel from the Republic of Singapore Air Force scan the sea  for any signs of the Malaysia Airlines plane that went missing
Personnel from the Republic of Singapore Air Force scan the sea for any signs of the Malaysia Airlines plane that went missing
 

Monday, March 10, 2014

MH370 : Kenapa Saya Hairan...

Berlaku sesuatu isu,baik yang isu kecil atau isu yang besar,dizaman sekarang orang banyak nak tahu,banyak persoalan atau banyak nak ditanya dengan sesuatu isu... 

Kerajaan harus ingat sekarang 2014 bukan tahun 1914. Perpatah sekarang mengatakan  "Maklumat hanya dihujung jari" so tak perlulah berahsia teramat sangat dalam perkara yang tak perlu dirahsiakan,kelak ianya akan memalukan negara balik...

Persoalan demi persoalan mulai timbul berkaitan pesawat #MH370yang dilaporkan hilang dah masuk hari ke-3 dan pihak-pihak media seluruh dunia sudah tahu kejadian ini,cuma keadaan atau situasi sebenar yang masih menjadi tanda tanya, apabila ada tanda tanya..maka wajar diperjelaskan tapi jika tiada penjelasan dan jawapan maka akan timbul rasa "Hairan"

Orangni kongsikan  26 rasa hairan dalam kejadian berkaitan...
( Rasa hairan...bukan spekulasi...hahaha...)
Saya rasa hairan : 
(1) Kenapa Malaysia hantar ahli keluarga mangsa ke Beijing sedangkan China tidak menghantar ahli keluarga mangsa ke Malaysia walhal kawasan pesawat hilang lebih dekat kepada Malaysia. 
(2) Mengapa ahli keluarga dihubungi dan diarahkan menyediakan passport untuk ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kemudian. Kalau korg kerja dengan syarikat penerbangan tu, lokasi korang tak tahu tapi logik tak korang call ahli keluarga mangsa dan cakap akan dibawa ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kelak. 
(3) Media Malaysia dan China kedua-duanya dihalang daripada menemuramah ahli keluarga mangsa. 
(4) Media terlalu kerap mengungkap jangan percaya kepada spekulasi malah seorang menteri cakap dalam temubual telefon agar rakyat rely on RTM sahaja kerana RTM ada saluran rasmi untuk dapatkan maklumat terkini, tapi RTM pun tidak dibenarkan interview ahli keluarga mangsa. 
(5) Hampir kesemua ahli keluarga mangsa tak nak di temuramah, ini pelik. 
(6) Gambar yang ditayangkan media pun gambar yang sama (beberapa orang). Gambar lain macam takde pula. 
(7) Dalam sidang media terakhir kalau korang tengok la, ada seorang reporter tanya kalau boleh mereka dapatkan rakaman cctv, tapi seorang panel cakap tak boleh atas sebab keselamatan (security policy). 
(8) Beberapa jam selepas sidang media terakhir itu, The Guardian melaporkan 2 penumpang (warga Austria dan Itali) sebenarnya tidak menaiki pesawat dan mereka telah kehilangan passport di Thailand 
(9) Bukan ke sepatutnya kumpulan keselamatan di Malaysia investigate rakaman cctv di KLIA terlebih awal, dan verify setiap penumpang (list inspection) sewaktu menghubungi ahli keluarga (well boleh call embassies juga untuk verify). Kenapa The Guardian yang dapat tahu dulu ye? Ke memang kita tak buat security check yang teliti? 
(10) Since rakyat dah tahu ada dua penumpang pakai passport curi, sekarang takde pula update berita terbaru tentang isu ni. Selalunya kalau emergency, sampai esok pun berita ada update tak berhenti. At least keluarkan rakaman cctv dua suspek yang menggunakan passpo rt curi itu. Tak tahu la kalau KLIA takde cctv atau pasukan keselamatan kita tidak cekap untuk investigate bab cctv ni. Footage rakaman cctv kapal terbang berlepas pun tak boleh tunjuk? Hmmm entah. 
(11) Sepanjang berita pasal MH370 ni, kita banyak tengok footage media dalam bilik berita, sidang media dan kat airport je. Korang tak perasan ke kalau kes bencana macam ni media akan ikut pasukan keselamatan ambil footage atas helikopter ke, kapal laut ke, interview ketua pasukan pencari dan penyelamat atas kapal ke, kat jeti ke. 
(12) Dalam salah satu sidang media juga panel ade jawab bahawa Malaysia mencari di perairan Malaysia dan Vietnam mencari di perairan Vietnam, tapi kalau korang tengok laut di selatan Ca Mao itu juga bersempadan dengan Thailand. Jadi perairan Thailand Gulf siapa yang cari? Thailand tak umumkan pun nak join aktiviti mencari. 
(13) Awalnya angkatan tentera Vietnam bagi laporan pada media kapal terhempas di laut selatan Ca Mao, tapi Malaysia nafikan dan panel sidang media sendiri cakap authoriti Vietnam (means Kerajaan Vietnam) tidak mengesahkan berita itu. Kerajaan Vietnam dengan Tentera Vietnam ni ade krisis ke? Pelik kan. 
(14) Kemudian pasukan tentera Vietnam cakap jumpa dua tompok tumpahan minyak di laut selatan Ca Mao, tapi peliknya takde footage video rakaman tumpahan minyak itu juga. Yang ada hanya gambar itupun bukan gambar rasmi daripada media Vietnam. Dalam hal kecemasan begini selalunya media mesti sibuk ikut pasukan keselamatan rakam video kerana merekalah mata rakyat agar menjadi bukti betapa realnya bencana yang menimpa. 
(15) Laporan berita akhir tengah malam tadi, pastu sampai sekarang 4.50 pagi tiada update, well selalunya kalau bencana macam ini bilik berita tidak akan berehat. 
(16) Temuramah dengan seorang pakar penerbangan (bekas juruterbang MAS) yang juga merupakan kawan kepada juruterbang senior dalam pesawat yang terlibat nampak cool, begitu juga seorang panel dalam sidang media petang semalam (siap makan gula-gula). 
(18) Kita duk dengar negara itu hantar kapal, negara ini ha ntar jet, tapi footage media (video) kapal-kapal tu takde pon. Dan lebih pelik Thailand dan Brunei tidak turut serta dalam usaha mencari pesawat. Singapore, Vietnam, US dan Filipina yang lebih jauh join. 
(19) Sampel tumpahan minyak di Vietnam dikatakan sedang diuji, sampai sekarang takde news update. Hmm macam tak emergency. 
(20) Cerita di laut Vietnam belum habis tapi Malaysia dah umumkan usaha mencari diperluas ke Selat Melaka. Wow. Thailand Gulf yang dekat dengan Selatan Ca Mao tu tak nak carik ke? 
(21) Go watch more news on airplane crashes worldwide then try to compare. Our news mostly kat bilik berita, sidang media dan airport. 
(22) Media keep repeating (emphasizing) from late afternoon to night two things which are mereka tidak dibernarkan masuk ke dalam bilik ahli keluarga menunggu dan jangan percayakan spekulasi. I also wonder kenapa susah sangat nak dapat rakaman interview ahli keluarga mangsa sedangkan ia dianggap risiko bencana. 
(23) Ahli keluarga co-pilot pun tak nak ditemuramah. Kenapa semua orang tutup mulut eh? Selalu anak hilang dalam hutan beberapa jam mak ayah gerenti dah nangis-nangis keluar media kan? 
(24) You try la analyse all the news. The subjects, the contents, the presentations, the faces on the news, etc. 
(25) I just want to share with you that all these questions are bewildering and they make "sel-sel otak tidak dapat berhubung". Some can be relevant and some can be not, and it depends how different our "sel-sel otak berhubung". 
(26) Don't get me wrong, I didn't say it is a conspiracy or what not, I just wonder about all these weird news because I watched them all and still waiting the updates because I do care like all of you do.Wallahu'alam.. 
Via Whatsapp 
Info bergambar yang menghairankan.. 
Mengapa kemungkinan Juruterbang membunuh diri di paparkan dalam akhbar yang dipercayai Utusan Malaysia..??
Tidak-kah ini mengundang spekulasi kepada waris mangsa...??

Monday, January 6, 2014

Khalid Samad: Mufti menyalahi ajaran Al-Quran dan As-Sunnah

PETALING JAYA:  Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mengecam Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadot ekoran kontroversi kalimah Allah sekarang ini dan perhimpunan Turun. “Kalimah Allah dijadikan isu. Bekas Mufti kata kufur kalau benarkan. Nabi (Muhammad saw) tidak halang. Para sahabat (Nabi) tidak menghalang. Oooi bekas Mufti, depa semua kufur ke?” kata Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS III Selangor dalam laman mikro blog, Twitter.

Pada hari Khamis, Harussani turut mengecam kumpulan TURUN yang berdemonstrasi membantah kenaikan harga barang di Dataran Merdeka di ambang kemerdekaan. Mufti Perak berkata: “Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah.”

Khalid juga membidas terhadap Harussani dan menyatakan Harussani ialah seorang mufti bahlol ekoran label bughah yang diberikan Harussani terhadap peserta perhimpunan Turun.
“Ada pula mufti yg halalkan darah peserta TURUN! Nak gambarkan Islam kejam dan sifat diktator! Kononnya bughah. Mufti bahlol disayangi UMNO! Mufti tak tahu ke, tegur pemerintah adalah wajib? Itu kerja mufti tapi tak buat kerana sibuk mengampu. Maka rakyat buat! Bughah bila bersenjata,” kata Khalid.

Celahan seorang pengguna Twitter menuduh Khalid menyokong gereja Kristian dalam isu kalimah Allah.
Pengguna Twitter itu @jackfadzli berkata: Baguslah sokong puak-puak gereja. Bagi cucu hang baca dak lagi Bible?”
Khalid lantas menjawab: “Quran dah cerita apa yg dceritakn dlm Bible. Tak baca Quran?”
FreeMalaysiaToday