Monday, June 24, 2013

Pandikar Amin cadang Pakatan tubuh “Kabinet Bayangan”

PARLIMEN 24 Jun Pakatan Rakyat (PR) dicadangkan untuk menubuhkan satu "Kabinet Bayangan" dalam sidang Dewan Rakyat Ke-13, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas dilantik untuk penggal kedua dalam ucapan pemasyhuran di Parlimen pagi ini. Pandikar yang baru dilantik selepas memenangi pengundian dengan 133 undi berkata cadangan tersebut bertujuan untuk memudahkan proses perdebatan apabila Dewan Rakyat mula bersidang secara rasminya nanti.
"Saya berharap perubahan ini akan disusuli dengan pengwujudan barisan Kabinet Bayangan untuk memudahkan pengendalian perbahasan dalam konteks mengenalpasti pembahas-pembahas utama daripada pihak pembangkang," kata Pandikar.
Disamping itu, Pandikar juga menjelaskan kedudukan ahli Parlimen pada Dewan Rakyat kali ini disusun mengikut jawatan paling kanan berbeza dengan dahulu yang mengikut blok parti bertujuan untuk memudahkan keutamaan diberikan kepada para mereka semasa berdebat.
"Sementara itu, dalam hal-hal berhubung dengan pengendalian majlis mesyuarat pasti stailnya juga akan berbeza dari Parlimen ke-12.
"Disamping itu, saya perhatikan tempat duduk ahli-ahli Parlimen terutama sekali daripada pihak pembangkang telah juga diubah mengikut ke kananan sebagai satu parti berbeza semasa Parlimen ke-12 dimana tempat duduk MP mengikut blok parti masing-masing," tambahnya lagi.
Pandikar menang pengundian selepas menewaskan calon pembangkang PR, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.
Pandikar dalam ucapannya lagi juga menggesa supaya MP yang baru mengangkat sumpah agar mencerminkan imej sebagai seorang wakil kepada rakyat dan menunjukkan kematangan semasa berdebat.
"Marilah sama-sama kita menunaikan tanggungjawab sebagai ahli dewan yang mulia dengan penuh dedikasi, beramanah dan berkesan," kata Pandikar. - MInsider. 

Ungkapan 'Ini Kali Lah' Pandikar cuit perhatian
Di luar Dewan semasa Sidang Media, Pandikar menyeru Ahli-ahli Parlimen membudayakan seruan-seruan yang dilaungkan sewaktu bertugas di Dewan Rakyat.
Beliau berpandangan seruan-seruan yang 'dipopularkan' iaitu 'Ubah', 'Transformasi', 'Reformasi', Ini Kali Lah', 'Kalau Bukan Kita Siapa Lagi?', 'Kalau Bukan Sekarang Bila Lagi?' merupakan mesej menyeru iaitu "Mengubah sikap untuk membuat kebaikan".

"Bagi mereka yang mempopularkan seruan ini, mungkin mereka mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Akan tetapi, bagi saya, seruan-seruan ini, bermesej iaitu menyeru - "Mengubah sikap untuk membuat kebaikan.

"Maka bertolak dari roh maksud tafsiran ini, saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk membudayakannya sewaktu bertugas di Dewan Rakyat. Ayuh! Kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Ini Kali Lah!" katanya.

Tambah Pandikar, beliau bertekad untuk berubah.

"Seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat nampak dan lihat, pada hari pertama persidangan hari ini, jubah yang saya pakai telah ditransformasi, reka bentuk atau designnya canggih, menggamit dan selesa dari yang dulu.

"Sementara itu, dalam hal-hal lain berhubung dengan pengendalian majlis mesyuarat pasti stailnya juga akan berbeza dari Parlimen Ke-12," katanya.-Hrkdaily

Thursday, June 6, 2013

Mirzan Tun Mahathir Miliki 1,000 Saham (Petron Corp) & 5,000 Saham Dalam Syarikat Arak (San Miguel Corp)?

BeritaSemasa: Kami tidak pasti apa tujuan dan asbab, laporan berita Bernama ini dikeluarkan. Mungkin Mirzan yang merupakan anak Tun Mahathir, mantan perdana menteri malaysia keempat acapkali dilemparkan tuduhan menjalankan bisnes arak dan minyak.
Berbelit–belit, mula-mula cuba mempertahankan si empunya badan tiada apa-apa kepentingan dengan satu syarikat minyak dengan sedang meningkat naik sejak akhir-akhir ini apabila berjaya menelan Esso Malaysia. Susunan ayat pada peranggan-perenggan akhir lain pula bunyinya. Yang mana satu?Tidak pegang saham di Malaysia, tetapi ada saham di Filipina? Mirzan dikatakan pula ada saham dengan Petron Corporation Filipina dan juga ada saham dalam San Miguel Corporation yang merupakan syarikat induk bagi Petron Malaysia. Syarikat San Miguel ini ada macam-macam lapangan perniagaan yang diterokai. Tetapi dalam banyak-banyak perniagaan, apa perniagaan teras syarikat San Miguel?
Sehingga dalam pada tempoh yang singkat, Petron malaysia diberikan peranan yang cukup besar apabila mendapat kontrak membekalkan minyak kepada Malaysia Airlines (MAS) sekaligus mengenepikan secara mudah sebuah lagi syarikat multinasional yang lebih besar daripada Petron iaitu Petronas. Hebat…