Sunday, February 24, 2013

Nik Aziz: Harussani janganlah melampau sokong UMNO

Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Raja Nazrin: PAS kini sedia mengatasi Umno

KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.

"PAS kini  berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.

"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil,  penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.

Wednesday, February 6, 2013

Nasha lepaskan pendam di hati di katil hospital

6 Jan Tajuk berita utama Berita Harian hari ini.. AHLI Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa menjawab soalan yang dikemukakan pembaca BH Online menerusi program lintas langsung di salah satu pusat perubatan swasta Kuala Lumpur, sebentar tadi.
berita lanjut di sini: BH  

Selama ini tidak tahu kenapa dia menyakiti rakan yang sama berjuang. Dia menyalahi serta membuat onak kepada kepimpinan dan PAS keseluruhannya. Ustaz Nasharuddin telah bersama dengan seteru iaitu UMNO dengan menyertai program-program mereka bersama dan membelakangi arahan pimpinan. 

Namun setelah membaca temubualnya bersama wartawan Berita Harian yang menemuinya di katil di pusat perubatan swasta barulah terbuka pendamnya dihatinya. 

IKUTI Temubual bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dengan wartawan Berita Harian.

“Permulaannya berlaku pada 24 April 2008 dimana Mesyuarat Syura Ulama PAS memutuskan perbincangan diadakan dengan mana-mana parti politik bagi memeliharan kepentingan umat Islam dan orang Melayu dengan amanah diberi kepada Presiden, Setiausaha Agung serta beliau selaku Timbalan Presiden.

“Dalam hal ini, parti terbesar dan secara logiknya untuk diajak berbincang adalah UMNO. Ketika itu saya mengadakan perbincangan berkaitan perpaduan dengan Perdana Menteri dan Timbalanya selaku pimpinan UMNO  atas keputusan Majlis Syura Ulama.

(Harus diingat ketika itu Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Isu hangat diperkatakan ahli Parlimen Sarawak akan menyertai Pakatan Rakyat seterusnya peralihan kuasa politik Malaysia. Ketika itu pimpinan PAS Selangor melihat ada peluang mendapat jawatan Menteri Besar Selangor kerana pada situasi undi penentu samada dipihak PR atau BN. Hangat diperkatakan isu Kerajan Perpaduan (UG) melibatkan pimpinan PAS dan UMNO)
  
“Bagaimanapun, baru sampai suku jalan, timbul tanggapan ia seolah-olah untuk kepentingan peribadi saya dan pertemuan kononnya dilakukan secara rahsia walaupun ia keputusan Majlis Syura Ulama yang kebetulan TIDAK dihadiri Tuan Guru Nik Aziz ketika ia dibuat. 

Saya laksanakan arahan Parti tetapi saya juga dipersalahkan dengan tuduhan kononnya nak masuk UMNO.  Semua itu membuat saya kecil hati dan berasa dizalimi. Saya suarakan semua ini sebagai ahli biasa kepada pucuk pimpinan parti.”

Terkilan dengan Nik Aziz
Awal dulu saya terima semuanya sebagai teguran tapi bila berterusan, saya rasa mungkin Nik Aziz ada isu peribadi dengan saya yang puncanya tidak saya datang menemuinya sampai hari ini.

“Saya menghormati beliau Murshidul Am PAS sebagai pimpinan tertinggi parti tetapi beliau terus menerus ‘menyerang’ saya. Nik Aziz menghiris perasaan secara peribadi termasuk sindiran berhubung statusnya sebagai pemipin dan ahli PAS serta pelaksana beberapa tugas diamanahkan parti.”

“ Malah istilah yang digunakan pun.. kalau orang biasa mungkin dah rebah tapi daya boleh bertahan. Saya pernah digelar sampah, diacah masuk UMNO, dilabel bermacam-macam dan semuanya itu mengguris hati.”