Isu penyatuan UMNO dan PAS kembali diperkatakan. Walaupun telah berpuluh tahun ianya ditimbulkan, polemik ini tidak nampak kesudahahannya, bahkan menjadi semakin kusut untuk diselesaikan. Kedua-dua pihak mempunyai hujah masing-masing. Saya berpendapat isu penyatuan UMNO dan PAS adalah isu yang besar dan rumit. Isu ini tidak sesuai untuk dibincangkan pada waktu ini.
Walaubagaimana pun komitmen untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Islam di negara ini adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama oleh semua pihak. Sebenarnya jika pun ada penyatuan antara UMNO dan PAS, belum tentu masalah masyarakat Islam di negara ini akan selesai. Saya yakin akan ada pihak lain yang akan menentang pula. Tentunya cabaran yang ada di hadapan terlalu besar untuk digalas. Cuma kita perlukan mekanisma baru yang lebih segar untuk menyatukan masyarakat Islam di negara ini.
Perbincangan masalah umat Islam di negara ini tidak boleh dikhususkan hanya kepada isu politik sahaja. Sebaliknya perlu diperluaskan kepada semua bidang seperti agama, pendidikan, ekonomi , perundangan, moral dan lain-lain lagi. Untuk itu, perlu ada pihak ketiga yang dihormati dan tidak berkepentingan untuk menyatukan perbezaan pandangan pelbagai pihak yang terlibat.

Antara tokoh-tokoh yang dihormati adalah seperti Yang Mulia Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid , Dato’ Abu Hassan Din Al Hafiz dan lain-lain lagi. Pihak ketiga ini perlu menyediakan mekanisma agar semua pertubuhan yang mempunyai keahlian majoritinya orang Islam dapat dilibatkan bersama. Ini bukan penyatuan antara UMNO dan PAS tetapi penyatuan seluruh umat Islam di negara ini.
Pihak ketiga ini perlu mengumpulkan semua pertubuhan yang mempunyai pengaruh di sisi masyarakat. Antaranya PAS, UMNO, PKR, ABIM, Ikram,Perkasa, MPM, Teras, PKPIM dan lain-lain lagi. Penyertaan dalam persidangan ini hanya terhad kepada pertubuhan yang berpengaruh sahaja. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu menghantar wakil tetapnya ke persidangan yang dianjurkan.

Pemimpin berpengaruh seperti Presiden UMNO Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali, Pengerusi Teras Cikgu Azmi Bin Abdul Hamid dan lain-lain lagi perlu menjadi ahli dalam persidangan ini. Persidangan yang diadakan tidak perlu membincangkan isu-isu yang kontroversi seperti isu politik. Sebaliknya persidangan ini perlu membincangan isu-isu bersama yang serius seperti masalah sosial generasi muda di negara kita dan seumpamanya. Isu-isu yang berat dan kontroversi akan dibincangkan hanya apabila keadaan mengizinkan.
Yang paling penting adalah wujudnya suasana harmoni dan saling hormat menghormati peranan masing-masing samaada sebagai parti pemerintah, parti pembangkang atau NGO. Di akhir persidangan, satu resolusi perlu digariskan untuk tindakan dan perlaksanaan oleh pertubuhan-pertubuhan ini. Saya penuh yakin jika kita ikhlas untuk memperjuangkan nasib masyarakat Islam di negara ini maka Allah akan memberi petunjuk kepada kita semua. Mereka yang tidak ikhlas dan munafiq akan tercicir daripada arus perubahan ini.
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “uli’l Amri ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah ( al Quran dan sunnah ) RasulNya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih bagi kamu, dan lebih elok pula kesudahannya.”
Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...!
ReplyDeleteIni isu 'perpaduan' mainan Umno setiap kali menghampiri Pilihanraya.Jangan layan sebab ia tidak akan sampai kemana pun.Umno hanya mahu menonjolkan kesudiannya utk menyatukan orang Melayu konon utk masa depan Melayu; tetapi pada masa yang sama Umno terus menindas Melayu di Kelantan...Mampuslah Umno!
ReplyDelete