Tuesday, October 6, 2009

Kenyataan keliru Tun Mahathir perlu diperbetulkan

Adakah betul PAS membenarkan orang Islam menternak babi kerana menjaga hati rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat? Malah lebih teruk lagi, mengertikan ayat Al-Quran berkaitan larangan makan babi itu dibolehkan jual babi dan memasak babi. Masya Allah, benarkah PAS menggadaikan prinsip perjuangan semata-mata mendapat populariti dan sokongan rakyat.

Ikuti berita yang disiarkan kebanyakkan akhbar hari ini:

DUNGUN 5 Okt 2009: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran kerajaan berpindah daripada Barisan Nasional kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian sematamata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.

Katanya ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.

"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

"Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan wacana bertajuk "Dari Minda Tun, Ketuanan Melayu" di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Dr Mahathir berkata Malaysia tidak mampu mempunyai pemimpin yang tidak berpendirian dan hanya mencari populariti diri.

"Kalau orang macam ini jadi pemimpin, susahlah," katanya.
-TheStar







1 comment:

  1. Chet Det tu bercakap benor. Ko mei yg tak mau paham paham. Ko mei tu kaki putor belit. Hampas benor ko mei ia..ya.

    ReplyDelete