Wednesday, September 30, 2009

Datang Ramai2 ke Stadium Indera Mulia, Ipoh esok

IPOH 1 - 4 Oktober 2009 Pameran Sains dan Teknologi dan Angkasa Perak 2009 akan diadakan di Stadium Indera Mulai Ipoh selama 4 hari bermula esok sehingga Ahad ini mulai jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam. Program ini sempena sambutan ulang tahun ke-20 Bandaraya Berkembar IPOH-FUKUOKA Jepun. Ada pelbagai pameran dan jualan produk-produk sains dan teknologi seperti robot, komputer, barangan elektronik dan lain-lain. Ada juga pertunjukan Robot-robot yang dibawa khas dari Jepun maka datanglah bersama anak-anak untuk mendedahkan kepada maklumat dan pengetahuan sains.
-bp




Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Eidil Fitri kepada semua

Itulah saya dan Famili.. Terima Kasih




Monday, September 14, 2009

Mahathir membayangkan Umno, BN akan tumbang dalam masa terdekat

Kenyataan bertulis terbaru Tun Dr. Mahathir mantan perdana Menteri Malaysia dalam blognya /chedet/ bertarikh 11 Sept 2009 menganalisis kekalahan Parti Liberal Demokrat ( LDP) Jepun yang memegang kuasa semenjak 54 tahun lalu. Padamasa satu hari disiarkan lebih 100 respon dan komen pembaca telah diberikan yang mahukan perubahan untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional.

Mahathir berpendapat UMNO dan Barisan Nasional akan mengalami nasib yang sama dengan Parti Liberal Demokrat ( LDP) yang ditolak rakyat negara itu. Situasi politik yang berlaku turut menjejaki parti-parti lain yang memperjuang hingga mencapai kemerdekaan negara dari penjajah di serata dunia samada di Asia dan Afrika yang kini kian lenyap.

Rakyat tidak lagi ambil kisah kepada perjuangan dan pengorbanan silam yang telah dibuat parti dan peminpin mereka. Generasi baru tidak tahu nilai kesusahan pejuang kemerdekaan lalu, oleh itu mereka sukar bersyukur dan berterima kasih. Ianya tidak penting bagi kehidupan mereka.

Puncanya adalah sikap pejuang bangsa ini tamak dan berkepentingan diri. Mereka tidak lagi memperkasa bangsa. Mereka mengabaikan perhubungan dengan penyokong dan akar-umbi yang semakin hari makin jauh.


Malah tidak dipertikaikan lagi dimana rasuah telah menular kepada Umno dan parti-parti komponennya. Kuasa dan jawatan menjadi rebutan sesama mereka. Pemimpin berkeinginan besar mengekalkan jawatan biarpun keupayaan mereka semakin hilang manafaatnya.

Dengan pemimpin begini pembangunan negara dan rakyat yang seharusnya diutamakan telah terabai. Sedekad yang lalu pemimpin ini bercakap berbilion ringgit telah dilaburkan kepada beberapa projek Koridor dan sebagainya belum nampak dan tak dapat dipastikan. Pemimpin gagal menunjukkan RM 250 bilion lebihan wang Petronas dikatakan telah dibayar kepada kerajaan.

Ia bukan lagi pelik apabila mendapati Malaysia telah ketinggalan berbanding dengan jirannya. Sekarang Malaysia bukan lagi negara peneraju dan contoh di rantau ini.

Pengundi terutamanya Melayu selama ini begitu setia kepada BN terbukti telah beralih kepada pembangkang pada pilihanraya 2008 yang lalu sehingga negeri Umno terkuat boleh jatuh kepada pembangkang.

Tidak mustahil pilihanraya umum akan datang BN bakal tumbang seperti yang berlaku di Jepun. Pengundi muda tidak mempedulikan apa itu sejarah perjuangan lalu kerana ia tidak memberi makna kepada mereka.

Hanya yang boleh menyelamatkan BN mungkin adalah tiadanya perubahan kemajuan dari parti pembangkang kerana mereka bukan pilihan alternatif sebenarnya. Oleh itu jika kerajaan BN perlu memanafaatkan kemajuan dan pembangunan untuk pulihkan keyakinan mereka. Jika tidak, pengundi ini akan kecewa dan akan buat seperti pengundi Jepun yang menumbang parti yang mereka sokong lebih separuh abad itu.

Pilihanraya umum akan datang ada masa lebihkurang 3 tahun, masa yang terlalu singkat. Beliau berharap tindakan drastik diambil untuk membaiki keadaan dan rakyat dapat merasakan terbela. Jika tidak BN akan termasuk dalam kumpulan parti lapuk dan menjadi sampah kepada sejarah baru.

Komen dan respon pembaca nampaknya mereka masih menaruh harapan kerajaan dan memulihkan kekuatan baru. Tidak kurang juga yang menyalahi dan mencari kelemahan pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat. Jadikannya iktibar dan teladan kepada sesiapa sahaja yang diberi kekuasaan.

-bp

Wednesday, September 9, 2009

Alasan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh makin celarukan krisis Perak

IPOH, 8 Sept 2009. Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman Speaker DUN Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya R Ganesan yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.
Ketika menolak permohonan itu dengan kos hari ini, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

"Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah," katanya.

Hakim Azahar berkata, pada fikirannya, tidak ada sebarang keraguan yang Sivakumar telah dilucutkan daripada jawatan Speaker dengan satu resolusi dan satu lagi resolusi telah diluluskan untuk melantik Ganesan sebagai Speaker pada sidang 7 Mei lalu.
Beliau menambah, tindakan mempersoalkan kesahihan pelucutan Sivakumar adalah mempersoalkan resolusi DUN.

"Saya tidak boleh bersetuju dengan peguam plaintif yang prosiding pada 7 Mei tidak menentukan siapa yang menjadi Speaker," katanya.

Pertentangan ini yang menimbulkan kecelaruan.

Mahkamah Persekutuan 16 April lalu telah bertindak sebaliknya apabila membatalkan penggantungan dilakukan oleh Speaker yang sah ketika itu, V. Sivakumar terhadap Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir. Doctrin separation of power (doktin pengasingan kuasa) sudah berkecamuk yang mana badan kehakiman boleh mencampuri urusan badan perundangan".

Manakala keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mei lalu yang pernah mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah bagi negeri Perak dan sehari selepas itu Mahkamah Rayuan telah mensucikan. Ini mewujudkan persepsi bahawa Menteri Besar yang ada pada hari ini Dr Zambry adalah haram yang dipilih Mahkamah.

Biarpun ia adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Perkara 72(1) Perlembagan Persekutuan dan tidakkah keputusan mahkamah sebelum ini boleh menyebabkan persidangan DUN Perak telah menghadapi kecelaruan oleh mereka di mahkamah.

Menurut Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari serta undang-undang tubuh Negeri Perak itu sendiri, sejak dari mula lagi bahawa Speaker yang sah adalah V Sivakumar dan sudah menjadi bidang kuasanya untuk memanggil sidang DUN dan menggantung keahlian ADUN itu sendiri"

Pakatan Rakyat memilih untuk menerima cadangan bubarkan DUN walaupun dari sudut majoriti dan perundangan, mereka masih boleh memegang tampuk pemerintahan Perak sekiranya tiada campurtangan tangan ghaib daripada mahkamah. bp

Friday, September 4, 2009

Kerajaan Haram, Zambry tidak dipilih melalui suara demokrasi

Hamdan Fadel Ahmad

Parit Buntar 3 Sept 09. Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar, meminta Pengerusi UMNO Perak, Dato Seri Zambry Abdul Kader, mencermin diri yang sebenarnya merekalah tidak menghormati sistem demokrasi yang menghalang hak rakyat mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Kerajaan pimpinan Zambry sebenarnya kerajaan haram yang tidak ditegakkan melalui lunas demokrasi tetapi melalui rampasan kuasa paling jelik dengan tidak menghormati suara rakyat.

Lantaran tindakan melanggar peraturan dan etika inilah mengelirukan serta mengwujudkan suasana kurang senang dalam kalangan rakyat. Jika benar beliau menjunjung demokrasi, bubar DUN Perak dan serah kembali kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah.

Tindakan kasar pihak polis menghalang 27 ADUN mengadakan sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 2 Sept lalu, amat dikesali. Pihak polis tidak menghormati wakil rakyat yang melaksanakan tugas mereka menghadiri Sidang DUN. Polis pukul dan tangkap mereka sehingga ada yang menerima rawatan di hospital.

Pada kejadian itu, 3 orang Adun iaitu Adun Pantai Remis, Adun Simpang Pulai, adun Malim Nawar dan beberapa orang lain ditangkap dan diheret ke Balai Polis Sg Senam. Polis juga bertindak melampaui undang-undang dengan memukul dan menangkap seorang wartawan Nanyang Siang Pau. Dato Seri Nizar juga telah diherdik dengan kata-kata kesat langsung tidak menghormati kemuliaan Ramadhan.

Tetapi yang peliknya, polis tidak mempamerkan sikap yang sama terhadap kumpulan berbaju kuning pemuda Umno yang berhimpun dan melakukan provokasi di tempat dan masa yang sama.

Tindakan berat sebelah polis ini sama ketika membiarkan perarakan membawa kepala lembu dihadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor yang jelas menyentuh sensitiviti ugama. Namun, oleh kerana yang ditentang oleh kumpulan ini adalah kerajaan PR Selangor, maka polis tidak membuat tangkapan dan rakyat saksikan semua ini.

Pakatan rakyat tidak memusuhi polis tetapi hanya menolak taktik manupulasi UMNO-Barisan yang menafikan hak rakyat sehingga polis yang dianggap menjaga keamanan dan wujudnya membela rakyat, namun berlaku sebaliknya!.

Dewan Pemuda Pas Negeri Perak (DPPNP)

IPOH 3 Sept – Dewan Pemuda Pas Perak (DPPNP) memohon perkenan Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah campur tangan menyelesaikan kemelut politik Perak serta krisis pelembagaan yang terus berpanjangan sehingga kini semenjak rampasan kuasa awal Februari tahun ini.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata beliau yakin kemelut itu adalah sebahagian daripada krisis politik yang telah mencemari dengan pelbagai kejadian tidak diingini sehingga melanggar undang-undang. Ini memberi gambaran seolah-olah keharmonian dan kesejahteraan rakyat terabai.

Ini memberi implikasi ekonomi negeri dan pandangan negatif di peringkat antarabangsa, secara langsung menakutkan pelabur membuat pelaburan di Negeri Perak. DPPNP memohon perkenan Sultan Perak dan juga bekas Ketua Hakim Negara untuk menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlaku di Negeri Perak dengan satu formula yang konkrit.

Kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak adalah krisis terbaru yang memerlukan penyelesaian segara. Sebelum ini, Sidang DUN Perak 7 Mei lalu, jelas tercemar sehingga kedudukan yang sebenar masih tidak diketahui.

Hanya dengan pembubaran DUN Perak sahaja yang akan menyelesaikan kemelut dan krisis yang brlaku demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat Negeri Perak kembali seperti biasa kelak.

Akhir katanya “Jesteru patik sekalian pemuda Pas Perak mohon limpah perkenan Tuanku Sultan Azlan Shah agar DUN Perak dibubarkan demi kebaikan rakyat seluruhnya, ampun Tuanku”.

- bp


Wednesday, September 2, 2009

Semasa: Kecoh, Asak, Rempuh, Tangkap, Kacau






9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 150 penyokong.

Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.

"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...

"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.


Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.

Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.

Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."

Para peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.
=malaysia kini




Semasa: Jalan ke bangunan SUK Perak ditutup


IPOH, 2 Sept: Kesemua jalan masuk menuju ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak SUK pagi ini di tutup bermula jam 6.30 pagi tadi menjelang persidangan DUN pagi ini. Iklan

Kesemua jalan itu termasuk dua jalan utama menuju dua pintu masuk ke SUK iaitu Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Istana.

Sekatan jalan raya dibuat lebih 30 meter dari kawasan bangunan SUK di mana terletak di dalamnya Dewan Negeri yang dijangka digunakan oleh Speaker dan kesemua ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang hari ini.

Tinjauan mendapati sekatan jalan itu bagaimanapun hanya memberi laluan kepada Ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk kesekolah, pekerja di bangunan SUK dan mereka yang bekerja di premis dalam kawasan lingkungan sekatan.

Kesemua ADUN Pakatan dijangka berkumpul di bangunan Wisma DAP berhampiran bangunan SUK sebelum bergerak ke Dewan DUN jam 9.30 pagi.

Sidang DUN dijangka berlangsung jam 10 pagi ini. MENYUSUL