Thursday, January 28, 2010

Isu tanah Kuala Sepetang dituntut sejak Pakatan Rakyat

Kota Sepetang nama asalnya Port Weld adalah sejarah pertama keretapi di Tanah Melayu yang menghubungi pelabuhan itu dengan bandar Taiping, Perak. Kini perkhidmatan keretapi ini telah lama ditamatkan manakala tanah milik KTMB ini telah diduduki sebilangan 643 keluarga setinggan kebanyakannya berbangsa Cina.

Semasa kerajaan Pakatan Rakyat dipimpin Menteri Besar Negeri Perak, Dato Seri Ir Nizar Jamaludin telah meluluskan pemberian hak milik Kampung Baru, Kampung Tersusun termasuk masalah pemilikan tanah penduduk di penempatan KTMB di Kuala Sepetang.

Usaha ini telah dijadikan isu oleh UMNO hinggakan Nizar dituduh menggadaikan tanah-tanah Negeri Perak untuk kaum Cina. Isu pengkhianatan ditimbulkan bagi menyisihkan Nizar dengan orang Melayu. Kesannya dapat dilihat semasa pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Dun Kuala Sepetang memberikan kepercayaan kepada Nizar dengan peningkatan undi manakala dikawasan pengundi Melayu kemerosotan ketara.

Sedangkan penempatan yang diberi hak milik ini yang diduduki lebih 70 tahun dan memberi masalah kepada tuntutan keluarga pewaris. Dengan cara menukar status tanah bergeran ini, kerajaan Negeri Perak mendapat keuntungan berjuta ringgit setahun dari hasil cukai tanah dan cukai perbandaran.

Hari ini apa yang diusahakan Pakatan Rakyat Negeri Perak di bawah pimpinan Nizar telah dilaksanakan oleh kerajaan BN dengan kelulusan ini. Isu pengkhianat bangsa yang dilaungkan UMNO hilang entah ke mana.

PUTRAJAYA 28 Jan 2010, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan Kabinet telah bersetuju menggugur milik tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di bawah Kementerian dengan nilai RM38 juta kepada Kerajaan Negeri.



Katanya permulaannya Kerajaan merancang menggantikan tanah berkenaan di tempat lain tetapi menghadapi kesukaran mencari nilai yang sama tanah seluas 94.5 ha penempatan kaum Cina ini. Jadi tanah ini ditawarkan dengan harga berpatutan kerana tidak lagi digunakan keretapi semenjak 1941.

“Bagi mengutamakan rakyat dan konsep 1Malaysia tanpa mengira kaum kerajaan menunaikan janjinya kepada penduduk Kuala Sepetang” kata Ong yang juga Presiden MCA kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet di sini.



Monday, January 25, 2010

Ahli Parlimen Kinabatangan melangkah 'Wedding of the Year'

Pengetahuan kita ahli Parlimen adalah penyambung Suara hati rakyat menengahkan masaalah serta penyumbang kepada perubahan dasar Negara. Jarang ditemui Ahli Parlimen bakal menjadi glamour dan famous dikalangan umum melangkau peringkat umur dan lapisan masyarakat melalui langkah luar-biasa ini.
Ahli Parlimen BN kawasan Kinabatangan, Sabah Datuk Bung Mokthar Radin telahpun heboh diketahui berkahwin dengan artis Zizie Ezette, namun setakat ini belum ada lagi tersiar gambar mereka berdua apalagi dalam suasana mesra begini.
Gambar ini yang diterima menerusi Facebook Agendadaily ini dikatakan diambil pada satu majlis. Tidak dapat dipastikan siapa yang ambil gambar ini dan ia sudah disiarkan dalam sebuah laman web mengenai artis hari ini. Selamat bahagia Datuk Bung. -25/1/2010
Isu di luar Parlimen juga hangat dan panas dijelmakan Bung Mokthar Radin -wakil dari Sabah ini. Pastinya Shahrizat Abdul Jalil terkedu menjawab soalan wartawan, -bp





Saturday, January 23, 2010

Puteri Sultan Perak ke-33 kini Permaisuri Istana Johor

Keluarga Sultan Johor Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofiah family portrait ~ Dari kiri, Tunku Iman, Tunku Aminah, DYMM Sultan Johor Tunku Ibrahim Ismail, YAM Raja Zarith Sofiah, Tunku Abu Bakar, DYAM Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim, Tunku Idris and Tunku Jalil. 23 JAN 2010 Tengku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor Tengku Ibrahim Ismail telah dimasyhurkan secara rasminya sebagai Sultan Johor dalam pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di Singgahsana Istana Besar Johor Bahru pada 10.31 pagi ini. Pertalian kerabat diRaja Negeri Perak dan Johor nampak kian erat begitulah harapan rakyat kedua Negeri ini.

Wednesday, January 20, 2010

Ketokohan Nizar sukar ditandingi lawan

20 Jan 2010 Majlis meraikan pemimpin Pakatan Rakyat serta Media bagi memperingati genap 1 tahun Tragedi Rampasan Kuasa yang telah berlaku pada 5 Februari 2009 dimana Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Ir Nizar dipanggil mengadap; melepas jawatan di Istana Kinta Ipoh dan esoknya majlis angkat sumpah kerajaan baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar Jumaat 6 Februari 2009 setahun yang lalu.

Kira-kira 100 orang telah hadir antaranya YB Dato Ngeh Koo Ham, YB Zainuddin Mohd Yusof , YB Sivakumar, YB Dr Lee Boon Chye serta ADUN-ADUN Pakatan Rakyat lainnya, wakil media serta pendokong Pakatan Rakyat di kediaman Dato Seri Ir Nizar Jamaludin di Sungai Rokam, Ipoh pagi tadi.

Program yang dipengerusi oleh Dr Kairudin Abd Malik menyatakan majlis ini adalah pelancaran kepada beberapa program yang diatur. Acara ekspedisi konvoi pemimpin Pakatan Rakyat akan menjelajah seluruh daerah Negeri Perak membawa mesej penerangan Tragedi Rampasan Kuasa yang berlaku setahun yang lalu. Ekspedisi ini akan bermula dari pokok demokrasi, Ipoh kemudian akan singgah di bandar-bandar ke utara sehingga Parit Buntar, ke selatan sehingga Tanjong Malim dan ke timur ke Lumut dan bandar Teluk Intan.

Program yang berlangsung sepanjang hari diatur dengan acara dekramasi sajak, pementasan teater dan persembahan kebudayaan dari masyarakat Melayu, Cina dan India. Turut diadakan acara sukan rakyat dan disebelah malamnya ceramah dari pemimpin politik dan penganalis jemputan.

Nizar seroang yang berkarisma, berkaliber dan memiliki ketokohan apabila memberikan pandangan yang mantap hinggakan sesiapa yang mendengarnya pastinya puas. Nizar mampu memberi jawapan yang sepontan, kemas dan tepat kepada soalan-soalan wartawan dan sukar diperlekehkan. Maka wakil parti DAP Perak, Dato’ Ngeh dan wakil parti PKR Perak, Dr Lee menyatakan secara jelas akan menyokong Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada Pilihanraya Umum nanti.


Rampasan kuasa usaha terancang Najib


IPOH, 20 Jan (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin menang.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di rumahnya di sini sempena setahun kerajaan negeri pimpinan DAP, PAS dan PKR tumbang setelah dua Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PKR dan seorang daripada DAP keluar parti masing-masing untuk memberi sokongan kepada BN sehingga membolehkan BN berkuasa kerana mempunyai majoriti dalam dewan.

Mohammad Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri dan meminta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Mohammad Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Friday, January 15, 2010

Catatan Pengelaman Nizar di hospital

Catatan YAB Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin

7 Jan 2010 9.20 pagi Sewaktu dalam perjalan ke klinik pergigian di Silibin, tiba-tiba sebuah kereta dari persimpangan Jalan Seruan masuk terus kelorong laju di Jalan Raja Dr Nazrin Shah yang mana saya terpaksa mengelak dari melanggarnya secara direct kerana ketika itu saya sedang memandu agak laju. Kereta Volvo yang dielak itu hanya tergesel dibahagian hadapan kanan tetapi kereta Camry yang saya pandu terpaksa naik dan melanggar pembahagi jalan di tengah dan terus tercampak dan terbalik 4 roda keatas di pembahagi jalan tersebut.

Syukur, dengan izin Alah, saya sedar dan merangkak keluar dengan selamat. Saya terus menelefon doktor gigi menyatakan tidak boleh hadir serta anak lelaki saya, sementara itu pemandu Volvo tersebut, Doktor Nurul Huda menghampiri saya bertanya khabar. Saya cuma mengalami cedera ringan di siku kanan dan sedikit pendarahan di pipi kanan.

Selepas itu, seorang pemuda (Md Nor Mansur) memandu kereta Satria merah berhenti mungkin kenal saya atau kereta saya terus bertanya sama ada saya mahu di bawa ke hospital atau klinik pakar. Saya telah memintanya bawa ke hospital Permaisuri Bainun dan kami terus menaiki keretanya. Didalam keretanya saya terlihat anak kecilnya sedang berbaring dibelakang dan dalam perjalanan saya sempat bertanya asalnya dan tempat tinggal serta pekerjaannya.

Jam 9.30 pagi saya sampai di hospital dan terus ke Unit Kecemasan untuk menerima rawatan dan dimasukan ke Wad Teratai tingkat 8. Ujian air kencing dan darah semuanya normal cuma tekanan darah saya agak tidak stabil dan tinggi. Doktor telah memberi ubatan bagi menstabilkan dan alhamdulillah kini telah pulih. Dewasa ini, Siku kanan saya yang cedera ringan itu pula telah dibuang jahitanya dan kini semakin baik.

Saya berada selama 4 hari di wad tersebut dan menerima rawatan sepenuhnya dari doktor, jururawat, matron dan kesemua petugas hospital. Sewaktu di wad saya diperiksa dan mendapat perhatian dari 7 orang doktor bidang tertentu berserta pegawai perubatan di wad tingkat 8. Mereka kesemuanya handal belaka dan memberikan layanan yang baik. Alhamdulillah, kebanyakannya mereka menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan berharap PR akan kembali berkuasa d Perak.

Semasa di wad ramai ramai pelawat dan pengunjung juga hadir


termasuk sanak saudara jauh-dekat, rakan taulan, saudara-mara, pemberita dan wartawan, bloggers dan kenalan yang datang mengunjung. Bonda saya Hajjah Hamidah bersama kakak dan abang adik juga telah datang menziarahi bersama orang kampong. Ada yang dapat masuk dan yang kena tahan di luar. Terdapat ramai Pegawai Kerajaan, NGO, Syarikat dan golongan korporat serta individu telah menghantar buah tangan, bunga-bungaan, buah-buahan dan lain lain kad ucapan sembuh dan doa-doa. Tak kurang juga yang menelefon dan SMS yang bertalu-talu bertanyakan keselamatan dan kesihatan saya.

Tak kurang juga yang bertanyakan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai siapa Menteri Besar sah di Perak? Saya nyatakan "tak tahu, wallahu a'lam!"

Tak dilupakan, saya ucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan tinggi antaranya YB Dr Mah Han Soon, YB Dato Fakih Adam , YB Dato' Ngeh dan lain-lain ADUN Pakatan Rakyat yang telah sudi menziarah. Terima Kasih juga YB Dato Seri Dr Zambry Kadeer juga melawat saya pada 8 Jan 2010, jam 10.25 malam dan sempat bersembang perkara biasa saja.

Sewaktu di Wad, beberapa program dan majlis ceramah, khususnya di Puchong, Manjung, dan lain-lain telah saya berjanji menghadiri maka agar tidak menghampakan, saya gagahkan dan dapat berceramah terus dari dalam wad dengan mengunakan telefon bimbit secara ‘life’ ditempat-tempat tersebut. Alhamdulillah walaupun tak dapat hadir, namun mereka masih boleh mendengar suara saya!

Pada hari akhir 10 Jan 2010 setelah 4 hari di wad, sebelum keluar, salah seorang pesakit dari Johor di wad tingkat 8 telah kembali kerahmatullah. Saya mengajak isteri saya Datin Seri untuk menziarahinya dan bertemu balu Allahyarham dan anak kecil perempuanya. Saya sempat mengetuai majlis tahlil untuk Allahyarham Hashim bersama kakitangan hospital, rakan keselamatan dan unit amal. Al faatihah!.

Saya dibenarkan pulang kerumah oleh doktor pada jam 12 tengahari setelah mereka puas hati dan kini saya berehat di rumah dan dibolehkan meneruskan tugasan harian saya seperti biasa.

Keluar hospital, saya sempat mengimamkan solat fardhu Jumaat apabila disudi oleh imam di Masjid Hospital (Masjid Muhibuddin Shah). Sebaik saja selesai berkhutbah, dengan izin Allah SWT saya berkemampuan untuk mengimami solat Jumaat hingga sempurna. Selepas solat Jumaat saya berdoa keselamatan dan petunjuk kehadrat Ilahi.

Kini saya telah mula mesyuarat parti, berceramah, menghadiri jamuan makan malam, kuliah, melawat gereja, sekolah Convent, Taiping, melawat mangsa kebakaran dsi Sungai Siput. Kemudian dapat bertemu rakyat dipasar malam Alor Pongsu, gerbang malam di Bagan Serai serta Dewan Perhimpunan Penyokong Pas Bagan Serai.

Kepada sahabat semua, teruskan berdoa agar dapat kita usahakan dan meneruskan perjuangan menegak keadilan dan kebenaran di bumi Perak tercinta ini. Insiden ini sesungguhnya telah banyak memberi pengajaran dan hikmah kepada saya untuk di teladani. Allah Maha berkuasa melindungi dan menyelamat saya!

Akhir kata, saya bermohon ampun maaf kepada semua jika ada tersinggung, terkasar bahasa, terlebih bicara, terlanggar tata dari kesilapan dan kelemahan saya. Terus doakan demi keselamatan negeri kita dan rakyat Negeri Perak yang tercinta.



Friday, January 8, 2010

Kereta terbalik, Nizar cedera ringan

IPOH 7 Jan 2009 Menteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.

Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau hilang kawalan ketika dia cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang itu.

Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital.

- Bernama Kemalangan berlaku di Jalan Dr Raja Nazrin (Jalan Gopeng) di persimpangan Jalan Seruan hadapan Hotel Casuarina, Ipoh
Kereta Volvo dikatakan keluar simpang Jalan Seruan yang cuba dielak

Pintu sebelah pemandu yang remuk teruk namun Dato' Seri Nizar cuma cedera ringan

Friday, January 1, 2010

Perak Melangkah tahun 2010 dengan penuh bermakna


IPOH 29 Dis 2009 Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan Liga Super Perak musim 2010 telah berlangsung di Ipoh Parade Shopping Mall bersama Presiden PAFA Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin. Perjanjian pakaian rasmi Pasukan Bolasepak Negeri Perak telah dimenterai dengan Penaja iaitu SPECS dengan jersi terbaru yang lebih garang dan menawan. Tempahan untuk mendapat pakaian Pasukan Perak ini boleh didapati di Seladang.net