Thursday, November 5, 2009

Ustaz Idris Ahmad: Jadi Blogger penyeru kebaikan bukan penyebar racun fitnah

IPOH 3 Nov 2009 Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di Majlis Ijtimak PAS Kawasan Gopeng menyeru ahli-ahli memahami dasar perjuangan PAS yang bermatlamat membina nilai akhlak disamping berpolitik untuk mendapat kuasa. Dengan memperbetulkan niat yang ikhlas maka aturan dan syiar Islam dapat terlaksana berlandaskan syariat Allah dan Rasulullah.

Perjuangan PAS bukan untuk mengumpul harta kekayaan, kedudukan serta nama malah untuk ganjaran disisiNya dengan redha dan ikhlas.
Firman Allah,” Dan hendaklah ada kalangan kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (Islam), dan menyuruh kepada ma’ruf serta mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang menang.” Al-Quran Surah Ali Imran ayat 104.

Pemimpin boleh pergi dan jika ketokohan pemimpin dipuja akan berubah tetapi matlamat perjuangan PAS terus kekal. Antara contoh pemimpin PAS yang keluar Ustaz Nakhaie, Dato’ Mohd Asri, Mohd Nasir dan lain-lain tetapi PAS terus hidup dan relevan.

Mengenai isu-isu semasa berkenaan Kerajaan Perpaduan (UG) sebenarnya telah berkubur awal lagi tetapi telah dimainkan semula dan dimarakkan oleh penulis fitnah dari ‘blogger’ di alam cyber. Setengah penulis blogger ini ada yang diupah oleh musuh politik PAS yang sengaja untuk 1. Memporak-puranda dan memecah-belahkan ahli-ahli PAS dan ke-2 menimbulkan keraguan dikalangan bukan Islam yang akan memencilkan PAS dari Pakatan Rakyat. Oleh itu penulis-penulis jauhi dari spekulasi dan fitnah tetapi jadilah pendamai dan pembetulkan fakta.

Selepas sessi soal-jawap dari peserta, PAS Kawasan Gopeng telah melancarkan Kempen Pungutan DANA PILIHANRAYA dalam bentuk Kupon yang berharga RM2.00, RM5.00 dan RM10.00 yang diagihkan setiap Cawangan PAS Kawasan Gopeng. Kepada sesiapa yang ingin memderma terutama dari Pekan Razaki dan Ipoh Jaya, Ipoh boleh dapatkan kupon ini dari saya No. Telefon 019-5210107. Terima Kasih

3 comments:

  1. btl tue..sy setuju sgt,blogger2 nie kdg2 sy x fhm,org nk mendapatkn maklumat yg tepat dari blogger2 nie,tp depa nie plak dah mcm media2 bn lak,fitnah sana fitnah sini,sama2 blogger pn smpai nk gaduh,xde faedah pn buat mcmtue..udah2 le teman udah meluat..profesional la..

    ReplyDelete
  2. Saya kenal PAS sejak tahun 1980an lagi, pemimpin silih berganti, ada gugur sendiri dan digugurkan. PAS tetap utuh kerana dasar perjuangan yang tulen.Fitnah adalah strategi politik yg boleh di pelajari dalam ilmu politik jgn salahkan mereka tapi cari kepakaran menanggani masalah blogger yg ada seribu wajah. Umpama saitan yang ada seribu cara mengoncang keimanan pemimpin dan penyokong PAS

    ReplyDelete
  3. Terima kasih semua dengan komen yang bawa kebaikan kepada insan muslim

    ReplyDelete