Friday, February 27, 2009

Perbezaan antara Ilmu dan Harta

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-

  1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.
  2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.
  3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.
  4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut bakhil" (kedekut)
  5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.
  6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.
  7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.
  8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.
  9. Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.

Dicatat oleh idhamlim - CINA ISLAM



Sunday, February 22, 2009

Nizar keluar dari kediaman rasmi MB Perak secara terhormat

Ipoh Ahad 22 feb 2009 Perpindahan keluar Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Nizar dari rumah kediaman rasmi hari ini mendapat sambutan dari wartawan-wartawan media tempatan dan penulis-penulis weblog Pakatan Rakyat. Nizar kelihatan bersemangat dan puas dengan perjuangan yang tidak bermakna berakhir apabila keluar dari kediamannya. Ia bermaksud hijrah dan dalam masa yang terdekat akan kembali nanti dengan semangat lebih jitu dan mantap.


Nizar menegaskan beliau meninggalkan sesuatu detik kenangan kerana ditempat ini menjadi tempat pertemuan perpaduan rakyat Negeri Perak dari pelbagai kaum dan ugama. Mereka telah menunjukan keakraban dan pemuafakatan kerana perjuangan yang berteraskan Islam memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua. Di tempat ini juga sebagai pertemuan ukhwah umat Islam dengan program-program ugama yang diadakan.


Dengan detik peristiwa yang berlalu itu merupakan kerahmatan Allah kerana dari pengalaman itu mendedahkan kepada sistem aturan hidup Islam yang dapat diterima masyarakat sejagat. Inilah usaha mendekatkan masyarakat kepada Islam tidak seperti UMNO yang berusaha menjauh dan menakutkan orang bukan Islam kepada Islam.

“Tuntutan dan bantahan yang dibuat melalui saluran perundangan adalah manifistasi dari rasa kecewa dan sedih seluruh rakyat terhadap amanah yang telah dikianati. Dengan izin Allah dalam masa yang terdekat ini rakyat negeri Perak akan bangkit dan menolak kerajaan yang merampas kuasa ini.” ujar Nizar dan disambut dengan laungan takbir mereka yang hadir.

Ini adalah lakaran sejarah krisis perlembagaan yang perlu dihebahkan kepada generasi baru dan kepada semua orang tanpa kira kefahaman. Kita tidak membuat angkara, penentangan provokasi dan huru-hara malah rela mengundur demi menghormati peraturan dan undang-undang. Itulah prinsip dan peradaban orang yang jiwa besar orang yang berjuang.

Adalah difahamkan Nizar telah menerima surat arahan keluar dari rumah rasmi MB selewatnya 27 feb 2009 dari Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Jam 12.00 tengahari Ir Nizar keluar bersama keluarga dengan 2 kereta dan 1 lori kecil membawa barangan peribadi tanpa kelihatan perabot. Perbarisan Unit Amal dan orang ramai mengiring beliau ke pintu pagar utama menuju ke rumah baru yang disewa terletak di Sungai Rokam, Ipoh tidak jauh dari situ

Friday, February 20, 2009

Karpal ajar BN buat keputusan lantik MB dan EXCO di dalam DUN

Speaker Perak perlu dapat kelulusan DUN terlebih dahulu - Karpal

Berikut adalah petikan dari Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak untuk kita teliti bersama sebagai penerangan dan hujah kepada musuh kita yang setiap hari memutar belit isu ini sejak speaker Dun Perak, V. Sivakumar bersama jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan mengenakan tidakan mengagnatung Zamry selama 18 bulan dan 6 ADUN lain selama 12 bulan.

Putar belit yang disebarkan dalam pelbagai media mesti dijawab dan disebarkan oleh semua penyokong PR yang mendapatkan maklumat ini.

72. (1) Hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Hak dan kebebasan, mengandungi Tuan Speaker sebagai pengerusi dan enam ahli yang dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya yang boleh selepas dimulakan tiap-tiap penggal Kepada Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa , hak-hak dan kebebasan Dewan. Adalah menjadi kewajipan Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara-perkara itu kepada Dewan.

(2) Bila Dewan tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Dwan. Tuan Speaker, jika berpuas hati bahawa pada zahirnya telah dilakukan kesalahan itu, bolehlah diserahkannya perkara itu kepada Jawatankuasa ini dan Jawatankuasa ini hendaklah melaporkan kepada Dewan berkenaan dengannya.

(3) Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Dewan dari masa ke semasa.

78.(3) Sesuatu penyata atau penyata khas bersama dengan minit prosiding sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan minit apa-apa keterangan yang diambil di hadapan Jawatankuasa itu hendaklah dibawa ke Dewan oleh Pengerusi atau ahli8 lain yang diwakilkan oleh jawankuasa itu dan hendaklah diperintahkan dibentang di meja Dewan dan dicetak dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat.

89. Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah Tetap itu atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu adalah muktamad dan Tuan Speaker dari semasa ke semasa boleh mengeluarkan keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.

KUALA LUMPUR21 Feb 2009: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu mendapat kelulusan DUN terlebih dahulu sebelum menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN. Beliau berkata Speaker V. Sivakumar sepatutnya memanggil persidangan DUN bagi membolehkan keputusan menggantung itu dibahas dan kemudian dibuat undian.

"Mengikut perlembagaan negeri Perak, apabila DUN tidak bersidang, Speaker boleh merujuk sebarang aduan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan yang diketuainya.

"Sekiranya beliau mendapati ada kes prima facie, sebarang dapatan dan keputusan mesti dirujuk kepada DUN. Ini pada pandangan saya, bermakna Speaker perlu merujuk perkara ini kepada DUN untuk dibahas dan diluluskan," katanya.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kes ini adalah seperti ketika beliau digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 2004, setelah dituduh cuba menyeleweng fakta kepada Dewan, apabila berkata Anggota Parlimen mesti mengangkat tangan kanan ketika mengangkat sumpah jawatan.

"Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kemudiannya membuat keputusan menggantung saya selama enam bulan. Ini dilakukan selepas perkara itu dikemukakan kepada Dewan Rakyat, dibahas dan dibuat keputusan," katanya.

Wednesday, February 18, 2009

Kalangan Ulama wajar warisi adat bangsa untuk dampingi Raja.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika pelancaran 100 tahun sekolah Anderson di Ipoh disamping Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail.
Ipoh 16 Feb 2009 Sultan Azlan Shah pada pelancaran sambutan 100 tahun Sekolah Anderson, Ipoh telah dilihat rapat dengan Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail berbanding dengan Menteri Besar Dato’ Dr Zambry Abd Kadir dan kenamaan lain.

5 Nov 2008 yang lalu, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail adalah penggerak utama perhimpunan feudalisme memartabatkan bangsa Melayu. Pada perhimpunan itu lebih kurang 2000 orang atas nama penyatuan Melayu berkumpul dan berarak dari Masjid Ubudiah ke Dewan Santapan, Istana Iskandariah telah diperkenan mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Perhimpunan membawa sepanduk antara lain seperti ‘Melayu leka hilang kuasa', ‘Melayu bukan bangsa pendatang,’ dan ‘Jangan pertikai Artikel 153-Islam Agama Rasmi’ dengan penyerahan memorandum dan ikrar taat setia kebawah Duli Tuanku itu diketuai Gerakan Melayu Perak (GMP) yang di pimpin Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail secara terhormat di Dewan Santapan, Istana iskandariah, Kuala Kangsar.

Turut menyertai Tan Sri Megat Najmuddin dari Persatuan Darul Ridzuan Wilayah, Osman Abu Bakar; Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Ahli Parlimen, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Jins Shamsuddin, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Tun Haniff Omar, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin serta tokoh-tokoh masyarakat setempat.

“Titah Sultan Azlan Shah ketika itu, menyeru semua pihak menghentikan politik keterlaluan dan berfikiran secara rasional dengan mengutamakan kepentingan rakyat memilih kerajaan. Keamanan Negara dan kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan kerana perebutan kuasa dikalangan peminpin dan kumpulan tertentu. Penubuhan negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia berteraskan sejarah, evolusi sejagat, nasionalisme dan kebudayaan bangsa yang mendaulat institusi raja sebagai penyatuan kaum, agama, bahasa dan budaya Negara.

Jika berlaku kesilapan atau tergelincir perlaksanaan dasar tertentu, maka perbetulkan mekanisme perlaksanaanya bukan mempertikaikan tunjang Negara. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan Negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali kerana dibimbangi menguris sensiviti Melayu.

Sultan Azlan berkesimpulan, pengekalan institusi raja di Negara ini secara tersirat adalah usaha meneruskan dan mengekalkan identiti kerajaan berpaksikan Melayu. Jesteru titah Baginda, sebarang pindaan Perlembagaan yang menyentuh kedudukan raja-raja dan kuasa Raja Pemerintah yang meliputi agama Islam, bahasa Melayu, orang Melayu dan Bumiputera perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-raja sendiri.”

Isu Melayu bagaikan tiada kesudahan, mudah dimanupulasikan untuk mendapat simpati, sentiviti.

Maka isu ini disambut media perdana mendapat liputan dan suara Bangsa Membela Melayu seumpama membela Raja. Raja adalah betul dan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah salah. Apa yang ditonjolkan perkongsian kuasa kerajaan Pakatan Rakyat, seperti perahu bergerak senget kerana Melayu Islam ada 9 kerusi dan bukan Islam 22 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Biarpun PAS yang didominisasi kaum Melayu, telah diberi kepercayaan menjadi nahkoda dan pengemudi perahu Kerajaan Negeri Perak. Tidak menggadaikan keistimewaan Melayu, Bahasa Melayu dan ugama Islam.

Disinilah peranan ulama dan cerdik-pandai Islam sebagai pembela Warisan Adat bangsa untuk mendampingi kumpulan ini dan Raja-raja Melayu.

Tuesday, February 17, 2009

Detik bermula Krisis Perlembagaan Negeri Perak


Dato Seri Ir Nizar Jamaludin Menteri Besar Perak menulis:

Assalamu Alaikom ...Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, "Innallaha maa Sobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.


viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.


ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance" (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato' Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, "under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal".

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.


xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.


xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.


Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".


Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".


DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).


Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.
Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan...........

Monday, February 9, 2009

9 Feb 2009 Ahli Parlimen Bukit Gantang Meninggal Dunia


Ahli Parlimen Bukit Gantang, dari PAS Hj. Roslan Shahrom meninggal dunia jam 11.15 pagi ini. Beliau dikatakan pergi mencuci kenderaannya di tempat cuci kereta di pekan Batu Gajah dan meminjam basikal dari tempat cuci kereta itu. Lalu dia terjatuh dari basikal itu.
Jenazah telah selamat dikebumikan di taanah perkuburan Changkat Larang, Batu Gajah, Ipoh jam 6.30 petang tadi. Semoga rohnya dicucuri dengan limpah kerahmatan Allah, Al-fatihah.

Friday, February 6, 2009

6 feb 2009 Demo di Masjid Ubudiah, KKangsar, Mesej dari Rakyat

3.33pm Pemimpin PAS mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.

3.25pm Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak. Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu." Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

3.20pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat. Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid. Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu. Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.

3.11pm Kelihatan sejumlah orang berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana. Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka. Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.
Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis. Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.
Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.

Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.

2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi. Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini. Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata. Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah. Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan. Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.

Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi. Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.

5 Feb 2009 Rakyat masih dengan Pakatan Rakyat







Ipoh 5 Feb 2009 11.00 malam di Kediaman Menteri Besar Perak lebih 20,000 orang berkumpul menyatakan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat

Ipoh 7 Feb 2009











28 ADUN Pakatan pulau majlis angkat sumpah - Nizar

IPOH 5 Feb 2009: Kesemua 28 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru esok, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, kesemua mereka yang bermesyuarat petang tadi telah memutuskan untuk tidak menghadiri majlis itu dengan alasan beliau masih Menteri Besar yang sah dan belum meletakkan jawatan.

"Saya telah diarahkan untuk meletakkan jawatan dan sekiranya saya berbuat demikian bermakna secara automatik keseluruhan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meletakkan jawatan.

"Niat buruk Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan negeri berpunca daripada perasaan takut selepas kekalahan dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu...pelbagai keadilan, ketelusan dan kebajikan yang telah ditunjukkan selama 10 bulan memerintah amat menakutkan mereka," katanya dalam forum khas yang diadakan di kediaman Menteri Besar di sini malam ini.

Lebih 10,000 penyokong PR berkampung di kediaman ini selepas perjumpaan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Perak gagal kerana stadium telah dikunci. Pada majlis yang sama, Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri, Nga Kor Ming berkata pimpinan tertinggi DAP menyokong 100 peratus kepimpinan Nizar.

"Kami menyokong Mohammad Nizar terus menjadi Menteri Besar Perak," katanya. Nga turut menyelar sikap Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim yang dikatakan bertindak biadab mengarahkan kesemua Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengosongkan pejabat mereka termasuk menyerahkan kunci kenderaan milik kerajaan negeri.

"Kami sedang bermesyuarat pada pukul 3 petang dan tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada beliau mengarahkan kami mengosongkan pejabat sebelum pukul 5 petang," katanya. BERNAMA

Thursday, February 5, 2009

4 Feb 2009 Rentetan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak


Setelah 2 kali berulang alik ke Istana Kinta mengadap Tuanku.. masih tidak membuahkan hasil!

4.05pm: Setiausaha Kerajaan Abdul Rahman Hashim arah Menteri Besar Mohd Nizar dan semua EXCO mengosongkan pejabat di SUK secepat mungkin. Mereka diberi peringatan agar tidak membawa keluar sebarang dokumen bersama. Mereka juga diarah menyerah kunci kereta dan juga kunci pejabat.

(2.25pm): Berita Bernama melaporkan, Sultan Azlan tidak setuju untuk membubarkan DUN Perak dan mahu Nizar menyerah jawatan sebagai Menteri besar, seperti kenyataan dari Pejabat Sultan. Jika gagal berbuat demikian bermaksud tempat itu kosong.

(1:10pm) MB Nizar nampak ceria, baru saja meninggalkan Istana Kinta dan berkata memberi kenyataan media bersama Anwar Ibrahim jam 3 petang di kediaman nya.

(12:30pm) Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran mengambil tindakan terhadap penyokong Pakatan rakyat yang hadir dalam perhimpunan haram di Ipoh.

(11:56am) Najib memberitahu pemberita yang dia telah mengemukakannya kepada Sultan Azlan Shah tentang Barisan mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan Negeri Perak. Tambah Najib Sultan akan umumkan keputusan kemudian.

(11:55am) Perak speaker V. Sivakumar has just left the High Court after applying to the court to declare the resignation letters of the three assembymen as valid and, therefore, their seats vacant.
(11:38am) Perak Mentri Besar Nizar told reporters in Bagan Serai that he has just been summoned to Istana Kinta.
(11:34am) Najib has left Istana Kinta with the four assemblymen.
(11:21am) Najib returned to Istana Kinta, this time with four former Pakatan Rakyat elected representatives Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang),Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jelapang Hee Yit Foong (Jelapang) and Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) to meet the Sultan of Perak.
(10:35am) Perak Umno state chief Datuk Seri Najib Tun Razak and his deputy Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi leave Istana Kinta. Najib is expected to chair the state liaison committee meeting to discuss the Barisan candidate for the Perak Mentri Besar's

IdhamLim ADUN Selinsing

CINA ISLAM (林川興): Kerajaan Perak Failkan di Mahkamah Tinggi Ipoh 3 DUN Kosong Hari Ini





Kenapa soal dalaman Kedaulatan Negeri Perak dipengaruhi orang Luar


1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.


2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.
Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.

Bakal Kerajaan yang cuma Jasad tanpa Roh


1. Kerana tanpa mandat Rakyat
2. Melalui cara yang dipandang keji
3. Dibarisi kumpulan yang kecewa (desperado)
4. Kemenangan adalah untuk pelompat katak
5. Bukan aspirasi Rakyat terkini yang terbuka bukan nya perkauman
LIHAT KENYATAAN MAHATHIR;

Kurang bijak bawa masuk wakil rakyat berkualiti rendah - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR telah kembali semula kepada Umno.

Berikutan perkembangan itu, majoriti kerusi pakatan PAS-PKR-DAP dalam 59 kerusi Dewan Undangan Negeri merosot daripada 32 kepada 28 manakala kerusi BN meningkat kepada 28 daripada 27.

Pada sidang akhbar petang tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak berkata, BN telah memperoleh wakil rakyat mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru berikutan tiga wakil rakyat Bebas itu telah berikrar akan menyokong BN.

Dr Mahathir berkata: "Dua wakil rakyat dituduh rasuah. Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti. Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu," katanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman menghadapi pertuduhan rasuah dan kes mereka sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

Beliau juga mengingatkan bahawa jika kedua-dua mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah selepas menyertai BN, rakyat akan berkata sistem kehakiman telah dimanipulasi. BERNAMA